Salam Raya Qurban

Kasih Juju
Hai bloggers, SukaGelak baru naik kerja harini. Setelah bercuti 5 hari kat kampung, berteman encik suami, rase lemau je naik kerja harini. Untuk pengetahuan korang, SukaGelak ni weekend wifey. Huhuhu.. Sedih bila mengenangkannya. Orang lain boleh jumpa cinta hati hari-hari. Tapi SukaGelak terpaksa berjauhan.
Okeh, tak mo sedih-sedih. Be positive. Ini bahagian SukaGelak. Kena terima dengan ikhlas. Mane tau ade sinar di kemudian hari. Aaminnn..

Raya Korban SukaGelak biasa-biasa je. Tahun ni tak buat korban pun sebab tahun lepas dah buat. Raya tahun ni cuma berkepit dengan encik suami je. Hahaha.. Nampak sangat rindunya (Eh! Bukan gatal ke?). Dah halal, takpe. Korang yang tak halal lagi jangan nak mengade-ngade berkepit dengan boyfriend pulak. Harammmm..

Sebenarnya tak de idea pun nak menaip ni. Tiba-tiba je klik create new post, tetiba je tertaip entry. Hahaha.. Alasan tak boleh terima langsung. Sila jangan jadikan contoh. 

Harap tak terlewat lagi SukaGelak nak wish "Selamat Hari Raya Aidiladha"

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.