10 Disember 2014

Muhammad Firash Ke Aquaria, KLCC

Assalamualaikum kengkawan. Sihat ke semua? Harap-harap sihatlah yek. Maklumlah, sekarangkan musim demam selsema. Cuaca tak menentu. Panas kemain terik lagi lepastu boleh hujan pulakkan.

SukaGelak nak kongsi trip Muhammad Firash ke KLCC Sabtu lepas. Kemain lagilah budak kecik tu. Macam paham jek die tengok ikan-ikan yang ade dalam Aquaria tu. Sebenarnye mak dia yang 'eksaited' terlebih. Budak tu dok tidur jek dalam kantung die. Ngeh ngeh ngeh..


Jenuh panggil si Tisya tengok kamera, tetap jugak si ikan yang dapat perhatian.
Bayaran masuk untuk dewasa rm38 dengan mykad, kanak-kanak pulak rm28 untuk yang berumur 3 - 12 tahun. Kire okeh la tu kan. Tak besar sangat macam dekat Underwater World Langkawi. Tapi view die memang menarik. Memang terujalah budak-budak tu.

Masa ni SukaGelak park kereta dekat Suria, KLCC. Kemain jauhlah kami menapak ke Aquaria ni. Huhuhu. Menyesal tak search awal-awal parking yang dekat dengan Aquaria tuh. Ntah berapa ratus meter dah kitorang jalan kaki. Nasib baiklah Muhammad Firash tidur je. 

Meh SukaGelak kongsi sikit kantung yang SukaGelak guna tu. Muhammad Firash kalau masuk je dalam kantung tu mesti dia tidur. Kalau die tak tidur pun mesti die terkebil-kebil tengok atas, kiri, kanan lepastu mesti tertidur jugak. Aman sungguh travel dengan kantung tu. 

Kantung tu ataupun dalam bahasa sebenarnya dipanggil soft structured carrier SukaGelak beli online je. Brand Patapum. Ade banyak brand lain lagi.

Okeh, sampai sini dulu. Sambung di lain entri.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

3 ulasan:

  1. ini boleh kawan dengan abang Iman Firash ni...he he he...

    BalasPadam
  2. tak pernah pergi! T-T berapa tahun duduk kl daa.. sampai dah pindah luar kl pun x masuk2 lg.

    mcm best carrier tu

    BalasPadam