Lamanya Menghilang

Kasih Juju

Assalamualaikum semua, selamat hari Rabu jugak. Wah, lama betul SukaGelak tak hapdet blog kesayangan ni. Banyak betul benda yang dah jadi. Tak tau nak mula dari mana ni.

Okeh, untuk pengetahuan korang, tanggal 1 Ogos haritu, SukaGelak dah masuk 37 minggu mengandung, dan satu hari tu jugaklah SukaGelak dok meriah beraya dengan keluarga sebelah suami. Memang sakan sangat SukaGelak makan haritu. Ade 5 rumah yang kami pegi, semua sediakan juadah yang berat-berat. SukaGelak pun dengan tak berlengahnya terus bedal apa yang ada. Yang peliknya perut tak rasa tegang pun. Senak pun tak. Tu yang tak perasan dah makan banyak. Hehehehe...

Malam tu, taim tengah sembang-sembang dengan suami tiba-tiba SukaGelak rasa kain batik yang SukaGelak pakai basah. Melompat versi sopan kejap. Sambil bagitau suami. Suami plak cepat panik. Terus kejut mak die yang baru masuk bilik nak tido. Then, kami pun siap-siap ke hospital. Dah pegi hospital memang kene tahanlah kan. Dah memang ada tanda nak bersalin.

Okeh-okeh, sampai situ dulu yeh. SukaGelak sambung dalam next entry pulak. Prince charming dah bagi signal nak susu tu. See uollss soon okkay.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.