16 February 2015

Review Novel - Suamiku Encik Perfect 10!

Sinopsis :
Pertemuan yang tak terduga sewaktu penerbangan ke Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta di hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak bernyawa tangan Leeya ni. " - Aleeya Azmeen

"Peduli apa Leeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." - Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara cinta terhadap Syed Muzaffar atau Zarief Daniel.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang,: - Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempuran buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari encik perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?
----------------------------------------------------------------
SukaGelak dah habis baca novel ni. Dalam masa satu hari je. Jalan cerita terlalu sweet. Baca sambil tersenyum-senyum. kalau orang tengok mesti cakap SukaGelak ni gila. Well, kalau korang memang suka baca novel benda tu tak jadi hal pun. Senyum sorang-sorang, sedih sorang-sorang, siap lap air mata lagi. 

Tak puas hati kalau tak habiskan baca novel ni. Sentiasa nak tau apa jadi lepas tu, lepas ni ape pulak. Haishh.. Nasib baiklah baca masa cuti. Kalau tak memang masuk ofis dengan mata panda.

Baca sambil membayangkan Lisa Surihani dengan Aaron Aziz. Auch, sweet sangat. Tak sabar nak tunggu cerita ni main kat tv. Mesti lagi sweet. 

Yang kaki novel tu, SukaGelak nak rekomen novel ni. Confirm korang tak boleh buat kerja lain. Ngadap novel ni sampai habis. Hehe.. Sambil tu jangan lupe membayangkan pelakon dengan watak novel tu ye.

Senarai Pelakon.
Aleeya Azmeen - Lisa Surihani
Zarief Danial - Aaron Aziz
Syed Muzaffar - Syazwan
Azura Hanim - Raja Ilya
Akram - Jehan Miskin
Toh Zaharah - Normah Damanhuri
Puan Yazmeen - Yasmin Hamid
Sumber gambar : utusan.com.my
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

  1. wah nak dilayar perakkan juga yer... menarik ni.. he he he... of course ler pilih Aaron Aziz...

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.