13 October 2014

Our Bundle Of Joy

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih diberi ruang dan kesempatan untuk meng'update' blog yang dah macam bersawang ni. Lately SukaGelak macam biskut chipsmore. Kejap ade kejap takde. Hehe.. Kalau dekat opis tu memang pc selalu on je kan. Tinggal nak menaip entry jek. Ni dok kat umah macam malas pula nak on kan laptop ni. Laptop ni pun macam dah nak merajuk jek. Alahai encik laptop, janganlah merajuk. Kite dah ketuk-ketuk keyboard awak ni :)

Okeh, jom sambung cerita dekat hospital. Part SukaGelak dah habis dah. Eh, yeke dah habis??
Nak cerita pasal baby pulak. Kalau korang ade pengalaman beranak yang kembar air lepas tu kena operate, mesti anak korang kene tahan dekat NICU kan. Kena tahan ni untuk kebaikan dia jugak. Masa dalam perut air yang untuk protection dia dah takde. Doktor takut kalau dalam darah dia ade kuman. sebab tu diorang tahan baby dekat situ. Senang diorang nak pantau.

Anak SukaGelak kena tahan seminggu. Ya Allah. Seminggu jugaklah SukaGelak dengan suami dok ulang alik dari rumah ke hospital. Dah tak macam orang berpantang dah rasenye.

Sedih sangat tengok anak tak boleh balik lagi. Meleleh airmata bila tengok dia kena masuk tiub dekat mulut. Doktor cakap baby tak aktif. Tidur je. Tu yang diorang nak tukar antibiotik. Tangan kiri kanan memang dah lebam kene cucuk. Kaki pun lebam jugak sebab nak amik darah. Kita yang dah besar ni pun rasa sakit kalau kena cucuk, inikan pulak baby. Kesiannye. Hari-hari doa supaya anak SukaGelak kuat. Tak sanggup tengok die dengan wayar yang berselirat semua.

Alhamdulillah, hari ke-7 dekat NICU baby dah boleh discharge. Bersyukur sangat-sangat. Dah tak perlu ulang-alik ke hospital.

Sekarang, anak SukaGelak dah berusia 76 hari. Membesar dengan sihat dan kuat ye anak mama ni. Opss... Lupa nak bagitau. Nama anak SukaGelak ni Muhammad Firash bin Helmi. Okeh, tau, sama dengan anak korang, anak kengkawan korang. Okeh, fine. Tahun ni memang tahun Firash.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

8 comments:

  1. alhamdulillah..moga sentiasa sihat hendaknya ye

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. alhamdullilah Firash dah membesar dengan sihat. dugaan kan baby masuk NICU sampai seminggu. Adam seharian kat sana, jenuh la kejutkan kasi susu supaya cepat turun kuning.. semoga Firash membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye. boleh geng dengan Adam ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat firash tak kena kuning..kalo kuning lagi lama lah die kat situ :)

      Delete
  3. Allah,sedapnya bau baby~ time time ni mmg seronok mengagah~

    #KlikKlikIklansini #biarIklanTakMandul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cdap sgt.smp kene gigit.hehe..terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  4. Ya Allah comelnyaaa baby tuu . Semoga dia jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  5. Wahh.. makin besar makin berseri. tak laratnya klu ank masuk hosp :(

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.