Kebaikan Minum Susu Kambing Semasa Mengandung

Hai korang, harini SukaGelak nak kongsi dengan korang kebaikan minum susu kambing masa mengandung. Hah, mesti ade yang kembang tekak bila sebut pasal susu kambing ni kan. Terbau-bau hamisnya kambing tu kan. Tapi lepas korang baca kebaikan yang SukaGelak nak kongsi ni mesti korang telan jugak air tu. :)

SukaGelak tak ingat kat mana SukaGelak baca pasal kebaikan susu kambing ni. Tapi lepas SukaGelak rasa sendiri faedahnya, SukaGelak nak share jugak dengan ibu-ibu mengandung dekat luar sana.

Kebaikan minum susu kambing semasa hamil.
1/ Anak tak kena kuning (jaundice)
2/ Kulit anak cantik
3/ Tak de masalah ruam susu pada pipi anak

Ha, inilah faedah yang SukaGelak dapat. Kalau ade ibu-ibu kat luar sana yang cakap tak minum susu kambing pun anak tak kena kuning pun. Itu kira rezeki masing-masinglah. 

SukaGelak pilih susu kambing jenama HiGoat. Kenapa HiGoat? Sebabnya bila bancuh susu ni tak de bau pun. Kalau korang masih jugak terasa kambing dalam susu tu, boleh bancuh dengan milo ke nescafe ke. Op op, jangan selalu sangat bancuh dengan kafein yek. Tak berapa bagus untuk baby dalam dalam perut.
SukaGelak ada jugak try minum yang fresh punya. Tapi kemain kambing lagi rasanya. Mungkin sebab SukaGelak pilih perisa coklat kot. Bila amik perisa plain rasa macam susu biasa pula. 

Meh belanja gambar si mudak montel tu sekeping.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

3 Comments

Normi Nieza said…
good sharing..:)
babYpose said…
comelnya baby julia, nak beli mana susu ni, ada ka yang powder or mmg powder ?
julia jamaludin said…
terima kasih.yang ni memang powder.dekat farmasi pun ade jual :)