Kasih Juju: August 2013

August 29, 2013

49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN

49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDNDATUK Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menunjukkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap termasuk tiga kumpulan yang dikenal pasti merbahaya iaitu Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 pada sidang media di Kompleks D, Putrajaya, hari ini. - Foto Abd Rahim Rahmat
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. 

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
BilNama PertubuhanLokasi Aktiviti
1Geng 04Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2Geng 08Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3Double 7Seluruh Semenanjung Malaysia
4Tiga LineDikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5Geng 30Seluruh Semenanjung Malaysia
6Geng 38Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7Geng 24Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8Geng 18Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10Geng 21Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11Ang Soon ThongAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
12Wah KeeAktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13Sio Sam OngAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14PNEHAktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15Hong Hong SanDikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
16Hai SanAktif di Perak
17Siang Ang BinAktif di Kuala Lumpur
18New Cell 20Aktif di Perak
19Jit It HaiKumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20Sio Koon TongBergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
21Gee Lam KorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
22Gee Ah EngKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
23Loh KuanKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
24Tiang Yee TongKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
25Geng Leng HorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
26Geng 35Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
27Geng 303Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
28Geng Satu HatiBeroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29ATAPKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
30Hung AnnKumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
31Sui YukKumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
32OtaiKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
33Borneo Red EMPKumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
34Ah NgauKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
35Batu TigaKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
36Ah FengKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
37Batu 10Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
38Sibu TiKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
39Ah SengKumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
40Ah ChinKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
41Lee LungKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
42Lo HanKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
43Sg MerahKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
44Sg BadutKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
45Ting Ching LeeKumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
46Tua Cak LeeKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
47Teksi StationKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
48Pintu MerahKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
49KrokopKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/49kumpulankongsigelapdengan40_313ahlididedah-KDN/Article

Menang Blog Review Segmen Teka Gambar Dari Blogger Eraz Fadli

Semalam Blogger Eraz Fadli ade buat segmen teka gambar.
Gambar tu pun agak mengelirukan la jugak.
Dua jawapan yang SukaGelak bagi.
Alhamdulillah ade satu yang betul, tepat dan cepat.
Kalau korang nak tau gambar apa dan jawapannya, boleh klik header Eraz ni ye.

Mintak izin tuan blog, pinjam header ye.

Wassalam.

August 27, 2013

Usaha tangga kejayaan.

Hai bloggers.. Apa macam hari ni? Harap-harapnya semua sihat sejahteralah hendaknya.

Harini terasa nak berkongsi rasa hati. Bagi pasangan yang baru kawin macam SukaGelak ni, mesti tak lepas daripada soalan macam ni:

1/ dah ade isi ke belum?
2/ dah ngandung ke belum?

Aduhai.. Ini semuakan rezeki Allah. Yang penting usaha. Kalau tak de, usaha lagi. 
Macam SukaGelak ni ha. Ikut petua blogger IntanBerlian, dalam entri yang [INI]. Sampai sakit2 badan. Tapi, tak nampak hasil lagi. Kene sabar, usaha lagi dan lagi dan lagi lagi lagi. Jangan lupa berdoa pula ye.

InsyaAllah, akan ada juga hasilnya nanti. 
Cuma cepat atau lambat je. Kita sama-sama tunggu ye. :)

Picture source : google.com
Wassalam.


August 21, 2013

Wordless Wednesday #14 - Hari Koperasi Negara 2013 - Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat

Klik gambar untuk lebih jelas

August 20, 2013

4 Situasi Memalukan Kaum Lelaki

Lelaki memang terkenal dengan sikap ego dan tak mahu mengalah terutama bila berhadapan wanita, namun manusia itu sendiri tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

1/ Bila terjatuh.
Lelaki bila berjalan dengan kekasih, langkah pasti akan diatur kemas agar tidak terjatuh atau tersandung batu. Bila perkara ini terjadi akan mengaibkan lelaki kerana mereka beranggapan lelaki harus tampil bergaya, gagah dan berani di hadapan orang sekeliling.

2/ Cinta ditolak.
Bila cinta lelaki ditolak wanita, meraka akan rasa malu dan tak mahu berhadapan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila dihina tak bergaji tinggi, tak kacak dan kurang bergaya. Mereka akan cenderung melakukan perkara di luar kawalan hingga bawa masalah di kemudian hari. Wanita harus ingat tak semestinya jadi 'gilaan' lelaki hingga nak hina mereka sedemikian rupa, malah akan timbul rasa dendam dalam diri lelaki.

3/ Poket kering.
Lelaki akan beri pelbagai alasan jika tak ada duit untuk keluar bersama teman wanita. Hingga wanita akan rasa curiga. Bila poket kosong, lelaki sanggup tak jumpa kekasih semata-mata tak mahu dimalukan nanti. Lelaki juga tak suka dibelanja teman wanita kerana beranggapan perlu dilihat sempurna di mata seorang perempuan.

4/ Airmata.
Memang agak sukar untuk melihat arimata lelaki mengalir tanpa sebab. Kalau menangis mungkin ada perkara buruk berlaku seperti kematian orang yang disayangi, gagal ujian atau putus cinta bagi lelaki yang setia. Sebolehnya meraka akan elak daripada menangis di hadapan wanita dan nampak kurang 'macho'.

Picture source : google.com
(Artikel dari Harian Metro 20 Ogos 2013.)
Wassalam.

August 15, 2013

Ost Ijab dan Kabul - Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises

Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janji ku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu 
Raga mu tak utuh

Ku terima kekuranganmu 
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku 
Engkau lah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang kutuju

Dan teringat janji ku padamu
Suatu haru pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisa ku
Walau ku tahu
Raga mu tak utuh

Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku
Engkaulah nyawaku


August 7, 2013

Wordless Wednesday #13 - Selamat hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya semua. Semoga lebaran mengerat ikatan persaudaraan kita.

Wassalam.

August 6, 2013

This Is Why I Love Domino's Pizza

Hai semuaaa.. Wah, mood ceria je harini kan. Tinggal lagi dua hari je nak habiskan puasa. Semangat raya dah datang ni. Mesti ade yang dah sampai kampung kan. Seronoknye engkorang. SukaGelak masih bekerja harini. Last day. Weeeeeeee.....

Dah hujung-hujung puasa ni kan, SukaGelak tak rajin betul nak masak. ( Cakap jela malas.. Buahahaha ). Dah tak de mood nak sepahkan dapur. Jadi SukaGelak dengan rajinnya malayari laman web http://www.dominos.com.my/. Hohoho.. Part yang ni rajin pula ye. Sambil tengok gambar pizza, sambil telan air liur. Jam baru pukul 5.30 petang. Huh, menyeksa jiwa raga betul.

Pada yang dah pernah order online, mesti kenal dengan gambar ni.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Canggih tak Domino's pizza? Siap ade gps tracker. Engkorang ingat kat henpon dengan kereta je ke ade gps.. Domino's pun ade tahu. Boleh tau dorang tengah buat apa dengan order kita. Takde lah tertanya-tanya. Dalam masa setengah jam je dah sampai. Cepat kan. Yang lagi best, free delivery. Tak payah bayar, ade jaminan penghantaran 30 minit. Ade lagi.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Dapat free roti weh. Yeayyyy..Ade lagi ade lagi.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Yang ni free sebab jawab soalan survey dia. 1 soalan je pun.

Ha.. Seronokkan. Murah hati betul Domino's ni. 
Untuk yang nak mencuci mate tu, boleh klik sini --> http://www.dominos.com.my/

Wassalam.



August 5, 2013

Linda Gedik

Actually, frust sebenarnya sebab dengar Era.fm pagi tadi tak de JOHARA. Dah cuti rupenye engkorang ye. Frust sebab tak dapat dengar sketsa johara. Korang pernah dengar tak sketsa tu pagi-pagi? Dalam pukul 7.05 pagi. Kelakar weh. Rugi kalau korang tak dengar. Ni SukaGelak nak kongsi dengan korang salah satu sketsa yang best. 


Sketsa pasal Linda ade banyak. Tapi tak semua ade dekat YouTube. Korang layan je mane yang ade ye. Nak tau kenapa SukaGelak suka sangat dengan sketsa Linda ni? Sebabnya si Johan tu yang jadi Linda. Memang gedik giler. Rasenye korang pun boleh bayangkan kot.

Ni ade lagi satu pasal Linda jugak.


(Psst....jangan gelak kuat-kuat sangat tau :D)

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign