29 January 2014

Husband Ajak Dating Weh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Harini SukaGelak nak share sikit perbualan dengan suami malam tadi. Kami cuma sms je. Maklumlah. PJJ. Tapi masih teringat-ingat sampai sekarang. Topiknya tak lah penting pun. Pasal cuti Raya Cina.
Suami SukaGelak ni bukanlah suka nak berjalan-jalan sangat. Maksudnya tak pandai nak ajak SukaGelak dating kat memane. Selalunya SukaGelak yang ajak pegi sana, pegi sini. Dia jadi tukang pandu kereta je ataupun tukang teman.

Tapi yang peliknya malam tadi die tanya SukaGelak tak nak pergi jalan mane-mane ke? Huhu.. Agak pelik jugaklah bunyinya. Dalam hati cakap "Laki aku ni dah kenapa?". Rupanya die cakap makcik SukaGelak yang dekat sebelah rumah dia tu nak pegi jalan-jalan dekat Melaka. Tidur dekat rumah saudara dekat sana. Lepas tu SukaGelak tanya dia nak ikut ke? Die cakap tak mahu pula. 

Dia nak jalan-jalan, tapi tak tau nak pegi mana. Yang SukaGelak ni pulak takde plan pun nak merayau ke mana-mana. Memang tak de mood pun nak keluar jalan-jalan. Tapi kalau ajak keluar makan, mungkin laju je kot. Hehehe.

Bila suami dah tanya macam tu terus rasa nak ajak dia makan bubur nasi istimewa dekat Permas Jaya atau dekat Sentosa. Dulu masa kerja dekat Jusco Permas selalu makan bubur nasi tu. Sejak kerja kat KL ni dah tak pernah makan lagi bubur nasi yang sedap giler tuh. Alahai.. Dah meleleh air liur pulak ha.

Untuk yang dah pernah makan bubur ni, mesti tau cemane rasanya kan. Untuk yang tak pernah try lagi, meh SukaGelak share gambar cket.
Kangkung Goreng Belacan
Kangkung goreng belacan
Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis
Telur masin, kacang, jeruk cepoh, ikan masin, sambal
Telur masin, kacang goreng, lobak masin
Yang dekat atas ni semua lauk yang akan berenang-renang dalam bubur nasi tu nanti. Kalau nak oder biasanya mintak asingkan lauk. Barulah syok nak gaul-gaul nanti. 

Wahhhh... Tak sabarnye nak balik kampung besok. Cepatlah berlalu hari ni. :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

12 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.