Kasih Juju: May 2013

May 30, 2013

Eat Whatever You Want!


Terjumpa gambar ni kat facebook.
Lepas tu teringat pulak semalam ade kawan tegur SukaGelak makan banyak.
Nak tau SukaGelak jawab ape?
"Masa tengah sihat ni lah kita dapat makan sedap-sedap. Nanti dah sakit mesti tak dapat merasa semua yang sedap-sedap tu."

Ekceli kakak tu saja berseloroh dengan SukaGelak, jadi SukaGelak pun berselorah balik dengan die. Kengkawan kat luar sana, bukan tak boleh makan yang sedap-sedap. Tapi kebiasaannye makanan yang sesedap tu mengandungi kadar lemak yang tinggi.
Contohnya : French Fries, Burger, Ayam Goreng.
Terpulanglah pada kita nak makan ape pun. Tapi biarlah berpada-pada. 
Makan burger tu tak salah. Yang salahnya bila kite makan hari-hari.

Kesimpulannya, behave while you eat. Enjoy..
Wassalam.

May 28, 2013

Running Man Episode 147 English Subs

Guests: Kim Soo-hyun and Lee Hyun-woo
Venues: Sogang University (Mapo-gu, Seoul)
Mission: Win in tug of war

Sape kat sini peminta tegar Running Man???
Yeay kite geng..
Episod baru dah keluar..Jom layan jom.
Tapi SukaGelak tak leh nak layan kat opis ni.
Kang bergegar lak bangunan ni dengar gelak SukaGelak.
Tak sabar nak balik.


Wassalam.

May 20, 2013

Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

May 17, 2013

May 16, 2013

Segmen: 9 Jam


Jom join kengkawan :)

May 15, 2013

Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018


BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri: 
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik senator) 
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: 
Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri:
 P.Waythamoorthy (akan dilantik senator)
Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi 
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia 
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku) 
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin 
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah - BERNAMA

May 14, 2013

Segmen Blogwalking Kita - Kita


Kengkawan, jom join segmen simple adik nabila ni..
Mana tau bertuah, boleh dapat hadiah :D

Klik banner untuk ke page Nabila ye.
Segment expired : 15 Mei 2013

Wassalam.

Kafe ais pertama di Dubai

SATU pasangan Britain meminum minuman coklat di dalam kafe ais di Dubai kelmarin.
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Sebuah kafe ais menjadi daya tarikan para pelancong asing di sini yang menyediakan pelbagai minuman panas.
Suhu di dalam kafe itu ditetapkan pada tahap - 6 darjah Celsius.
Ia merupakan kafe ais yang pertama di Asia Barat.
Para pengunjung akan duduk di atas kerusi ais yang dilapik dengan bulu haiwan.
Pelbagai ukiran ais dipamerkan di dalam kafe tersebut termasuk bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Kafe yang dikenali sebagai Chillout itu dikendalikan oleh syarikat dari negara ini, Kumpulan Sharaf. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TEdQm4PW 
Hakcipta terpelihara 

May 10, 2013

Kegilaan Memuat Naik Gambar Makanan Ke Dalam Laman Sosial, Internet - Petanda Sakit Mental

Petanda Orang Sakit Mental

OTTAWA 9 Mei - Adakah anda selalu mengambil gambar makan yang dihidang atau dimasak dan memasukkan foto tersebut ke dalam laman sosial atau internet?

Jika selalu, anda mungkin mengalami masalah psikologi kerana satu kajian pakar mendapati, kecenderungan individu mengambil dan menyiarkan gambar makanan mereka disifatkan sebagai 'sakit mental'.

Ketua Psikiatri Hospital Kolej Wanita di Universiti Toronto, Dr. Valerie Taylor berkata, kegilaan orang ramai berbuat demikian bukan sahaja satu perkara yang menjengkelkan, malah petanda bagi masalah psikologi.

"Saya melihat beberapa klien yang obses dengan makanan mereka.
"Mereka tidak mahu keluar bersosial secara normal dan menjadikan makanan sebagai teman sosial dengan memaparkan apa mereka makan, bila mereka makan dan melakukan perkara yang sama berulang kali," jelasnya.

Kegilaan menyiarkan gambar makanan atau dikenali sebagai "foodstagramming" merupakan trend mengambil gambar makanan dan memuat naik foto itu ke dalam Instagram atau Twitter.

Tabiat tersebut menjadi sangat popular sehingga menyebabkan sesetengah restoran tidak membenarkan pelanggan meraka mengambil gambar makanan yang disediakan atas sebab cahaya kamera dan tindakan itu boleh mengganggu pelanggan lain.

Januari lalu, tukang masak terkemuka New York, David Bouley melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restorannya.

Dalam Sidang Kemuncak Obesiti Kanada di Vancouver pada minggu lalu, Taylor menjelaskan tentang gangguan pemakanan dan peranan makanan dalam kebudayaan dan kehidupan moden.

"Trend foodstagramming yang berleluasa ketika ini sangat membimbangkan.
"Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat mereka sehingga menjadi obses," jelasnya.

Taylor turut menegaskan penyiaran banyak gambar makanan memberi kesan buruk terhadap orang ramai dan boleh menaikkan berat badan.

Kenyataan itu dikaitkan dengan kajian Universiti Southern Carlifornia pada tahun lalu yang menunjukkan orang ramai yang meluangkan masa melihat gambar makanan secara dalam talian akan mempengaruhi otak dan menyebabkan mereka makan terlalu banyak. - AGENSI

Source - Utusan Malaysia - Jumaat 10 Mei 2013.

Picture Source : Google image


Alyaa NajlaaPunye Segmen


Jom join segmen ni.
Senang je syarat penyertaan die.
Klik banner kalau nak join ye :)

Expired : 4 Jun 2013


Wassalam.

May 9, 2013

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI 2013 AMERCORNER

Jom Jom Jom join segmen ni.
Klik je banner kat atas tu ye.

Expired : 12 Mei 2013 (11.59pm)

May 1, 2013

Wordless Wednesday #9 : My Solemnization Day :)



Date : 27/04/2013
Venue : Kampung Lama, Benut, Pontian, Johor.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign