20 December 2013

What Will I Do When I Stress?

Assalamualaikum kengkawan blog semua.

Minggu ni entri SukaGelak semuanya muram ( Semua? Rasenye ade 1 je kot :p). Walaupun ade 1 berita belum confirm lagi gembira, tapi kemuraman itu telah menutup segala-galanya. Seminggu cuba menerapkan aura positif dalam diri. Dan baru harini aura positif tu berjaya merasuk fikiran.

Meh SukaGelak kongsi dengan korang masalah SukaGelak dulu. Untuk pengetahuan korang yang tak tau, SukaGelak ni kerja operator telefon jek. Walaupun nama jawatan ' Pegawai khidmat pelanggan ', tapi main core kerja SukaGelak ni berkaitan telefon. Selama ni SukaGelak ditempatkan di bilik yang memang khas untuk operator. Korang pun tau lah kan kerja operator ni bising. Telefon asyik berdering je. Dan memang sesuai sangatlah lokasi bilik tu dengan kerja sekarang ni.
Pic source : Google.com
Nak dijadikan cerita, dapat arahan baru yang operator kene duduk dekat kaunter. Hmmmm.. Masa tu macam-macam dok fikir dalam kepala. Boleh ke aku sarapan pukul 8? Kalau aku solat, ade ke orang nak ganti? Kalau aku cuti cemane pulak nanti? Mesti korang rasa macam remeh je apa yang SukaGelak risaukan ni. Tapi, tu lah masalahnya.

Mengadu sana-sini pun tak guna sebab arahan mandatori, atau dalam ayat brutalnya 'lu tak ikut lu mati'. Haha. Macam brutal sangat lah pulak.

Dan akhirnya, Alhamdulillah. Aura positif tu datang masa SukaGelak tengah santai main Candy Crush sambil dalam kepala dok menimbang baik dan buruknya bertukar tempat ni ( Ops.. Main candy crus taim rehat okeh). Segala sifat negatif SukaGelak tendang dengan aura positif. Bila aura positif dah banyak, SukaGelak dah kembali happy. Tak mau dah sedih-sedih. Everything happens for reasons kan. In Sya Allah ada hikmah disebalik semua yang ditentukan.

Guys, wish me luck kat persekitaran kerja yang baru. And one last thing, SukaGelak tak sabar nak kongsi berita gembira dengan korang semua. Tapi kene confirmkan dulu dengan yang lebih pakar, baru boleh publish kat sini. Till then, bye2.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.