Kasih Juju: November 2013

November 29, 2013

Payment Advice dari HSBC

Dapat email ni pagi tadi. Ingatkan spam. Tergerak pulak hati ni nak baca detail. Nasib baik tak permenantly delete. Kalau tak asyik tertanya-tanya je bila Nuffnang nak release cheque.

Agak lama jugak tempoh menunggu ni. Hampir 2 bulan. 
Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali pertama SukaGelak cashout. ( Rujuk ENTRI INI ).

Ini baru payment advice, cheque belum sampai lagi. 
Sabar menanti ni :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.



November 27, 2013

Wordless Wednesday #17 - Google Translate


Bwahahahaha.. Tiru bulat-bulat ni.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)
(Sumber : Blog Serius)

November 26, 2013

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Blur!!

Semalam tak dapat buat kerja disebabkan line telefon rosak.
Melarat sampai harini. Toleh kiri, toleh kanan. Ape nak buat harini?
Cuti semua dah rekod dalam sistem. Nak baca novel kang nampak sangat operator tak de kerja.
Jadi isu pulak kang. Tak memasal kene buat kerja orang lain.

Bilalah line telefon nak okey ni.
Rasa bersalah pula makan gaji buta. Hewhewhew.. 
Mulanya tak de idea nak menaip. Tapi teringat kat bro Hasrul Hassan pernah cakap, kalau tak de idea nak tulis blog, cuba tengok sekeliling kita, mesti ada benda yang boleh dikongsi.
Ni dah pusing 360°. Masih tak nampak apa yang boleh ditaip.

Eh,eh. Dah ada ceritalah yang boleh dikongsi. Haha. Bernas sungguh tips yang beliau bagi ni. Korang pun boleh gunakan jugak idea ni tau. Toleh kiri kanan, dah boleh dapat entri baru.

Besok SukaGelak akan ke Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Yeay.. Dapat peluang pergi lagi. 
Kali ni SukaGelak pergi untuk event ofis. Pergi koir je. Tak terlibat pun dengan majlis tersebut.

Sumber gambar : encik google

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.


November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

November 21, 2013

Kenapa Blog Lambat Loading?

Mesti ada antara rakan-rakan blog yang pernah mengalaminya kan. Sakit hati betul kalau jadi dekat blog sendiri. Macam SukaGelak ni pulak, bukannya reti sangat pun baca kod html ni. Puas la meggodek ke sana sini. Last-last, search je kat Google. Melambak-lambak solution yang ada. Tinggal nak pilih je mana satu application yang korang suka.

Okeh, meh sini SukaGelak nak share satu application yang SukaGelak jumpa ni. Klik --->  Website Speed Test. Lepas klik je web address tu akan keluar macam ni :
Klik gambar untuk lebih jelas.

Masukkan alamat blog korang lepas tu klik Test Now. 
Tunggu die siap analisis. And keluar lah gambar ni.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Hah tengok result blog SukaGelak ni.
Your website is slower than 97% of all tested websites katenye. Tak sakit hati ke namanya tu.
Loading time pun sampai seminit nak kene tunggu. Huhu. Sebelum korang tak mo singgah kat blog SukaGelak ni, lebih baik SukaGelak buang dulu apa yang patut.

Macam mana nak tau apa yang membuatkan page kita lambat loading?
Just scroll down je dan korang akan nampak macam ni
.
.
.
.
.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Boleh nampak kat situ widget ape yang lambat sangat loading kan. Jadi, silalah remove :). 
SukaGelak dah remove dah. Sekarang ni loading time cuma 2.89saat je berbanding sebelum ni 60saat.
Yeay.. ( Lompat guling-guling)

Harapnya entry ni dapat membantu rakan-rakan blog.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.



SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


Klik banner kalau nak join ok.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

November 20, 2013

Facebook Chat

Selalunya buka fb tak pernah full screen pun. Tak nampak pun tab online chat.
Harini boleh pula nak buka full screen.
Dan ternampak lah wajah baru tab chat tu.

Klik gambar untuk lebih jelas.
Cube korang tengok dalam kotak merah tu.
Sebelum ni cuma keluar bintik hijau tu je kan.
Sekarang dah boleh nampak detail.

SukaGelak tak pasti la pula bila mulanya wajah baru ni.
Tapi bagus jugakkan. Boleh tau kengkawan online guna komputer ke guna handphone.

Ke sebenarnya SukaGelak yang lambat tau??
Ah, tak kira lah.. Nak buat entry juga.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Lirik Lagu : Mimpi - Aisyah AF2013

Mimpi - Aisyah AF2013
Ceritakan padaku 
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua 
Cerita kita cipta bersama
Kissh terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantung ku bernyawa

Berdua hanya kau dan aku
juliajamaludin.blogspot.com
Andai ini hanya mmpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena 
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini 
Sampai ketemu lagi 
Aku Di sini
juliajamaludin.blogspot.com
Ceritakan padaku 
Ceritakan padaku selalu
Kisah yang tak mungkin pergi lalu
Selama akan hidupku denganmu

Bersama mngharungi semua

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus terlena 
Sampai kau tiba

Bawa daku ke angkasa
Memetik bulan bintang
Bawa aku terbang bersama
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan semua

Biar saja begini
Biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi 
Biar aku begini
Sampai ke temu lagi 
Aku disini

Andai semuanya mimpi 
Biar saja aku terus begini
Ku mahu terus kisah cinta kita
Terus sampai hujung masa


Wordless Wednesday #16 : Surat Berhenti Kerja Seorang Blogger.

Kilk gambar untuk lebih jelas.

P/s : Macam ni pun ada jugak ye :)
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.


November 19, 2013

Parodi Macam Cantik Je, Macam Comel Je Versi Nasyid

Video ni kawan SukaGelak share dekat ofis.
So, SukaGelak nak share pulak dengan kawan-kawan blog.
Daripada tengok parodi yang bukan-bukan tu boleh jugak berzikir dengan bro ni.

video

Big clap untuk bro Ariff Muazzin Abdul Rahman (AMAR).

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Video dan Lirik Lagu : Sesaat Untukku - Amira AF2013

Lirik Lagu : Sesaat Untukku - Amira AF2013
Kau datang lagi seperti selalu seperti biasa
Kau tak pernah jemu temaniku dalam lenaku

Kau buat ku merasa ku ada segalanya 
Kau buat ku merasa hidupku sempurna

Sentuh hatimu rasai kehadiranku
Buka matamu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti

Tetaplah menjadi yang terbaik
Biarpun sesaat sahaja
Namun ia amat bermakna bagiku
juliajamaludin.blogspot.com
Kau buat ku merasa ku ada segalanya 
Kau buat ku merasa hidupku sempurna

Sentuh hatimu rasai kehadiranku
Buka matamu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti
juliajamaludin.blogspot.com
Sentuh hatimu rasai kehadiranku
Buka matamu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti

Sentuh hatimu rasai kehadiranku
Buka matamu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahwa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti lagi


November 18, 2013

Tahniah Faizul Juara Akademi Fantasia 2013


A big congratulation untuk Faizul sebab berjaya menewaskan 5 peserta yang lain. Yeayyyy..
Terkejut sangat dengan keputusan yang Zizan umumkan malam tadi.
Mesti ramai yang agak Azhael jadi juara kan.
Teringat kata-kata Melly Goeslow, "Azhael itu seperti junk food, sedap tapi boring".

SukaGelak tak sokong siapa-siapa pun, asalkan bukan Nabila yang juara itu dah kira bagus.
Tak dapat bayangkan kalau Nabila yang juara. Hohoho..

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

(Picture source : intag.me/akademifantasia/)

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE

Bicara Mak Dara

Syarat segmen ni simple je.

1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini.
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe"

Senang je kan. So SukaGelak nak mempertaruhkan gambar ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cakkkkk... Besar tak mata kite Mak Dara?
Ni gambar anak buah SukaGelak.
Die memang suka besarkan mata dia yang dah sedia besar tu.
Sekali tengok macam cantik je, macam comel je kan kan kan.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

November 16, 2013

Entri Meletop Katanye.

Klik gambar untuk lebih jelas
Ni senarai top 3 entri blog SukaGelak yang dapat traffik tertinggi.
Tak banyak pun post yang dapat trafik yang macam ni. Kena usaha banyak lagi. 

Ape-ape pun terima kasih kat Zara Zya sebab jadi penyumbang utama trafik blog ni.
(Tumpang glamer jap)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

November 15, 2013

Petua Murah Rezeki.

Klik gambar untuk lebih jelas.

Jumpa ayat ni kat facebook. Terus edit sikit, kasi cantik cket, letak trademark cket dan uplod kat blog.

Memang dari dulu lagi SukaGelak dah dengar, kalau nak murah rezeki, sentiasalah bersedekah. Tak kiralah sikit ke banyak. Yang penting niat sedekah tu ikhlas.

Apa yang selalu terjadi ialah bila kita tengah makan dekat shopping mall ke kedai mamak ke gerai tepi jalan ke, datang pulak 2 orang hamba Allah. Sorang buta, sorang lagi pimpin yang buta tu. Jalan meja ke meja mintak derma.

Mesti dalam kepala dah set tak nak derma sebab pikir mesti dorang ni sindiket. Ade orang drop kat tempat tu guna van, petang karang mesti van tu datang balik collect dorang. Kan? Kan? Kan?

Tapi tak kisah lah apa pun tujuan sebenar diorang tu, yang penting kita ikhlaskan pemberian kita. Jangan nak mengungkit pulak pemberian tu. Dah kira riak namanya. Tak apa lah derma yang sikit pun, besar ganjarannya yang akan kita dapat nanti. Wallahualam.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

November 14, 2013

20 Bekas Peserta MasterChef Berentap Dalam MasterChef Malaysia All Stars!


Selepas kejayaaan dalam beberapa sirinya yang lepas dan berjaya mencipta fenomena tersendiri, MasterChef Malaysia kembali dengan Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS).

Menariknya kali ini MCMAS menampilkan 20 peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara dan mereka merupakan 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia dan 10 bekas peserta ‘favourite’ MasterChef Malaysia.

Senarai peserta MasterChef Malaysia All Stars :
1/ Azwan Ali
2/ Karl Shafek
3/ Soo Winci
4/ Raja Azmi
5/ Kenchana Dewi
6/ Celina Khor
7/ Sharifah Shahora
8/ Micheal Ang
9/ Syanie
10/ Enot
11/ Brian
12/ Imelda
13/ Zamir
14/ Che Lah
15/ Ah Hong
16/ Along
17/ Azlina
18/ Azni
19/ Ary Malik
20/ Shahriah

Berita lanjut sila klik --> SINI

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

November 13, 2013

Bila Berselisih Faham

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni? Tipulah tu kalau tak pernah kan. SukaGelak dah banyak kali jadik. Mungkin cara penyampaian SukaGelak yang tak betul atau pun pihak yang lagi satu tu salah tafsir apa yang SukaGelak cuba nak sampaikan. 

Makin parah bila pihak yang lagi satu tu jenis yang kuat 'sentap', cepat terasa. SukaGelak pulak kadang-kadang cakap main ikut sedap mulut je. Tu yang bila tak kena masa dan keadaannya jadi sangat 'awkward', masam muka, melenting, marah and so on. Kena pulak bukan salah dia. Kita ni yang salah. Masam muka lah 24 jam. Tu kalau dekat, kalau jauh pulak, makin keruhlah keadaan. Dan lepas tu masing-masing jadi musuh la pula. Haishhh... Tak best kan.
Kalau pernah terjadi kat korang, ape yang akan korang buat?
Mane yang ego tinggi tu mesti nak biar je kan. Biar pihak yang lagi satu tu tegur atau minta maaf dulu.  Tapi sampai bila??? Tak best lah macam ni. SukaGelak tak suka bila situasi ni jadi kat SukaGelak. Nak menjernihkan keadaan tu susah. Nak kene susun ayat lagi, nak kene tunggu masa yang sesuai. Alahai.. Tak sukanye.

SukaGelak buat entri ni sebab hari tu terskodeng facebook seseorang. Memang ada selisih faham sikit, kemain mengamuk lagi dekat wall dia. Kes tahun 2010, 2013 baru nak tersedar. Eh, ape aku cakap kat minah ni? Selama ni tak sedar pun sebab dah unfriend. Bila terskodeng tu baru lah tau yang die dok sedap ngutuk SukaGelak kat wall die. Even tak de mention nama, but I know it was me :) (Yeay dapat pahala free!)

And to the one who tak puas hati dengan SukaGelak, SukaGelak nak minta maaf banyak-banyak. Apa yang SukaGelak buat tu mungkin ada yang tersalah sangka. Tak elok lah nak panjang-panjangkan apa yang dah lepas. Manusia mana yang tak buat silap? But if you still don't wanna be friend me then, it's up to you. May Allah swt blessed all of you.


Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

November 11, 2013

Watak Utama Playboy Itu Suami Aku

Sejujurnya, SukaGelak tak baca lagi novel Playboy Itu Suami Aku ni. Memandangkan cerita ni akan mula bersiaran harini, menggantikan cerita Love You Mr. Arrogant, SukaGelak nak buat review sikit pasal hero ngan heroin dia.

HEROIN:
Nama : Nur Risteena Munim
Tarikh lahir : 19 November 1989
Asal : Pulau Pinang
Kerjaya : Modelling, Pelakon

HERO:
Nama : Abdul Fattah Mohd Amin
Umur : 23 tahun
Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur
Kerjaya : Hero remaja 2011/2012

Best ke dorang ni berlakon? Macam baru sangat je kan.
Ops... Kalau nak komen lebih-lebih, kene tengok dulu cerita ni. Yang dah baca novel cakap cerita ni memang best, tapi kalau jalan cerita best, pelakon tak pandai berlakon pun tak best jugakkan.
Sama-sama kita saksikan :)

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

(Sumber gambar : google.com)

BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD

Berita baik untuk semua blogger Malaysia!



Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!




Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)


Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]


4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIK TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^





JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.



November 7, 2013

BE Pertama Blog SukaGelak

Alhamdulillah, setelah 2 tahun berbelog, muncul juga BE ni. 
Susah jugak nak dapatkan BE ni yek.
Kene betul-betul commit dengan blog, cara promosi blog, inti dalam belog (inti?? inti sardin ea).
Walaupun cerita pasal diri sendiri je, ade jugak orang nak singgah. Terima kasih banyak-banyak korang :)
Mula-mula buka Nufnang ni sebab nak tengok payment dah clear ke belum. Rupanya tak clear lagi. Memang lama ye? Rasenya dah lebih sebulan. Tak pelah, tunggu je lagi.
Tergerak hati nak klik dekat earning. Terkebil-kebil tengok CPUV ade description. Blurr sekejap, bila dah kembali ke alam nyata barulah rasa nak lompat guling-guling. Haha.. Tak boleh pun nak guling-guling. Kang ade yang cakap SukaGelak ni sakit mental ke hape. Lepas tu terus buat research pasal BE ni.

Nanti kalau anda anda anda baca blog SukaGelak, jangan lupa klik iklan SukaGelak ye <3
Jangan lupe tinggalkan jejak, nanti SukaGelak terjah korang balik, InsyaAllah....

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

November 6, 2013

Aktiviti Cuti 4 Hari

Cuti kerja 4 hari, blog pun cuti jugak lah ye. Hehe..
SukaGelak balik kampung. Habiskan masa dengan suami dan family tersayang.
4 hari berkepit je dengan encik suami. Tak bagi pegi kerja pun. Haha.. nasib baik lah kerja sendiri. Kalau kerja dengan orang dah sah-sah kene berenti.


Kitorang tak pergi memane pun. Cuma pegi kenduri kahwin sepupu encik suami je dekat Felda Linggiu.
Lepas tu renew lesen. Woahhh... Boleh terlupa lesen dah mati 2 hari. Nasib baik tak de roadblock. Kalau tak free-free je buang duit. Huh..

And lastly 'settle'kan borang permohonan rumah. Dah boleh pikir nak beli rumah dah sekarang. Untuk kemudahan masa depan. InsyaAllah. Agak susah jugak sebab tak biasa dengan Kluang. Mencari pejabat pesuruhjaya sumpah pun tak tau kat mane letaknye. Kalau dekat KL ni ha senang je nak cari. Rupanya dekat dengan Mahkamah Majistret Kluang tu ha. Dok tersorok cket. Puas memusing sampai pening. Jumpa jugak

Tu je aktiviti yang SukaGelak buat. Tak menarik pun, tapi SukaGelak happy sebab dapat berkepit dengan Encik Suami. Muehehehe..

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

November 1, 2013

Ole-ole dari Korea


Tadaaaa.... Comel tak ketip kuku yang SukaGelak dapat ni?
Macam comel je, macam comel je. Hehe.. Asyik dapat fridge magnet je kan. Tukar pulak. 
Kawan ofis SukaGelak yang bagi ni. Dia dah 2 kali pegi Korea. Huhu.. Jeles.
( Ada sesape nak taja SukaGelak g Korea tak? Macam cantik je, macam cantik je..haha )

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign