24 December 2012

Telekung Project : Broga4Ukhwah

Assalamualaikum kawan-kawan.


Kali ni SukaGelak nak share pengalaman hiking dekat Broga Hill.
Sebenarnya dah banyak kali plan dengan my bestie nak pegi tempat ni.
Tapi ade je halangan. Ari nak ujan la, terlajak tidur la, nak balik kampung la, lalalala..
Tapi Alhamdulillah berjaya jugak ke sana. Mungkin sebab SukaGelak join charity project kot. Hehe..


Kene bayar rm25 untuk join. Tu pun untuk tabung rumah anak yatim. Kire menderma sambil hiking la kan. Bagus buat amak jariah ni kan. Dan yang penting sekali, kami hiking dalam kumpulan. Bukan dok panjat bukit tu pukul 4 pagi bertiga je. Huhuhu..


Hiking ni on Saturday 15/12/2012, so, plan dengan kakak bekas sebilik (ex-roomate) kesayangan nak pegi amik die lepas balik kerja hari Jumaat.
Bile dah sampai rumah, panjang pulak ceritanya. 
Sembang-sembang macam besok boleh bangun lambat jek.
Padahal pukul 2 pagi dah nak kene bangun.. Fuhhh... Dapat tidur 3 jam je. Tu pun tak lena sangat. 
Eksaited sangat nak mendaki kot. Hehe..



Kami sampai dekat kaki bukit broga tepat jam 4 pagi.
Kepala pun ala-ala da tingtong jek sebab tak cukup tidur.
Nasib baik event organizer dah sampai jugak mase tu. 
Terus daftar diri n amik tshirt.
Lepas tu lepak-lepak dalam kereta sambil tunggu anak2 yatim sampai.



Pukul 5 baru start daki.
Wuuuuhuuu.. Tak pernah daki gelap-gelap, seronok sebenarnya, sebab tak panas (dasar puteri lilin!!).

Pukul 6 dah sampai puncak 1. And guess what? Sayup-sayup dengar laungan azan dari masjid Semenyih. Rase tenang jek. Dan kami sembahyang Subuh berjemaah dekat atas bukit. Satu pengalaman baru yang terindah.


Lepas tu tunggu matahari terbit.
Dan........ Jom layan gambar la pulak......



Matari da nak naik,,, :)
Nk susun flip card pulak.. Payah betol mendaki bawak mende ni. Tapi kami gagahkan jua.

Okkay.. Flip card da complete.. SAVE PALESTINE




Yang tengah bercakap2 tu Kak Azila Aziz namenye.. Telekung Project's organizer.

Rainbow la... Paksa budak kecik jadik model..

Okeh.. Jom balik.. Dah lettey ni..



Previous Post
Next Post

post written by:

7 comments:

  1. I read this article completely regarding the comparison of most recent and
    earlier technologies, it's remarkable article.
    Feel free to visit my homepage ... Infedelity

    ReplyDelete
  2. eh..macam ada pelangi la kat salah 1 gmbr tu..nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Memang ade pelangi kat gambar tu.. Hujan renyai.. Nasib baik skejap je ujan.

      Delete
  3. Dofollow blog ni..
    Tinngi tak dik bukit tu., rasa mcm seronok je tgk matahari terbit, akak biasa tengok m'ari terbenam je kat tjg gila@tjg lembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx follow saya :)
      Pada saya boleh layan lagi la bukit tu.
      kawasan die berpasir.

      Delete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.