Selipar Nak Putus

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, selamat hari khamis.
Minggu ni minggu pertama naik kerja setelah habis cuti bersalin 3 bulan. Sungguh syahdu keadaan ofis SukaGelak ni. Kebanyakkan department dah pindah. Tapi SukaGelak belum dapat arahan pindah lagi. So, kenalah stay sensorang dok melangok kat ofis ni.

Dengan xde komputer, line telefon pulak rosak. Hadoilah, tak dapat nak berbelog walking. Tapi nasib baik line wifi masih lagi berfungsi. Tu pun access terhad. Tak boleh buka YouTube ye.

Boss, saya macam scary mary je duduk ofis ni sensorang. Kiri kanan dah gelap. Saya kat tengah-tengah ni nak buat ape bos? Huhuhu..

Okeh, sebenarnya nak share gambar selipar SukaGelak ni ha.
Hampir 9 bulan jugak lah selipar ni berjasa dengan SukaGelak. Sepanjang mengandungkan Muhammad Firash sampailah Muhammad Firash selamat dilahirkan. Sempat beraya ke sana ke sini. Dari Pontian balik Kuala Lumpur balik ke Pontian balik. Masih elok lagi. Ngam-ngam hari pertama masuk opis terus nak berhenti berkhidmat ye.

Bila fikir-fikir balik, rupenye SukaGelak pakai selipar ni masa admit ward haritu. Bawak mandi sekali. Memanglah jahanamkan. Sabor jelah.

Okeylah kengkawan, meh SukaGelak belanja gambar Muhammad Firash sekeping.
Masa ni belum keluar NICU lagi. Berat masih 2kilo. Umur baru 4 hari. Mmuah ciked.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.