Best sangat ke dapat naik pentas tu??

Kasih Juju
Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hari ni SukaGelak nak citer pasal majlis semalam.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011.

Jom layan the making ni dulu :



Majlisnye 3 jam.. Tapi persiapan seminggu tak siap-siap. Huh.. Letteyy..
Tahun ni SukaGelak tak dapat pun anugerah tuh. Tapi kene naik stage jugak.
Mesti lah nak enterframe. Balas dendam sebab dah 3 tahun kerja tak pernah terlibat dengan majlis-majlis opis. Baru setahun ni lah terhegeh-hegeh nak enterframe.. Huh!!

Hehehe.. Sebenarnye SukaGelak kene pegang dulang semalam.
Sebab tu kene naik pentas. Bertugas.
Sebelum naik pentas kene nyanyi-nyanyi dulu.
Maklumlah, nak aktif sangat kan. Join kumpulan koir.
Lepas nyanyi terus pegi belakang stage.
Memang superb..
Sampai ade yang dengki.
Tak baik tau dengki-dengki ni. T.T

Jom layan gambar kat bawah ni :

Kumpulan koir.. Ni mase raptai. Tak dapat gambar semua lagi..
See, kene pegang dulang. Penat ulang-alik.. Ade lebih kurang 100 penerima anugerah. Bayangkan bape kali kene ulang-alik. Opss.. bukan sukagelak jek, piah, kamariah dengan zati sekali. Kalau sukagelak buat sorang-sorang mau tak masuk opis arini.. Muehehehe..

Ade DS Ismail Sabri. Menteri KPDNKK.
Ececece.. Nampak muke separuh pun nak masuk blog jugak!
Ni antara yang terima anugerah..
Tahniah K.Zura, K.Linda, K.Pizah n Yasmin. ( Ehem, bile nak open table? Kakakaka)
Ha.. Yang ni eksyen jek. Amik berkat. Adik SukaGelak  cakap " Kak long, ko da macam pengawas sekolah " -.-'
Sibuk nak amik gambar dekat kod etika die.. Hehe..
Beza mekap yang terima anugerah dengan yang kene pegang dulang. -.-'
 Maka berakhirlah sudah majlis tersebut.
Ape yang penting kumpulan koir kitorang dapat pujian. ( Okeh, kembang sekejap )

Sekian untuk kali ni.
Wassalam ^.^