Kasih Juju: Cara Mengetahui Jantina Bayi Semasa Hamil

April 11, 2014

Cara Mengetahui Jantina Bayi Semasa Hamil

Mesti ramai mom2be kat luar sana yang tengah mengandung 5 bulan yang tak pegi scan lagi lepas tu tertanya-tanya jantina baby dalam perut tu kan.

Okeh, kita geng. Asyik dok dengar je orang kate 'Anak ko ni laki ni', 'Anak ko perempuan ni'.
SukaGelak senyum je dekat diorang ni. Sebenarnya SukaGelak tak kisah pun anak lelaki ke perempuan. Dapat rasa nikmat mengandung ni pun dah syukur sangat-sangat.

Tapi kalau tanya dekat husband, dia nak anak perempuan. Sampaikan mak, abah, atok, saudara-mara dia pun mengharapkan baby girl. Hoihh.. Rasa berat pula tanggungjawab mengandung ni.

Korang pun mesti nak tau sebab apa ramai yang mengharapkan baby girl dari SukaGelak kan? Sebabnya, adik-beradik husband ade 5 orang. Semuanya lelaki. Abang sulung dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki, adik yang tengah pun dah dapat sorang baby boy. And thats why la ramai yang berharap baby yang dalam perut SukaGelak ni baby girl.

Err, baby dah jadi dah kot. Dah ade jantina dah. Cuma mama die je yang tak mau pegi scan lagi. Nervouslah pulak kan. Tak sampai hati kalau terkecewakan harapan diorang. Huhuhu..

Sekarang ni gigih meng'google cara nak tau jantina baby tanpa pegi scan. Dan berjumpalah pulak dengan website yang memang hari-hari SukaGelak dok baca ni. http://www.babycenter.com.my/. Meh tengok apa yang website ni kongsi.
Picture source : Google
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • - Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • - Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • - Perut anda “rendah”.
  • - Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • - Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • - Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda      membesar.
  • - Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • - Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu  berpusing-pusing.
  • - Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku,  jumlahnya adalah nombor genap.
  • - Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • - Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • - Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan  menghadap bawah.
  • - Anda tidur mengiring ke kiri.
  • - Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • - Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • - Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • - Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • - Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • - Perut anda bulat.
  • - Perut anda “tinggi”.
  • - Muka anda tidak berseri-seri.
  • - Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • - Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak  mengembang.
  • - Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu  bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • - Kulit anda lembut.
  • - Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan  menghadap atas.
  • - Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • - Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • - Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya  adalah nombor ganjil.
  • - Anda tidur mengiring ke kanan.
  • - Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • - Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Bila dah baca ni, rasanya tanda yang ada kat SukaGelak macam dah bercampur-campurlah pulak. Nak kena cari method lain pulak ni. Korang pulak macam mane?

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

7 comments:

  1. scan ajer julia...senang habis cerita terus boleh nampak gender baby, scan biasa kadang2 tak nampak tapi kalau buat 3d or 4d sure nampak...

    ReplyDelete
  2. Hehe..tanda baby gurl tu semua tak de kat ecah..Tapi 3 kali ecah scan doc ckap gegurl..Auwww xsabar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg cakap scan 3D or 4D bleh nampak clear..xsabar jugak nak tunggu ni :)

      Delete
  3. belom pregnant agi.. hihi.. tips yang bagus

    ReplyDelete
  4. wow menarik la cara nak kenal pasti jantina anak secara semula jadi...:)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign