HiShop - Online Shopping - Kasih Juju

2 Oktober 2013

HiShop - Online Shopping

Mesti ramai yang dah tau pasal HiShop ni kan. Web portal yang jual barang-barang kecantikan untuk wanita-wanita cantik dan lelaki-lelaki hensem kat lua sana. Macam-macam brand ade jual kat sana. Seronok betul kalau nak cuci mata.


Disebabkan terlampau seronok mencuci mata, ditambah pula dengan gaji yang baru masuk, jadi SukaGelak pun 'ter'beli barang-barang kat sini. First trial.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Cantikkan kotak dia. Penghantaran pun cepat. Cuma ambil masa 2 hari je.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Ni lah barang-narang yang SukaGelak beli. Disebabkan kerakusan dan ketidaksabaran nak bukak barang-barang ni, SukaGelak lupa nak snap keadaan sebenar barang-barang ni. Diorang wrap dengan plastik yang ade bubble tu. Ala yang korang suka letup-letupkan tu. Ha plastik tu lah. Jadinya, korang akan terima barang dalam keadaan yang tip-top. Takde kecederaan.
Belian rm50 dan ke atas dapat free postage. Otherwise, kena tambah rm10.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Ni part yang best, diorang bagi kupon diskaun untuk shopping kat http://www.milkadeal.com/ dengan http://www.white.my/. Siapa yang tak suka dengan diakaun kannnn. Lepas ni boleh browse milkadeal dgn white plak. Saya suka. Saya suka. :)

Klik gambar untuk lebih jelas.
Sample ni free je. Boleh pilih 2. Siap bagi quote lagi. So sweet.

Korang yang nak cuba shopping kat sini boleh klik  --> http://www.hishop.my/
Selamat membeli-belah.
Wassalam.


12 ulasan: