Kasih Juju: March 2013

March 22, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


Kengkawan, jom join GA super ohsem dari Mak Dara ni.
Excited nak join ni sebab SukaGelak jadi penaja hadiah GA ni.
Eh, eh, dah jadi penaja pun sibuk nak join ke??
Mak Dara dah bagi kebenaran la.
So ape tunggu lagi?
Jom join ramai-ramai..
Harap-harap bertuah la ye... <3

Senarai Penaja :-

Tag kengkawan :-
http://miraahussin.blogspot.com/
http://rahsia-pelangi.blogspot.com
http://cahayacita2.blogspot.com/

Tarikh tutup : 31Mac 2013

March 21, 2013

A Phone Conversation Part II

Hai sume :)

SukaGelak nak tanya la dekat korang.
Ape perasaan korang, kalau korang tengah menerangkan sesuatu, tiba-tiba kene potong?
Meh SukaGelak bagi contoh :- 

Caller : Hello, boleh saya tau no fax bahagian IT?
Operator : Boleh, nombor die 03-404
Caller : Berape nombor belakang die?
Operator : [Terkedu 3 saat] 4110.
Caller : Okey terima kasih. (Die marah wey.......) 

And the caller hang up the phone.
I'm not mad, but I'm really frustrated with the caller.
Tak salah pun dengar SukaGelak habiskan baca nombor fax tuh.
Bukan kene dengar sampai besok pagi pun.
Tapi tak tau lah kalau si pemanggil rase membuang masa die pulak. Huh..!
Tak nice la dapat pemanggil yang macam ni.
I dont even know who you are and you may know me.
Kesimpulannya, Senyum.. Tak perlu kata apa-apa.

Wassalam.

March 18, 2013

Lirik dan Video : Retak Seribu - Riana Anis

Lirik : Retak Seribu - Riana Anis

Semanis gula kau lafazkan kata-kata
Menghembus janji setia jauh ke hujung dunia 
Tersentuh hati bila diri dicintai 
Oleh insan yang ku puja dan amat aku sayangi

Tapi semua hanya bicara berdusta
Manis itu bukan gula rupanya racun yang berbisa
Aku terpedaya dengan senyuman
Yang sejuk dipandang rupanya bersalut kepalsuan

Kasih renunglah sejauh mana setianya hatimu
Hingga sanggup mencurangi menolak ketulusan hatiku ini
Pabila angin membeku sang purnama pun retak seribu
Putusnya kasih yang ku damba hanya kepada mu

Bukan sekadar sekali kau lukakan jua hatiku ini
Engkau campakkan oh cintaku yang suci

Tak mungkin kita akan kembali bersama
Bagai arus yang mengalir terpisahnya nun di muara
Pergilah engkau bersama megah hatimu
Yang penuh berpura tak selayak dinilai manusia


Kasih renunglah sejauh mana setianya hatimu
Hingga sanggup mencurangi menolak ketulusan hatiku ini
Pabila angin membeku sang purnama pun retak seribu
Putusnya kasih yang ku damba hanya kepada mu

Bukan sekadar sekali kau lukakan jua hatiku ini
Engkau campakkan oh cintaku yang suci


March 13, 2013

Pre Wedding Preparation - Sesi Temubual di Pejabat Kadi Daerah Pontian

Okeh, part yang ni hanya untuk mereka-mereka yang menetap atau bermastautin di negeri Johor sahaja. Tapi untuk negeri lain pun boleh baca jugak.

Untuk pengetahuan sume, lepas berjaya menggenggam sekeping sijil kursus kahwin haritu,[ entri yang ni ] malam harinya SukaGelak berhempas pulas pulak nak melengkapkan dokumen nak hantar semula ke Pejabat Kadi daerah.  Ke hulu ke hilir mencari ketua kampung, 2 orang saksi borang, fotostat IC wali, saksi borang, sijil nikah mak abah and so on. Settle malam tu jugak. Tak mau tangguh-tangguh da. Besoknya terus ke Pejabat Kadi untuk sesi temubual. Dulunya di panggil sesi temuduga. 

Ade 6 soalan yang ditanya.
1/ Mengucap.
2/ Baca Al-Fatihah.
3/ Doa Qunut.
4/ Munakahat.
5/ Toharah.
6/ Tanggungjawab suami/isteri.

Disebabkan SukaGelak baru lagi menamatkan kursus pra perkahwinan, jadi maklumat semua masih fresh.
Munakahat tu ustaz tanya pasal rukun nikah. Toharah pulak pasal niat mandi wajib. Dan Alhamdulillah SukaGelak lulus sesi temubual tersebut. Soalan temubual ni tak semuanya sama. Tengok mood penemubual tu jugak. Sebab encik tunang kene temubual 30minit. Lama betul. Yang ni dekat Pejabat Kadi Daerah Kluang. Banyak betul ilmu yang ustaz tu bagi.

Di akhir temubual, ustaz tu mendoakan semoga ikatan pernikahan SukaGelak dan bakal suami kekal hingga ke akhirnya. Alhamdulillah, InsyaAllah.
Wassalam.


March 12, 2013

Pre Wedding Preparation - Kursus Pra-Perkahwinan

Seperti yang kawan-kawan SukaGelak sedia maklum, 9hb Mac sampai 10hb Mac haritu Sukagelak telah menghadiri kursus Pra-Perkahwinan di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Masjid Jamek Benut. [ Entry ini ]
SukaGelak pegi sensorang jek. Encik tunang dah siapkan semua dokumen die. Termasuk interview dekat Pejabat Agama Daerah Kluang. Punyalah tak mau pergi kursus kawen 2x, dengan laju dan pantasnya beliau siapkan semua dokumen untuk SukaGelak hantar dekat Pejabat Agama Daerah Pontian.
Jadual sangat padat. Setiap jam ade pengisian. 
Berperang mata 2 hari. Banyak input boleh dapat daripada kursus ni. Cuba tengok jadual tu. Dari bab basic sampai bab cerai. Cara-cara menangani masalah pun ade. 
Dan akhirnya, dapat jua sijil yang satu ni. Korang yang bukan kursus dekat Johor mesti tak dapat sijil macam ni kan. Siap ade gambar. Tak boleh pindah milik. Kalau korang nak sijil macam ni meh la kursus kat Johor. RM120 jek. Kat KL RM80. Tapi tak dapat sijil macam ni lah kan.

Okkay lah, sampai sini dulu. Besok cerita pasal interview dekat Pejabat Agama pulak.
Wassalam :)

March 1, 2013

Pre Wedding Preparation : Mari Cantikkan Kulit Muka.

Dilarang mencuri gambar ni tanpa pengetahuan tuan blog!!
Haaa.... Pagi ni SukaGelak bukan nak jual produk kecantikan. Tapi nak share dengan korang produk ape yang SukaGelak guna sampai hampir hilang parut-parut jerawat yang hodoh kat muka SukaGelak ni.
Nak cantik sama-sama dengan korang jugak. *wink*wink*

http://tabitaskincarelovers.blogspot.com/

Tadaaaa.... Ni lah mendenye.. 
Mula-mula macam takut nak pakai sebab muka ni tak pernah pakai produk yang mengelupas2 ni.
Tapi bile memikir kan 'hari bahagia' yang kian menjelang ni, terus nekad nak baiki kulit muka. Sape yang nak  muka penuh dengan parut jerawat kan...

3 hari pakai masih belum nampak lagi kesan produk ni. Masuk hari yang ke-4 da start rasa perit, pedih. Terutama dekat tepi-tepi hidung. Setiap kali sapu smooth lotion mesti rasa nak menjerit melonjak-lonjak. Tak ingatlah pula bila hilang rasa sakit ni. Muka pun mengelupas halus. Tak nampak merah pun. Bila tengok parut jerawat makin lama makin hilang hati rasa suka sangat sangat sangat. Sampai mak SukaGelak pun terpengaruh nak join sekaki.

Setelah lebih 4 bulan guna produk ni, jadilah hasilnya macam gambar kat atas tu.
Syukur Alhamdulillah. Parut jerawat dah hilang, muka pulak jadi lebih putih.

Kepada rakan-rakan blog SukaGelak yang nak join jadi cantik berseri-seri atau nak tau lebih lanjut pasal produk ni, boleh klik dekat link ni http://tabitaskincarelovers.blogspot.com/. (Ehem-ehem, boleh dapat diskaun tak tolong promote produk awak?*joking*)

(Pesanan penaja : Hati-hati dengan produk tiruan.)

Wassalam.
XOXO

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign