16 April 2014

Air oh Air

Semua pun dah sedia maklum yang tempoh catuan bekalan air akan diteruskan sehingga hujung bulan April ni. Setakat ni takdelah pulak dengar Syabas nak tamatkan ke ape. Huhuhu.. (Meraung bawah meja jap)

Walaupun dah dekat 2 minggu hujan, masih tak cukup juga nak menampung keperluan air kat sini. Lagipun hujan dekat hilir sungai katenya. Tak kena dekat tempat takungan air. Huhuhu (Meraung lagi celah kerusi).
Harap-harapnya cepatlah berlalu masalah catuan air ni. Kasihanlah dekat ibu-ibu mengandung yang macam saya ni. Dah lah suami tiada di sisi. Terpaksa menimba air sendiri. Walaupun jarak dapur dengan bilik air cuma 10 langkah, tapi kalau dah 5 kali dok ulang-alik bawak tong air 5 liter tu kira penak juga tahu?? Mandi pun tak puas ho. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas perut SukaGelak sakit sangat. Tersangatlah sakitnya. SukaGelak ni pulak memang jenis yang suka tahan sakit. Tapi disebabkan kandungan yang dalam perut ni, SukaGelak pun call adik, ajak balik. Nak pegi klinik. Meleleh-leleh air mata dalam kereta. Sakitnye MasyaAllah.
Pic source : Google
Masa sampai kat klinik, nasib baiklah takde orang. Doktor cakap urat perut tegang. Sakitnya 5 minit selang 5 minit. Tidur malam pun kerap terjaga sebab sakit sangat. Doktor bagi panadol dengan ubat sapu. Sambil sapu ubat tu SukaGelak cakaplah sikit dengan baby. Baby nak perhatian agaknye. Hehe.. Sweetlah baby ni.

Mom2be kat luar sana pun mesti ada yang pernah rasa apa yang SukaGelak rasa ni. Bila cerita kat ofis pun diorang suruh pujuk baby dalam perut tu. Memang mujarablah cara ni. Alhamdulillah, perut dah mula rasa selesa lepas beberapa kali SukaGelak pujuk baby. Legaaaaa......

Nota tambahan : Doktor pesan, jangan drive long distance, jangan angkat air berat-berat. Okeh doc, saya drive short distance je sekarang, tak angkat air dah. Saya tolak je :)

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

8 comments:

  1. julia tak ada air ni jangan angkat air berat2 sangat... jaga diri ok?

    ReplyDelete
  2. rumah akak pun terlibat tapi if betul2 ikut jadual ok la tapi tensionnya bila hari yg sptutnya ada air...tak smpai ptg dah off balik..dh lps tgh mlm baru la on balik..habis tu kita ni xpyh tido agknya...sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah saya setakat ni memang betul2 ikut jadual. guna air tangki pun jimat2. huhu..sama2lah kita bersabar

      Delete
  3. alamak.. take care taauuu ! jan buat keja berat2..

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.