Kasih Juju: April 2013

April 20, 2013

BEN ASHAARI dan WEECLICKS


Kengkawan, jom join segmen Bro Ben ni.
Senang dan simple jek.

Cuma jawab soalan ni :
KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

And my answer is :
Pendapatan melalui internet ini merupakan satu bonus untuk saya selain daripada gaji yang saya dapat tetiap bulan :)

Guys, ape tunggu lagi.. Cepat join.. Segmen expired hari ni 20 April 2013 jam 5 petang.

Wassalam.

April 19, 2013

Lirik : Bukan Dia Tapi Aku - Judika (ost Sedetik Cinta)

Sape yang layan cerita Sedetik Cinta kat tv3 tu mesti tau lagi ni.
Disebabkan SukaGelak dah jatuh cinta dengan lagu ni, 
jadi SukaGelak nak share lirik ni dengan korang.

Bukan dia tapi aku - Judika
Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya 
Meninggalkan mu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan 
Kerna ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya

Ku akui sungguh beratnya 
Meninggalkan mu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kerna ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya


Cinta ku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sedar itu
Bukan dia bukan dia tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya

Cintaku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia cukup aku




April 18, 2013

Notis Pemberitahuan


Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Sunway Putra Mall sebab menjauhkan segala makanan yang tak sihat dalam hidup ini.
Haha.. Tak de maknenye. Karang ade yang wat delivery macam-macam pulak kan.

Neway, Sunway Putra Mall ni atau dulunya dikenali sebagai The Mall nak renovate shopping mall kat situ.  Tapi office tower masih beroperasi seperti biasa. 
Nak bagi setaraf dengan persekitaran kot.
So lepas ni jimat la duit SukaGelak.
Tak de la asik nak melabur kat Watson, Cold Storage, McD sume-sume tu.
Yeay.. Boleh menabung :D

Wassalam.

April 17, 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY


Jom join segmen ni..
Mane tau kot-kot bertuah, boleh dapat baju dengan topup.
Klik banner untuk ke page owner ye.

Tarikh tutup : 25/04/2013

Wassalam.

Depressed!

I'm a little bit depressed.
But this picture make me smile and blew away my depressed.
Thank you mr. Google :)

April 11, 2013

Semak Daftar Pemilih, Lokasi Mengundi PRU 13 Dan Cara Mengundi.


Pada sesiapa yang dah daftar sebelum 31/12/2012, boleh buat semakan dekat link ni :

Dan pada yang baru daftar tahun 2013, mungkin anda tak dapat nak menjalankan tanggungjawab mengundi tahun ni. SPR tak sempat nak semak.
Korang mengundi PRU 14 nanti lah ye.
Ini pengalaman ke-2 SukaGelak. Dah pernah mengudi tahun 2008.

Untuk membantu mereka yang baru pertama kali mengundi, jom tengok cara mengundi pulak.






Selamat mengundi :)

Wassalam


April 10, 2013

Pemikiran Positif.

Hamboi.. Tajuk..
Sejak bile pulak SukaGelak jadi pakar motivasi ni??
(^.^)v

Di pagi hari Rabu yang cerah ni, SukaGelak dengan rasa berbesar hatinya nak berkongsi dengan pembaca blog, apa yang SukaGelak dapat mase Kursus Pembentukan Imej Profesional, Etiket Sosial dan Protokol itu hari.
Ade banyak tajuk yang didedahkan kepada semua peserta kursus.
Tapi yang SukaGelak nak kongsi ni tajuk Pemikiran Positif. 
Penceramah : Encik Kamril Juraidi bin Abdul Karim.

PRAKTIKKAN POSITIF

> Melihat kepada kebaikan :
Focusing on the good. There is always sunshine after the rain.

> Latih minda yang baik :
Help others will make you feel good.

> Gunakan bahasa positif :
Use words that evoke feelings and mental images of strength, happiness and success.

> Gaya hidup sihat :
Meditasi, bersenam dan amalkan diet yang sihat.

> Bersyukur.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

> Menerima, jangan buat andaian.
Berusaha untuk accept people as they are.

> Dikelilingi oleh insan yang positif :
Boleh berkongsi idea yang positif.

 > Kurangkan kritikan negatif :
Selain daripada komplen, ambil tindakan yang membina terhadap sesuatu perkara.

> Tingkatkan daya saing :
Kebanyakkannya dah plan nak berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, tapi tak berjaya sebabnya hanya sedikit je yang betul-betul berusaha.

> Belajar dari kesilapan :
Kesilapan adalah peluang untuk belajar. Keupayaan untuk belajar dari kesilapan adalah satu keistimewaan.

> Kurangkan gosip :
Negative conversation are a waste of energy and time.

Part yang last tu mesti ramai yang susah nak buat kan.
Ape-ape pun, jom berubah sikit-sikit.
Semoga berjaya :)

Wassalam.

(Source : Nota kursus dari Gakushu Kreatif)

April 3, 2013

Kursus Protokol



Kursus pertama untuk tahun 2013.
Balik dari kursus nanti SukaGelak share pengisian yang SukaGelak dapat ye.

Wassalam.

April 2, 2013

Selamat Pengantin Baru Cik Din

Eh, eh, update lagi.. ?

Macam tu lah kalau mood menaip tengah mencurah-curah.
Semua nak publish taim tu jugak.
Tak dan nak tunggu besok.
Ade lagi satu entry nak publish. Tapi yang tu simpan untuk besok la ye.

Berbalik pada gambar yang kat atas tu.
Yang bersanding tu pakcik sebelah emak SukaGelak. Agak lambat jugak la bertemu jodoh.
Tapi Alhamdulillah, berkahwin jua.

To Cik Din :
Selamat pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan ni kekal selama-lamanya. In Sha Allah.

Wassalam.



Ketagih Nescafe

Selamat pagi kawan-kawan blog SukaGelak.
Dah sarap ke? Eh, sarap ape plak nih? Haaa, orang Johor kalau sarapan tu dipendekkan perkataannye jadik sarap jek. Bukan sampah sarap tau.
Sarap = Sarapan.

Dah tegak matahari baru nak sarap ek. Hehehe..
Pagi ni rasa tak kena jek buat kerja. Tak sempat nak buat air. Minum air masak je. Kan bagus pagi-pagi minum air masak. 
Tapi tekak ni nak jugak air nes. Bukan yang peket merah,kuning ngan hijau tu. Tapi yang Ipoh White Coffee punye. Sebabnye yang ni rasa betul-betul pahit. Barulah puas minum kopi.
Tu yang sampai ketagih.
Dan disebabkan rasa ketagih itu, dalam laci wajib ade stok Nescafe ni. Rasa die tak sama dengan yang makcik kat kedai tu buat.
Dan SukaGelak percaya, mesti ada kawan-kawan blog SukaGelak yang ketagih air ni jugak.
Yeayy.. Kite geng :)

Neway, happy working kawan-kawan....
Wassalam.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign