25 October 2013

Nak letak tajuk ape ni??

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar atas muka bumi Allah swt ini. Dan harini adalah hari terakhir untuk permohonan jawatan kosong di ofis SukaGelak ( Entri jawatan kosong kat SINI ). Pheww, tak larat dah rasenya nak jawab soalan-soalan yang kadang-kadang SukaGelak rasa tak patut tanya pun.

Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ni agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami ni badan berkanun persekutuan. Dan mendapat gaji kerajaan serta berpencen.

Jadi, tak mustahillah kalau ramai yang telefon tanya soalan macam-macam supaya layak dapat interview. Teringat masa SukaGelak apply jawatan kosong dekat SKM ni. Tak tau pun apa SKM ni. Apply pun sebab nampak tangga gaji gomen. Masa tu memang 'pure'. Tak tau ape-ape pun. So, just isi borang dan hantar. Memang tak mengharap ape-ape pun sebab tau susah nak masuk gomen ni.

Masa tu tak pernah terfikir pun nak call SKM tanya soalan yang bukan-bukan. Bukan-bukan tu contohnya apa yang dah tulis kat iklan jawatan kosong tu pastu call dan nak pastikan betul ke syarat-syarat dia macam tu. Errr, korang paham tak?

Contohnya macam ni :
Soalan die : Macamana nak isi online? Bila nak panggil interview? Dapat tak emel saya? Ade berapa kekosongan? Dekat sini-sini ade kosong tak?
Arrrrghhhh... Memanglah nak tau tu tak salah, tapi biarlah soalan yang logik sikit.

Meh sini SukaGelak bagi jawapan : Die tak suruh isi online, die suruh print pastu uplod / scan / attach. Lepas 6 bulan kalau xde jawapan / surat / telefon maksudnya tak dapatlah tu. Emel banyak sangat yang masuk. Dekat iklan dah tulis da berapa kosong. Kalau dekat sini-sini ade kosong pun tak tentu lagi awak dapat dekat situ. Setiap kali interview mesti orang tu tanya sanggup tak posting ke Sabah atau Sarawak???

Eh, eh, macam entri geram pulakkan. SukaGelak bukan incharge pasal pengambilan. Tapi SukaGelak yang pick up call korang. Jangan risau, SukaGelak akan melayan panggilan korang dengan MESRAAAA :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

9 comments:

  1. hehe
    saje je tu nak tambah kerja sukegelak
    so call call call

    ReplyDelete
  2. wah baguslah julia ni... membuka peluang kepada rakan2... salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  3. haha.. ada juga tnya mcm tu eaa. Zara ada isi dan dah hntr borg tu 23hb. kalo rezeki, alhamdulillah.. kalo tak, cuba lagii next tym.. hehe.

    ReplyDelete
  4. skrg ni suka lagi kerja kt swasta. :) cuma nnti kena apply jgk la kot

    ReplyDelete
  5. @Liza Licha dulu masa apply pun tgh keje swasta :)

    ReplyDelete
  6. Eraz pun ada hati nak pindah tempat kerja.. Tapi bila dah sambung belajar ni, macam biar dulu la.. Hehe..

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.