BSP lah Pulak.

Kasih Juju
Korang ingat tak dengan entri SukaGelak yang INI? Jumaat haritu klinik kesihatan call bagitau result. SukaGelak ingatkan result ok sebab hampir seminggu jugak menunggunya. Member cakap kalau diorang tak call tu maksudnya result ok. Bila dah dapat call tu tau lah yang result tak ok.

Nurse cakap result SukaGelak 7.9. Tinggi giler hoi. Eh, tapi bile google sana sini tak de lah tinggi mane pun. Cuma terlebih 0.1 je. Bacaan normal selepas minum air gula tu sepatutnya tak lebih 7.8. So, memang lebih 0.1 je kan.

Tapi nurse suruh jugak buat BSP. BSP = Blood Sugar Profile. Tak suka betul buat mende ni. Leceh. Dahlah perut asyik mintak diisi je. Huhuhu. Tapi demi si kecik yang bakal lahir ni, ku gagahkan jua.

Prosedur BSP.
Kena start puasa dari pukul 10 malam sampai pukul 8 pagi. Pergi klinik, buat BSP, baru boleh sarapan. Makanlah puas-puas taim tu sebab lepas tu kena puasa lagi sampai pukul 12 tengahari pulak. Pergi klinik, cucuk lagi, baru boleh makan. Macam tulah step seterusnya untuk pukul 6 petang dengan pukul 10 malam.

Nasib baiklah masa buat ni SukaGelak dekat kampung. Boleh pinjam mende yang baca darah tu dari makcik SukaGelak yang memang kerja dekat klinik swasta. Ade pulak klinik bukak sampai pukul 10 malam kan. Kenalah ikhtiar sendiri.
Nilah result SukaGelak. Normal jekan.
Besoknya (24/03/2014) diorang call lagi nak dapatkan bacaan. Ingatkan habis kat situ je. Rupanya tidak. Huhuhu.. Semalam (25/03/2014) dapat call lagi. Lemah betul tengok nombor klinik tu naik kat skrin handphone. Doktor suruh buat BSP lagi 09/04/2014. Sehari sebelum dating dengan klinik. 

Baiklah doktor. Akan ku turut kemahuan mu. Lagipun kalau betul-betul kena kencing manis, luka bersalin lambat baik. Macam orang yang kena kencing manis tu, kan memang lambat nak baik luka die. Ngeri pulak bila membayangkan.

Okay lah korang, panjang pulak membebel harini :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.