Kasih Juju: June 2013

June 27, 2013

Khasiat Berwudhuk Sebelum Tidur

Source : http://www.islamituindah.my/khasiat-berwuduk-sebelum-tidur

wudhu-menjaga-kesucian

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. 
Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih. 

Kedua, mencerahkan kulit wajah. 
Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. 
Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

June 21, 2013

Kurus: tiada jalan pintas

Senaman merupakan cara terbaik dalam membantu mengurangkan berat badan.

BERAT badan semakin meningkat merupakan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan wanita.

Untuk menurunkan berat badan mereka rela mengambil jalan pintas dengan cara makan pil kurus dan diet tidak seimbang.

Hakikatnya menurut Penolong Pengurus Dietetik (Pakar Pemakanan), Hospital Gleaneagles, Phang Chin Yee, tiada jalan pintas yang boleh dilakukan melainkan senaman dan kawalan pemakanan.

"Seperti semua sedia maklum, tidak kira sesiapa pun, setiap orang harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali dalam seminggu. Senaman merupakan elemen penting dalam penjagaan berat badan.

"Dari segi pemakanan pula, haruslah memilih kaedah memasak yang sihat iaitu tumis kurang minyak, sup, kukus, bakar mahupun panggang.

"Paling penting, buang lemak daging dan kulit ayam sebelum memasak kerana ini juga mampu menaikkan berat badan," jelas Chin Yee.

Selain berat badan yang seimbang, kulit yang sihat juga akan terjaga sekiranya seseorang mengawal pemakanan mereka.

Tambah Chin Yee lagi, sayur-sayuran dan buah-buahan juga amat penting semasa makan kerana mampu mengawal berat badan di samping sebagai menu yang menyihatkan.

"Amalkan meminum air sebanyak lapan gelas sehari agar tubuh badan kita tidak kekurangan air," tambahnya ditemui pada perbincangan gaya hidup sihat anjuran Gleaneagles Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perbincangan berkisar mengenai bagaimana menjaga berat badan dengan cara yang sihat selaras dengan komitmen untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, Pakar Fisioterapi Gleneagles, Cheryl Tiang berkata, kebanyakan individu terutama yang bekerja tidak ada masa untuk melakukan senaman.

"Senaman tidak semestinya hanya dilakukan di gimnasium, malah boleh juga dilakukan di rumah.

"Latihan senaman bertujuan untuk memulihkan tubuh badan setelah seharian melakukan tugasan masing-masing.

"Di rumah, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang bahkan masa kerana senaman boleh dilakukan di mana-mana yang bersesuaian dan disukai," katanya.

Tambah Cheryl, bagi mereka yang tidak cukup tidur pula, dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang secukupnya kerana ia mampu mempengaruhi kesihatan.

Penggunaan bahan dalam masakan juga mampu menaikkan berat badan seseorang terutama yang mengandungi banyak lemak.

Chef Eksekutif Gleneagles, Rezuan Sulaiman atau Chef Zuan berkata, memakan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, paru-paru dan sebagainya juga tidak elok untuk kesihatan.

Ini kerana organ-organ tersebut merupakan tempat toksin dikumpul sebelum dineutralkan.

"Makan makanan ringan dan penambah perisa dalam masakan juga tidak digalakkan kerana kandungan garamnya yang tinggi boleh menyebabkan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya," katanya.

Tambah Chef Zuan, pengambilan oat pada waktu pagi juga dapat memberikan tenaga dalam tubuh badan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130605/kn_01/Kurus-tiada-jalan-pintas#ixzz2WofcvaqZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

June 18, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar.
Tak pilih gambar lagi nak share dengan kawan-kawan.
Nanti SukaGelak share ye.

Wassalam

June 17, 2013

Running Man l TV2

Wahhh.... Lamenye SukaGelak tak hapdet blog ni.
Terlampau sibuk.
Harini baru naik kerja. Baru dapat hapdet.
Dan story yang SukaGelak nak kongsi harini pasal Running Man.

Tahukah kalian bahawasanya TV2 ada menyiarkan cerita tersebut?
Yeaaaaa.... Adaaaaa... Yeayyy...

Akhirnya RTM keluarkan jugak cite ni kat saluran yang tak berbayar.
Pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak melayan Running Man ni bolehlah tune in to tv2 every Saturday 4pm onwards. 
Minggu ni dah masuk episod 3 kalau tak silap.
Silalah layan. Boleh hilang stress tahu?
Credit picture : Facebook tv2

June 4, 2013

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign