Kasih Juju: October 2013

October 28, 2013

Dari Kerinchi ke Bukit Serdang, Sekarang?

Harini lemau je nak buat kerja. Penat mengemas rumah tak habis lagi ni. Ade banyak lagi barang nak kene kemas dekat rumah tu. Penat, penat, penat. 

SukaGelak baru pindah rumah hari Sabtu haritu. Nasib baik encik suami dan family SukaGelak datang menolong. Sangat terharu. Dari Johor datang nak tolong kami angkat barang. Siap belanja sewa lori lagi tu. Lebiu oll deep-deeplah. Tak kira lagi barang-barang remeh yang tak de. Getah paip lah, penyapu lah, mop lah. Taim-taim ni la mop tu nak patah. Dah sampai taim die agaknya.

Kalau ikutkan hati, harini nak cuti, tapi memandangkan cuti tahun tinggal se dua ketul jek, kenselllll. Sambung ngemas lepas balik kerja pulak.

Sumber gambar : Encik Google-licious :)

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

October 25, 2013

Live streaming Bajet 2014

Pembentangan budjet 2014 boleh dilayari menerusi laman sesawang dibawah:



Mungkin terdapat masalah dari segi akses yang agak perlahan sedikit kerana beribu-ribu rakyat malaysia sedang akses ke laman yang sama.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

GIVEAWAY HUJUNG BULAN BERSAMA MOHD NOOR SHAWAL!

(klik banner kalau nak join)

GA berlangsung lebih kurang 2 minggu iaitu dari 18/10 sehingga 31/10/13
GIVEAWAY HUJUNG BULAN BERSAMA MOHD NOOR SHAWAL! di anjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan di sponser oleh Mohd Noor Shawal , Sharfynarz Sharfnie , Mama Darwish , Nurul Aslinda , Sheila Salim , Akma Faizal , Aisya' , dan Engku Muzahadin.
Read more: http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2013/10/giveaway-hujung-bulan-bersama-mohd-noor.html#ixzz2ihMQhl4x

Nak letak tajuk ape ni??

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar atas muka bumi Allah swt ini. Dan harini adalah hari terakhir untuk permohonan jawatan kosong di ofis SukaGelak ( Entri jawatan kosong kat SINI ). Pheww, tak larat dah rasenya nak jawab soalan-soalan yang kadang-kadang SukaGelak rasa tak patut tanya pun.

Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ni agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami ni badan berkanun persekutuan. Dan mendapat gaji kerajaan serta berpencen.

Jadi, tak mustahillah kalau ramai yang telefon tanya soalan macam-macam supaya layak dapat interview. Teringat masa SukaGelak apply jawatan kosong dekat SKM ni. Tak tau pun apa SKM ni. Apply pun sebab nampak tangga gaji gomen. Masa tu memang 'pure'. Tak tau ape-ape pun. So, just isi borang dan hantar. Memang tak mengharap ape-ape pun sebab tau susah nak masuk gomen ni.

Masa tu tak pernah terfikir pun nak call SKM tanya soalan yang bukan-bukan. Bukan-bukan tu contohnya apa yang dah tulis kat iklan jawatan kosong tu pastu call dan nak pastikan betul ke syarat-syarat dia macam tu. Errr, korang paham tak?

Contohnya macam ni :
Soalan die : Macamana nak isi online? Bila nak panggil interview? Dapat tak emel saya? Ade berapa kekosongan? Dekat sini-sini ade kosong tak?
Arrrrghhhh... Memanglah nak tau tu tak salah, tapi biarlah soalan yang logik sikit.

Meh sini SukaGelak bagi jawapan : Die tak suruh isi online, die suruh print pastu uplod / scan / attach. Lepas 6 bulan kalau xde jawapan / surat / telefon maksudnya tak dapatlah tu. Emel banyak sangat yang masuk. Dekat iklan dah tulis da berapa kosong. Kalau dekat sini-sini ade kosong pun tak tentu lagi awak dapat dekat situ. Setiap kali interview mesti orang tu tanya sanggup tak posting ke Sabah atau Sarawak???

Eh, eh, macam entri geram pulakkan. SukaGelak bukan incharge pasal pengambilan. Tapi SukaGelak yang pick up call korang. Jangan risau, SukaGelak akan melayan panggilan korang dengan MESRAAAA :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Mini Giveaway By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

October 23, 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Novel Twillight Saga Pulak.

Seminggu dua ni asyik cerita pasal novel je kan. Macam kemaruk pulak baca novel kebelakangan ni. Sementara mood membaca tengah ada ni. Baik baca semua sampai muntah! Kalau tak asik nak meng'kendi keras' (candy crush) je.

Cube tengok gambar tu. Tak mengagak kan pinjam 1 series terus.
Ntah bile dapat habiskan semua novel tu. Nak beli buat koleksi rasa macam membazirlah pulak. Kebetulan pulak kakak library dekat ofis ni baru balik dari perpustakaan negara, terus terjah. 
Kali ni die banyak amik novel untuk letak dekat library ofis. Waaa... Tak payah dah susah-susah nak beli novel. Lebiu la kakak <3



Susunan novel Twillight Saga :
1/ Senjakala - Twillight
2/ Cinta Baru - New Moon
3/ Gerhana - Eclipse
4/ Fajar - Breaking Down

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

October 22, 2013

Review Follower ke-900 - Cik Nor Blog's

Firstly, SukaGelak nak ucap TAHNIAH kat Cik Nor sebab sudi jadi follower blog SukaGelak yang ke - 900. Disebabkan nombor tu genap 900, SukaGelak dengan rajinnya nak me'review' blog Cik Nor.



SukaGelak jeles dengan blog ni sebab ade banyak teknik blog yang Cik Nor dah guna. Jeles jeles. Nak apply kat blog sendiri tapi manjang je tak nyempat. Kalau nak tau teknik blog apa yang Cik Nor guna, korang klik kat gambar atau link kat bawah ni. Okeh, boleh jadikan blog ni sumber inspirasi.

Korang pun jom terjah dan jadi follower blog Cik Nor. Boleh tambah kenalan, kongsi pendapat, join segmen. http://norminieza.blogspot.com/

Harap entry ni dapat menyumbang pageviews blog Cik Nor :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

GA October by Emas Putih



Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



October 21, 2013

SEGMEN : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL


Jom support segmen ni :)
Klik kat banner tu ye.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

October 18, 2013

Mari Meng'McDelivery'

(Tajuk ntak ape-ape ntah)
Macam yang semua dah tau, The Mall ataupun nama barunya Sunway Putra Mall sedang dalam proses pengubahsuaian. ( Rujuk ENTRI INI ) Jadinya kami yang masih tinggal di office tower ni tersangat lah susah nak mencari makanan. Kalau dulu siap boleh pilih lagi nak makan fast food ke goreng-goreng ke campur-campur ke. Tapi sekarang rasa macam nak nangis tengok lauk. Tak banyak pilihan. Makan je la apa yang ade.

Kalau yang delivery ni macam-macam dah kami cuba. Domino's la, KFC la, Canadian Pizza la. Mengarut-ngarut je kan. Sambil pilih-pilih menu sambil telan air liur. Nak nak pulak taim tu perut memang tengah lapar. Sabar jelah. Dan nasib baik lah kedudukan The Mall ni memang ade penghantaran semua-semua tu. Kalau tak terpaksalah menghadap makanan yang tak de pilihan ni.

Mekdi ni mesti korang dah biasa pegi kan. Cuma kalau nak delivery ni je yang payah sikit sebab tak banyak tempat diorang nak masuk. Tak tau lah kenapa diorang tak mahu masuk. Agaknya security guard dok 'pau' kentang goreng kot. Muahahaha.

Canadian Pizza ni sedap tau. Roti die lembut jek. Kawan dekat ofis ni ha yang sibuk suruh beli. Asyik tengok cerita Aku Bukan Tomboi je. Tu yang teringin agaknya. Tak sempat nak snap gambar. Memasing gelojoh makan. Ntah baca bismillah ke tak taim tu. Hehehe. Cuma yang tak bestnye banyak sangat bawang besar. Kalau ade yang nak try tu silalah cuba. Tapi penghantaran pun terhad la sebab tak banyak lagi dekat Malaysia ni. 

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

October 17, 2013

Salam Raya Qurban

Hai bloggers, SukaGelak baru naik kerja harini. Setelah bercuti 5 hari kat kampung, berteman encik suami, rase lemau je naik kerja harini. Untuk pengetahuan korang, SukaGelak ni weekend wifey. Huhuhu.. Sedih bila mengenangkannya. Orang lain boleh jumpa cinta hati hari-hari. Tapi SukaGelak terpaksa berjauhan.
Okeh, tak mo sedih-sedih. Be positive. Ini bahagian SukaGelak. Kena terima dengan ikhlas. Mane tau ade sinar di kemudian hari. Aaminnn..

Raya Korban SukaGelak biasa-biasa je. Tahun ni tak buat korban pun sebab tahun lepas dah buat. Raya tahun ni cuma berkepit dengan encik suami je. Hahaha.. Nampak sangat rindunya (Eh! Bukan gatal ke?). Dah halal, takpe. Korang yang tak halal lagi jangan nak mengade-ngade berkepit dengan boyfriend pulak. Harammmm..

Sebenarnya tak de idea pun nak menaip ni. Tiba-tiba je klik create new post, tetiba je tertaip entry. Hahaha.. Alasan tak boleh terima langsung. Sila jangan jadikan contoh. 

Harap tak terlewat lagi SukaGelak nak wish "Selamat Hari Raya Aidiladha"

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

October 14, 2013

Kad Nikah.

Ini adalah proses terakhir yang melibatkan pejabat agama. Penat dah turun naik pejabat ni.
Setelah lebih 5 bulan sah bergelar suami isteri, baru harini nak pergi ambil kad nikah.
Tak payah dah nak bawak ke hulu hilir sijil nikah yang besar A3 tu. Tapi SukaGelak tak bawak pun, encik Suami yang bawak, maksudnya sijil SukaGelak masih lagi elok tersimpan dalam folder plastik kat rumah. Yeay..
Mengikut kata kerani yang bagi resit ni, kad nikah tu boleh ambil dalam masa 2 bulan. 
WHAT?? 2 bulan? Lama betul nak siap. Kenapa kena tunggu lama sangat? Huh, memandangkan SukaGelak ni balik kampung pun weekends je jadinya SukaGelak pun redha jelah.

Harini baru boleh ambil. Untunglah cuti sebab nak raya ni kena pula dengan tarikh nak ambil kad nikah. Tak perlulah apply cuti lebih. 
Lagipun cuti kite dah tinggal sikit. Huwarghhhh..

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

October 11, 2013

Cadangan Waktu Perjalanan - Hari Raya Aidiladha

Klik gambar untuk lebih jelas.
Sapa yang tak nak tempuh jammed balik kampung nanti, sila ikut jadual yang plus cadangkan ni ye.
Kalau korang memang jenis yang suka menempuh jammed ni, sila lah abaikan jadual ni. 
(^.^)v

Eh, eh, SukaGelak dah jumpa dengan orang yang suka dengan jammed kat kL ni. Alasan die tak nak pindah ke luar kL sebab suka dengan jalan jammed.
Aiyyoooo.. Mental agaknya dia ni.


Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula....

Haa... Sape tau sambungan ayat kat tajuk tu?
Mesti ramai yang cakap 'tempat bermain' kan kan kan.
Klisye sangat dah jawapan korang tu. Ni SukaGelak nak tukar.

Klik gambar untuk lebih jelas
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula selekoh-selekoh jalan Jelebu - Seremban.
Ha.. Sapa yang lalu jalan ni memang tau lah jalan tu macam mana. Banyak selekoh tajam-tajam.
Tapi sekarang dah tak tajam dah. Dah banyak yang lurus. yang di lebarkan. Drive kat sini pun dah tak pening dah.

Teringat dulu zaman-zaman duduk hostel dekat SMK Dato' Undang Musa Al-Haj. Tiap kali nak balik rumah naik bas mesti kene berdiri dari bus stand klawang sampai Terminal 1 Seremban. Nak kene berebut lagi dengan budak sekolah teknik dengan MRSM. Memang seksa betul.
Wargh.. Rindu pula zaman sekolah.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

October 10, 2013

Shopping Zalora Lagi??

Sebenarnya SuakGelak tak mahu pun membeli dan belah kat Zalora ni. Mood shopping tak sampai lagi. Tapi tengokla apa yang si Zalora ni buat.

klik gambar untuk lebih jelas.
Nampak tak permainan die kat situ?
Dah tau kite ni memang pantang nampak mende-mende diskaun ni, lagilah die nak menggoda kita tau.
Arrgggghh tidak.. Tiba-tiba mood shopping sampai, tiba-tiba klik kat emel tu, tiba-tiba terbeli. 
Dush dush dush.. Tak tahan kena goda dengan Zalora.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

October 9, 2013

Novel Suamiku Encik Perfect 10! dan Suami Aku Ustaz

Amboi.. Sejak dah kawin ni novel pun nak ade tajuk 'suami' ye.
Sebenarnya haritu SukaGelak merayau kat blog admya. Mencari info novel apa yang nak di filem atau di dramakan. Kemain semangat lagikan mencari info. Dan SukaGelak dapat info pasal 2 buah novel ni.
Suami aku ustaz tu akan di filemkan. Sedang dalam penggambaran kot. Heroinnya si cantik jelita Nora Danish, dan Heronya pula jeng jeng jeng..... Adi Putra. Wajib tengok ni.

Novel Suamiku Encik Perfect 10! pulak akan di dramakan. Heronya Aaron Aziz dan heroinnya Lisa Surihani. Yang ni pun wajib tengok.

Dan SukaGelak pun dengan lajunya beli novel ni. Beli online je. Tak boleh lama-lama dekat kedai buku. Nanti bukan-bukan dibelinya. Beli dekat http://www.karyaseni.my/. Jimat masa, jimat minyak, jimat tenaga.

Kalau korang nak tau apa lagi novel yang bakal di dramakan boleh klik kat link ni 

Terima kasih sebab sudi baca :)
Wassalam.

October 8, 2013

Cashout Nuffnang

Setelah 2 tahun berbelog, baru harini rasa nak cashout Nuffnang.
Tak banyak mana pun. Sebab tu tutup 'amount'nye.
Mesti korang punya lagi banyak dari SukaGelak kan kan kan :)
Sabar menanti 'surat cinta' dari encik Nuffnang.
Weeee :)

Wassalam.

October 7, 2013

Iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas

Meh kerja dekat office SukaGelak. Kekosongan seluruh Malaysia.
Siapa yang nak borang sila tinggalkan alamat email anda diruangan komen.
Tarikh tutup : 08 Oktober 2013. Dilanjutkan sehingga 25 Oktober 2013.

Wassalam.



October 4, 2013

Main gam dengan gunting.

Ni la kerja SukaGelak harini. Instead of kerja hakiki yang memang berduyun-duyun masuk. Tak menang tangan nak melayan mana satu.
Buat carta organisasi. Dah rasa macam zaman sekolah pulak. Main gunting dengan gam. Tapi rase macam skill kreatif tu dah kurang. Hoho.. Layan je lah.
Akhirnya siap juga carta ni. Carta je tau. Ade satu slot lagi yang tengah tunggu SukaGelak 'jahanam'kan. Postpone minggu depan pulak. Harap-harap sempat siap sebelum Hari Rabu.

Wassalam.

October 3, 2013

Keropok Lekor Terengganu

Klik gambar untuk lebih jelas.
First time tengok keropok lekor packaging macam ni. Bagi yang tinggal kat Terengganu mungkin dah biasa nampak kot. Kawan SukaGelak yang baru balik dari Terengganu bagi ole-ole ni.
Tak sabar nak ngap. Huh.. Macam gelojoh pula bunyi nya. Nampak macam sedap.

Mengikut cerita kawan SukaGelak tu, nak beli keropok ni kene beratur dulu amik nombor.
Woahh.. Mesti sedap neh. Tak sabar tak sabar tak sabarrrrrr nak makan..
Tak sabar nak balik. Huh banyaknya tak sabar. Tapi kene sabar juga. Hehehe.

Wassalam.

October 2, 2013

HiShop - Online Shopping

Mesti ramai yang dah tau pasal HiShop ni kan. Web portal yang jual barang-barang kecantikan untuk wanita-wanita cantik dan lelaki-lelaki hensem kat lua sana. Macam-macam brand ade jual kat sana. Seronok betul kalau nak cuci mata.


Disebabkan terlampau seronok mencuci mata, ditambah pula dengan gaji yang baru masuk, jadi SukaGelak pun 'ter'beli barang-barang kat sini. First trial.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Cantikkan kotak dia. Penghantaran pun cepat. Cuma ambil masa 2 hari je.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Ni lah barang-narang yang SukaGelak beli. Disebabkan kerakusan dan ketidaksabaran nak bukak barang-barang ni, SukaGelak lupa nak snap keadaan sebenar barang-barang ni. Diorang wrap dengan plastik yang ade bubble tu. Ala yang korang suka letup-letupkan tu. Ha plastik tu lah. Jadinya, korang akan terima barang dalam keadaan yang tip-top. Takde kecederaan.
Belian rm50 dan ke atas dapat free postage. Otherwise, kena tambah rm10.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Ni part yang best, diorang bagi kupon diskaun untuk shopping kat http://www.milkadeal.com/ dengan http://www.white.my/. Siapa yang tak suka dengan diakaun kannnn. Lepas ni boleh browse milkadeal dgn white plak. Saya suka. Saya suka. :)

Klik gambar untuk lebih jelas.
Sample ni free je. Boleh pilih 2. Siap bagi quote lagi. So sweet.

Korang yang nak cuba shopping kat sini boleh klik  --> http://www.hishop.my/
Selamat membeli-belah.
Wassalam.


October 1, 2013

Zara Zya Punya Pasal.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Sebenarnya SukaGelak rasa malu sikit nak wat entry pasal pageview ni. Sebab daily pageview SukaGelak cuma ratus je. Tak macam korang punya ribu-ribu. Huhu..
Tapi tak kira. Nak buat juga entri pasal pageview. Hehe..

Terkejut tengok page stats pagi tadi. Kemain ramai lagi yang singgah kat blog SukaGelak ni. Alhamdulillah.
Bila selidik, rupanya dekat entry Siapa Zara Zya Ni? 
Ramai rupanya nak kenal dengan Zara Zya ni ye. Tu je info yang SukaGelak dapat kongsi. Harap dapat merungkai segala pertanyaan yang bermain di ruang fikiran anda :)

Lastly, terima kasih daun keladi, lain kali singgahlah lagi :)
Wassalam.



Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign