9 July 2012

Apa itu Hari Koperasi Negara?

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semua..

Hari ni SukaGelak nak cerita pasal Hari Koperasi Malaysia (HKN).
Eh, eh, sebab ape beriya sangat nak cerita pasal HKN ni?
Sebabnye SukaGelak terlibat secara langsung dengan HKN ni.


Secara hitam putihnye, HKN ni diklasifikasikan sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Secara bahasa pasarnya, nak meraikan koperasi-koperasi yang banyak bagi sumbangan dekat negara dan ahli-ahlinya.

HKN ni jugak nak memperkenalkan SKM dekat orang ramai. 
Nanti tak de lah orang call SKM pastu tanya :
" SKM ni yang tempat nak buat loan tu ke? "

Hohoho.. Tidak sama sekali. SKM bukan tempat mintak buat loan. Yang nak buat loan tu kena carik koperasi yang sediakan kemudahan pinjaman peribadi. 

Sebenarnye SKM ni banyak fungsi. 
Sama macam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tapi SKM is SKM and SSM is SSM.

Ishh... Korang paham tak ape yang SukaGelak cuba nak sampaikan ni?
Kalau tak faham jugak korang kene serbu Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13-15 Julai 2012, 10 pagi sampai 10 malam.
Upacara perasmian pada 14 Julai 2012 pukul 8.30 malam. 
Dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

SukaGelak join koir HKN. Nyanyi sorang-sorang segan, nyanyi ramai-ramai tak segan pun. Hehe (^.^)v

Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.