Kasih Juju: December 2013

December 31, 2013

Setelah 10 hari ber'EPHYRA

Untuk pengetahuan korang semua, SukaGelak dapat Ephyra ni lepas join GA dari sis Mialiana. Tak sabar ni nak kongsi dengan korang apa yang SukaGelak rasa lepas minum Ephyra. Mula-mula rasa macam tak de efek ke kalau amik supplement ni? Tapi setelah baca bermacam-macam testimoni, barulah SukaGelak yakin nak cuba.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Kalau korang nak tau, SukaGelak ni suka sangat makan seafood. Tapi disebabkan masalah resdung, SukaGelak tak dapat nak 'makan sampai puas' makanan seafood. Siapa yang tak terliur tengok udang goreng butter, sotong celup tepung, ikan bakar cicah sambal belacan campo pelam muda, cencalok dan semua makanan yang menggatalkan hidung tu kan (meleleh air liur sambil taip entry ni). 

Kalau dulu lepas makan seafood, besoknya lepas bangun tidur mesti bergegar satu rumah dengar SukaGelak bersin tak berhenti.Tapi sekarang, bangun tidur je rase macam "Eh, kenapa idung aku tak de rasa gatal pun". Seronoknya rasa masa tu. Nak kata hilang semua tu tak delah. Tapi SukaGelak dapat rasa perbezaan die.

Dan yang paling ketara sekali, rambut gugur pun dah kurang dah. Dekat bilik air dah tak banyak kumpul rambut. Dalam bilik pun dah kurang. Bila menyapu sampah pun tak banyak kumpul rambut. Alahai.. Tak payah da beli syampu yang anti-hair fall. Boleh beli yang wangi-wangi pulak. Yahoo...

Tak rugi pun kalau korang nak mencuba Ephyra ni. Banyak sangat kebaikan yang boleh korang dapat. Sambil-sambil merawat apa yang kritikal tu, dapat jugak ambil kebaikan lain yang memang dah ada dalam peket Ephyra ni. Kiranya pakej all -in-1 la. Kalau ada yang takut nak mencuba pun boleh ambil trial pek dulu. Kalau serasi boleh try sekotak pula. Jom sihat dan cantik sama-sama.

Jom dapatkan sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 30, 2013

Pekerjaan Paling Stress 2013

Klik gambar untuk lebih jelas.

Dapat gambar ni dekat wasap group family. Rasa nak kongsi dengan pembaca blog kesayangan SukaGelak ni. Agak-agak ade tak yang kena dengan korang? Jawatan SukaGelak cuma Pegawai Khidmat Pelanggan. Belum sampai tahap nak stress lagi lah keje ni. Walaupun entri minggu lepas asik suram je kan. Itu takde kena mengena dengan jawatan SukaGelak sekarang. (^.^)v

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 25, 2013

Alahai Johan As'ari

Source : http://ohartis.com/2013/12/cinta-tidak-direstui-johan-asari-lana-nordin-akhirnya-putus-cinta/

Tinta SukaGelak --> Alahai Johan, patutlah sibuk nak baik semula dengan Shila Amzah. Lain kali bawak jumpa parents dulu baru canang satu dunia ye :)

Haritu dengar carta Suria 30 HO dan LO. Shila Amzah jadi tetamu jemputan. Dia ade buat pengakuan yang die betul-betul upset dengan Johan sebab Johan call mak die pukul 2.30 pagi semata-mata nak buktikan dekat Lana yang Johan dan Shila cuma berkawan.

Hoihh.. Kalau kena dekat SukaGelak pun hangin. Ko nak bercinta ko punya pasallah. Kenapa nak kacau mak orang pukul 2.30 pagi? Penangan mabuk cinta kot. Wallahualam.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 24, 2013

Segmen : Jom Blogwalking

Assalamualaikum.

Jom join segmen ni pulak. 
Hehe. Banyak betul segmen hujung tahun ni. 
Kalau korang nak join klik je dekat banner comel tu yeh. 
Ade hadiah cash untuk yang bertuah. Good Luck.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Menang Giveaway Lagi

Assalamualaikum dear bloggers.

Alhamdulillah, SukaGelak menang giveaway lagi. Bulan ni dah 2x SukaGelak menang GA. Alhamdulillah. Takde sponsor yang menipu. Kali ni SukaGelak menang GA dari segmen Havoc Giveaway by Isabella Idura. Korang nak tau tak apa yang SukaGelak dapat? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa..... Comel tak?
Kalau korang nak join pun boleh lagi tau. Pemenang dipilih setiap minggu ataupun sehingga hadiah habis. Sapa-sapa yang nak join tu, SukaGelak nak wish good luck dekat korang. Jom sama-sama support blogger baru ni -->  Isabella Idura

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 20, 2013

What Will I Do When I Stress?

Assalamualaikum kengkawan blog semua.

Minggu ni entri SukaGelak semuanya muram ( Semua? Rasenye ade 1 je kot :p). Walaupun ade 1 berita belum confirm lagi gembira, tapi kemuraman itu telah menutup segala-galanya. Seminggu cuba menerapkan aura positif dalam diri. Dan baru harini aura positif tu berjaya merasuk fikiran.

Meh SukaGelak kongsi dengan korang masalah SukaGelak dulu. Untuk pengetahuan korang yang tak tau, SukaGelak ni kerja operator telefon jek. Walaupun nama jawatan ' Pegawai khidmat pelanggan ', tapi main core kerja SukaGelak ni berkaitan telefon. Selama ni SukaGelak ditempatkan di bilik yang memang khas untuk operator. Korang pun tau lah kan kerja operator ni bising. Telefon asyik berdering je. Dan memang sesuai sangatlah lokasi bilik tu dengan kerja sekarang ni.
Pic source : Google.com
Nak dijadikan cerita, dapat arahan baru yang operator kene duduk dekat kaunter. Hmmmm.. Masa tu macam-macam dok fikir dalam kepala. Boleh ke aku sarapan pukul 8? Kalau aku solat, ade ke orang nak ganti? Kalau aku cuti cemane pulak nanti? Mesti korang rasa macam remeh je apa yang SukaGelak risaukan ni. Tapi, tu lah masalahnya.

Mengadu sana-sini pun tak guna sebab arahan mandatori, atau dalam ayat brutalnya 'lu tak ikut lu mati'. Haha. Macam brutal sangat lah pulak.

Dan akhirnya, Alhamdulillah. Aura positif tu datang masa SukaGelak tengah santai main Candy Crush sambil dalam kepala dok menimbang baik dan buruknya bertukar tempat ni ( Ops.. Main candy crus taim rehat okeh). Segala sifat negatif SukaGelak tendang dengan aura positif. Bila aura positif dah banyak, SukaGelak dah kembali happy. Tak mau dah sedih-sedih. Everything happens for reasons kan. In Sya Allah ada hikmah disebalik semua yang ditentukan.

Guys, wish me luck kat persekitaran kerja yang baru. And one last thing, SukaGelak tak sabar nak kongsi berita gembira dengan korang semua. Tapi kene confirmkan dulu dengan yang lebih pakar, baru boleh publish kat sini. Till then, bye2.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 19, 2013

Pemegang unit ASB terima dividen 7.7 sen seunit, bonus 1 sen seunit


Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2013 berbanding 7.75 sen tahun lepas.
Sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
"Kadar ini juga bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen adalah 8.65 sen seunit.
"Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas pengumuman pengagihan pendapatan ASB oleh Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama, 19 Disember, 2013.

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

December 18, 2013

Wordless Wednesday #20


Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 17, 2013

Mood Hari Selasa

Mood harini tak tau nak describe macam mana. Semuanya bercampur-campur macam air buah cocktail tu (Gulp.. sedapnye). Nak kata marah, tak mo marah, sedih tu ade la sikit, kecewa, terkilan, tertekan. Semuanya bercampur. Tinggal belum depressed je lagi ni ha. Yang penting hari ni tak happy.

Semuanya tak terluah. Masih tersimpan dalam hati. Tak tau nak luah dekat sape. Kalau salah luah kang takut tersalah tafsir. Tak suka bila orang salah tafsir. Nanti ntah jadi ape-ape cerita ntah. Ish.. Macam melalut dah ni. Nasib baik lah ade blog tempat menulis, menaip, menconteng ni. Dapat jugak melepaskan rasa sikit.

Maaflah andainya isi entri hari ni tak tentu arah. Untuk menceriakan hari, jom layan gambar yang SukaGelak jumpe mase merayau dekat Google tadi.





Picture source : google.com

December 13, 2013

Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air 17 Disember 2013

KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disembar (Ahad). 


Sumber gambar : Encik Google
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli. 

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. 

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabasu telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: 

WILAYAH KUALA LUMPUR: 

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime 

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima 
Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris. 

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung 
Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul 
Selatan dan Bandar Baru Sentul. 

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki. 

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan. 

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights. 


9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra. 

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir. 

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. 

WILAYAH GOMBAK: 


Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3. 

WILAYAH PETALING: 


Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; 

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; 

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: 


Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ.Subang. - BERNAMA


Source : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013121300123820131213001238/Article


Havoc Giveaway by Isabella Idura

hadiah, Giveaway, Havoc Giveaway

Kengkawan, jom join segmen ni. Klik dekat banner ye.
Expired date : Sampai hadiah habis.


Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 12, 2013

Menarik di sekitar majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

PELAKON Zain Saidin gemuruh sebelum majlis pernikahannya dengan pelakon Rozita Che Wan?

Menurut pengurus Rozita, Afeeq Iqnarcio, Zain sering 'menghilangkan diri' sebelum majlis bermula.

"Puas kami mencarinya. Rupa-rupanya, dia keluar mengambil angin untuk menenangkan diri dengan berjalan mengelilingi pusat konvensyen itu," kata Afeeq.

Taktik itu ternyata efektif.

Zain tenang ketika akad nikah itu. Hanya dengan sekali lafaz, Zain sah menjadi suami kepada kekasih hatinya, Rozita, 40 tahun di Gazebo Pusat Konvensyen Setia Alam di Shah Alam pada Rabu malam.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, wang hantaran RM23,000 berserta sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.












Tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin. Semoga ikatan perkahwinan kekal sampai bila-bila. (Agaknya Che Ta dengan Zain Saidin nak tak bace entri ni? Muehehehe)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Tahniah Buat Semua Calon Blogrrr Award

Teruja sungguh baca senarai yang berjaya menempatkan diri dalam senarai top 5. Bajet blog sendiri ada dalam senarai la tu. Hehe.. Lagi doploh tahun pun tak tentu dapat melayakkan diri. Buat blog tu memang senang, yang susahnya nak meng'outstanding'kan blog tu (Tetiba lupa outstanding dalam bahasa melayu tu ape?). Apa-apa pun SukaGelak nak ucapkan tahniah pada semua yang dah tercalon. 

Semua ni memang otai blog. Tabik spring.

Untuk kategori Best Family & Health Blog ni, SukaGelak memang selalu baca blog doktor comel lagi kiyut yang dah bergelar mummy ni. Sape lagi kalau bukan totinx.com. Suka baca entri dia yang penuh dengan informasi pasal dunia perubatan dia. Kadang-kadang siap bagi tips lagi. Sangat-sangat berguna.

Kalau korang nak tengok senarai penuh calon-calon untuk kategori yang lain, boleh klik dekat http://www.blogrrr.my/ ataupun facebook.com/blogrrr.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 11, 2013

Wordless Wednesday #19

Klik gambar untuk lebih jelas

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

THE HOTTEST GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH


Banyak betul hadiah giveaway ni.
Jom join ramai-ramai. Klik je dekat gambar tu ye.
 Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

December 9, 2013

KONTES U-BLOGGER

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik] 
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
      *sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Letak banner U-Blogger dan linkkan ke entri ini
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


  SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blogLike fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger

       









Segmen Sahabat Selamanya II by Diyanahani

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign