Kasih Juju: December 2012

December 24, 2012

Telekung Project : Broga4Ukhwah

Assalamualaikum kawan-kawan.


Kali ni SukaGelak nak share pengalaman hiking dekat Broga Hill.
Sebenarnya dah banyak kali plan dengan my bestie nak pegi tempat ni.
Tapi ade je halangan. Ari nak ujan la, terlajak tidur la, nak balik kampung la, lalalala..
Tapi Alhamdulillah berjaya jugak ke sana. Mungkin sebab SukaGelak join charity project kot. Hehe..


Kene bayar rm25 untuk join. Tu pun untuk tabung rumah anak yatim. Kire menderma sambil hiking la kan. Bagus buat amak jariah ni kan. Dan yang penting sekali, kami hiking dalam kumpulan. Bukan dok panjat bukit tu pukul 4 pagi bertiga je. Huhuhu..


Hiking ni on Saturday 15/12/2012, so, plan dengan kakak bekas sebilik (ex-roomate) kesayangan nak pegi amik die lepas balik kerja hari Jumaat.
Bile dah sampai rumah, panjang pulak ceritanya. 
Sembang-sembang macam besok boleh bangun lambat jek.
Padahal pukul 2 pagi dah nak kene bangun.. Fuhhh... Dapat tidur 3 jam je. Tu pun tak lena sangat. 
Eksaited sangat nak mendaki kot. Hehe..



Kami sampai dekat kaki bukit broga tepat jam 4 pagi.
Kepala pun ala-ala da tingtong jek sebab tak cukup tidur.
Nasib baik event organizer dah sampai jugak mase tu. 
Terus daftar diri n amik tshirt.
Lepas tu lepak-lepak dalam kereta sambil tunggu anak2 yatim sampai.



Pukul 5 baru start daki.
Wuuuuhuuu.. Tak pernah daki gelap-gelap, seronok sebenarnya, sebab tak panas (dasar puteri lilin!!).

Pukul 6 dah sampai puncak 1. And guess what? Sayup-sayup dengar laungan azan dari masjid Semenyih. Rase tenang jek. Dan kami sembahyang Subuh berjemaah dekat atas bukit. Satu pengalaman baru yang terindah.


Lepas tu tunggu matahari terbit.
Dan........ Jom layan gambar la pulak......



Matari da nak naik,,, :)
Nk susun flip card pulak.. Payah betol mendaki bawak mende ni. Tapi kami gagahkan jua.

Okkay.. Flip card da complete.. SAVE PALESTINE




Yang tengah bercakap2 tu Kak Azila Aziz namenye.. Telekung Project's organizer.

Rainbow la... Paksa budak kecik jadik model..

Okeh.. Jom balik.. Dah lettey ni..



December 13, 2012

Happy Marriage My Precious..

Assalamualaikum dan Selamat Hari Khamis semua..

Bulan kahwin dah tiba.
Ramai jugak kawan2 SukaGelak yang kawin dan akan berkawin bulan ni.
SukaGelak je yang tak kawin2 lagi.
Hehe.. Ontheway dah. Tengah tunggu bapa encik tunang set taim nak datang jumpa bapa SukaGelak.
Huh.. Berdebar2 pulak rasenye.

Ni gambar bestfren SukaGelak mase form5.
Nasib baik la die sanding hari Ahad. Kalau die sanding hari Sabtu memang meraung la sebab tak dapat pegi.
Sebabnye boleh bace kat entri ni.
Badan penat pun ku terjah jua :)
Dekat Mambau jek.
Selamat Pengantin Baru Nurul Hanim Sulaiman aka Bintiq.
Semoga kekal bahagia sampai bila2...Lebiu much2 :)

Kat bawah ni pulak kawan2 1 tempat kerja.
Sorang sanding kat Kedah, sorang lagi sanding kat JB.
Hoho.. Memang tak dapat la nak pegi 2,2 sebab baru balik kursus kat Pangkor.
Boleh bace stori Pangkor kat SINI.

Yang ni kawan kat ofis. Kak Pizah namenye. Hmmm..berseri2 muka pengantin. :)
Sanding dekat Alor Star, Kedah.

ni kawan kat simpang renggam. kawan 1 tempat kerja.
Sanding kat JB.
Encik Lokman namenye. Selamat Pengantin Baru.
Semoga berbahagia disisi isteri tercinta :)

Tengok kawan2 kawen rase tak sabar pulak nak kawen.
Wah..gatal sungguh.
Serius nih, kalau ikut plan majlis dah dekat.
Tapi tak pegi kursus kawen lagi, test HIV, barang2 hantaran, book mak andam.
Warghhh.... Sempat ke tak ni??
Tema warna kawen pun xde lagi..Huhuhu..Any suggestion?
Help.....!

Wassalam.

December 12, 2012

Entri bergambar : Kursus Pengurusan Stress di Coral Bay, Pulau Pangkor.

Assalamualaikum semua..

Ni sambungan dari entri ni.

Semalam baru dapat gambar.
Tu pun x semua.. Sedey ni sebab xde gambar mase snorkling dengan treasure hunt.

Backdrop

Divide into group n sesi pengenalan.
Nama kumpulan : What's Up.. Haha..pengaruh betul..
Lambang tak jadik. Nak lukis logo infiniti, tapi jadik gamba tali jek..hehe.

Hari ke-2 : Pukul 9 pagi dah gerak untuk aktiviti island hoping and snorkling..

Ni antara resort yang ade kat Pangkor. Jangan tanya ape nama die okkay.. Masa ni SukaGelak dok depan bot. Jauh nak tanya kat driver boat. Eh, eh, boleh buat lokasi hanimun ni :)

Mende dalam air ni name die timun laut atau nama lainnye.......Aaaaa...bukan gamat.
Tak sanggup la nak sebut. Korang cari la sendiri ye.

Kat sini la kami snorkling. Bagi ikan makan roti dulu, baru ikan datang. Pastu sorang2 terjun. SukaGelak tak  snorkling sgt pun. Sibuk berenang macam pandai sangat. Padahal guna life jacket. Oh ye, pada sesiapa yang nak snorkling kat sini,sila pakai kasut. Kalau tak kaki anda akan terbelah-belah sebab teritip. Huhuhu..

Ni aktiviti belah petang. Sukaneka. Enjoy sangat.

Kumpulan Gangnam.. Menang sorak je.. Muehehehe..

Sangat penat sebab snorkling waktu pagi, tengahari ade kelas.
Mata memasing layu jek. 
Tapi nasib baik penceramah ni tak bagi kami duduk jek.
Kalau tak mesti ade yang dah jatuh kerusi sebab tahan ngantuk.
Muehehehe..

Kasi close up cket muka cikgu :)

Gambar hari last tak dapat lagi.
Ade treasure hunt. Sekitar pekan pangkor.
Yang ni pun menarik jugak sebab mencabar minda.
Habis pekan pangkor kami teroka.
Siap kene marah dengan pekerja Kedai Norizan Beach Collection.
Huhuhu..Sampai hati korang marah kami.
Kami cuma bertanya, salah ke tunjuk muka manis sikit??
Huh..Kan dah masuk blog pasal attitude korang. (Tak memasal)

Sampai sini dulu.
Kalau dapat gambar lagi nanti SukaGelak update yek :)

Wassalam


December 11, 2012

Lirik : Ajari Aku - Anuar Zain

Assalamualaikum.

Jom layan lirik dan video Ajari Aku by Anuar Zain ni.
Sweet sangat Nora Danish dalam video klip ni. :)

Ajari Aku - Anuar Zain
Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luarbiasa untukmu dan untukku

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti, semua inginku

Ajari aku untuk bisa mencintaimu
Ajari aku untuk bisa mencintaimu

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku

Hanya engkau yang bisa, mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti, semua inginku

Ajari aku tuk bisa, mencintaimu



SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS

Assalamualaikum..

Tadi ber'blogwalk' dan ternampak banner comel ni.
Terus rasa nak join pulak.
Syarat-syarat nak join mudah jek..

Cik Mun nak bagi dekat 50 orang jek.
So, ape tunggu lagi??
Jom joinnnn.....


Tarikh :
10/12/2012 - 20/12/2012

Klik banner kalau nak join ok..

Wassalam

December 10, 2012

Segmen Pendek : Tambah rakan bloglist dan follower


Preview

Jom join segmen pendek ni?
Tarikh tutup harini pukul 8.30pm
Kalau nak join klik banner tu ye :)

December 5, 2012

Wordless Wednesday #8 - Kursus Pengurusan Stress - Coral Bay Pulau Pangkor

Hari terakhir di Pulau Pangkor. Masih menunggu gambar-gambar untuk di muatnaik :)

( Cuba cari yang mana satu SukaGelak :) )

December 4, 2012

Super Duper Giveaway 2012


Jom jom join segmen ni..
Klik banner kalo nak join okkay :)
Expired : 9 Dec 2012

Ade soalan nak kene jawap...
Soalan : Saya akan tersenyum bila .....
Jawapan : Bila saya dapat hadiah giveaway segmen ni :)

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign