Kasih Juju: February 2014

February 27, 2014

Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014


Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)

Lirik Lagu : Alasan Untuk Bahagia - Asfan

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu

Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu

Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia
--------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.
(Picture source : google.com)

February 26, 2014

Giveaway T.shirt by Tengkubutang

giveawayTime

Sesape nak join klik dekat banner tu yeh
Expired : 28 Febuari 2014

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam

February 25, 2014

Soalan Lazim Mengenai PR1MA


1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
• Warganegara Malaysia.
• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500.
• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.

3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM7,500.

PENDAFTARAN
1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my

2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?
PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.

4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.

5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my

7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my

8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?

9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my.

10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my

11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?
Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini

PEMBANGUNAN PRIMA
1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.

2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps.

6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan 03-7962 4374
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)
atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)
E-mel:  info@pr1ma.my

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1
Taman Setia, Balakong
10
Taman Sri Indah
2
Desa Karun Mas
11
Taman Impian Ehsan
3
Taman Cheras Jaya
12
Taman Suria
4
Taman Bukit Emas
13
Taman Kasturi
5
Taman Impian Indah
14
Kampung Baru Balakong
6
Taman Sejati
15
Taman Seri Sungai Long
7
Taman Bukit Sungai Long
16
Taman Seri Kenangan
8
Taman Taming Indah
17
Batu 11, Jalan Cheras
9
Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
18
Taman Balakong Jaya
JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430
WILAYAH KUALA LANGAT
1
Kampung Olak Lempit
11
Taman Sri Dagang
2
Kampung Bukit Changgang
12
Taman Ambar
3
Kampung Labohan Dagang
13
Taman Langat Murni
4
Taman Changgang Jaya
14
Taman Langat Utama
5
Kompleks Perabut  Olak Lempit
15
Taman Murnimas
6
Rtb Bukit Changgang
16
Taman Sri
7
Bandar Seri Ehsan
17
Taman Sri Cheding
8
Bandar Mahkota
18
Sekolah Tamil Sungai Sedu
9
Bandar Sungai Emas
19
Selangor Dredging
10
Taman Arked


JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573
       

Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1
Bandar Tun Hussien Onn
2
Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT

1
Batu 7 ijangkang
8
Taman Permai Sijangkang

2
Batu 8 Sijangkang
9
Taman Sijangkang Indah

3
Batu 9 Sijangkang
10
Taman Medan Indah

4
Batu 9 Kg Medan
11
Taman Perwira

5
Batu 9 Kebun Bharu
12
Taman Sijangkang Jaya

6
Taman Desa Sijangkang
13
Taman Seri Medan

7
Taman Rivera Perdana



JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1
Angsana Hilir
34
Taman Tayton View
2
Ampang Hilir
35
Taman Connaught
3
Taman Pertama
36
Pandan Prima
4
Taman Bukit Pandan
37
Taman Tenaga
5
Kg Pandan Luar
38
Taman Ikan Emas
6
Kg Pandan Dalam
39
Sebahagian Bandar Tun Razak:
7
Taman Koperasi Polis

  • Hospital UKM (HUKM)
8
Taman Desa Baiduri

  • Jln Tenteram
  • Jln Yaakob Latif
9
Bandar Damai Perdana
40
Taman Midah
10
Taman Damai Perdana
41
Taman Desa Aman
11
Taman Desa Cahaya
42
Taman Rajawali
12
Taman Sri Bahagia
43
Taman Cheras Makmur
13
Taman Bukit Anggerik
44
Kg. Cheras Baru,  Bukit A & B
14
Taman SPPK Bkt Cheras
45
Sebahagian Kawasan Damansara:
15
Taman Orkid Desa

  •  Jalan Segambir
16
Taman Segar

  • Jalan Belimbing
17
Taman Billion

  • Jalan Setiabistari
18
Taman Supreme

  • Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19
Taman Cheras

  • Jalan Setiabudi
20
Taman Cheras Utama

  • Jalan Setiarasai
21
Taman Cheras Hartamas

  • Jalan Setiarayai
22
Taman Bkt Segar Jaya

  • Jalan Setiajaya
23
Bandar Baru Segar Utama

  • Jalan Medan Setia
24
Taman Damai Indah

  • Jalan Setiabakti
25
Taman Minang Ria

  • Jalan Setiakasih
26
Taman Bukit Angsana

  • Plaza Damansara
27
Taman Suria Jaya

  • Taman Seri Beringin
28
Taman Len Seng


29
Taman Desa Cheras


30
Taman Alam Damai


31
Taman Maluri


32
Taman Bukit Segar


33
Taman Bukit Segar Masera


JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826
WILAYAH HULU PETALING

1
Puchong Jaya
4
Kawasan Perindustrian Bandar Puchong

2
Pusat Bandar Puchong
5
Taman Bukit Kuchai

3
Taman Wawasan



JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

          

Pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna  terlibat.  Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Sehubungan itu, para pengguna yang terputus bekalan air yang mengambil air dari lori-lori tangki air dan tangki statik SYABAS diminta untuk berjimat cermat bagi membolehkan lebih ramai pengguna yang terlibat mendapat bantuan air kecemasan ini. Sementara itu, para pengguna khususnya di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan disarankan agar tidak melakukan pembaziran air kerana sebarang penjimatan boleh disalurkan ke kawasan-kawasan yang terlibat secara langsung dengan gangguan. Dalam masa yang sama, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pihak SYABAS amat mengharapkan agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya aduan serentak berlaku dengan jumlah yang sangat tinggi, ianya akan melampaui kapasiti perkhidmatan di PUSPEL menyebabkan panggilan pengguna tidak dapat menembusi talian PUSPEL atau terpaksa menunggu dengan lebih lama. Pihak SYABAS berharap para pengguna memahami situasi ini.


- tamat -


PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

February 24, 2014

Petua Mudah Bersalin

Perbualan dengan mak sebelum gerak balik KL petang semalam.

Mak : Kaklong, pegi amik Majalah Wanita mak kat bilik. Ade benda mak nak tunjuk ko.
SukaGelak : Nape mak? Ade set bersalin murah ke? 
Mak : Amik jela.
(Haha.. Sekarang sibuk nak cari set bersalin pulak, baru 14minggu kot.)

Rupenya mak nak tunjuk petua mudah bersalin dalam buku tu. Alahai, terharunya. Sebelum ni macam-macam petuah dah SukaGelak dengar. Tapi yang ni disebabkan mak yang bagitau, so SukaGelak nak share dengan korang pulak. Ade snap gambar, tapi disebabkan hp ni terlebih canggih, macam-macam effect ade kat dalam tu. SukaGelak taip jela yeh 1,1.

1. Amalkan baca surah Yasin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
2. Ketika hampir bersalin, amalkan zikrullah tasbih nabi Yunus.
3. Amalkan minum air lebihan suami.
4. Amalkan minum air basuhan rambut ketika mandi.
5. Amalkan makan buah kurma sepanjang kehamilan, ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium, melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi.
6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
7. Kerap makan bendi untuk memudahkan laluan bayi.
8. Amalkan makan epal dan minum susu selain minum air soya. Ini bagi mendapatkan kulit bayi bersih dan putih.
(Source : Majalah Wanita)
Doa Nabi Yunus (Pic source : google.com)
Ade yang macam tak logik je kan. Terpulanglah nak ikut ke tak. Dah nama pun petua kan.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 20, 2014

Will Be Away From Office

Saya suka menyanyi, selagi blazer tu boleh butang, saya nak jugak join aktiviti ni. Hehehe..

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

February 19, 2014

Wordless Wednesday #26

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

February 18, 2014

Vita Lea Shaklee adalah Multivitamin Terbaik.Jom dapatkan Vita Lea Shaklee pada harga DISKAUN HEBAT hanya di umielman.blogspot.com



Klik gambar untuk dapatkan maklumat lebih lanjut ye.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 17, 2014

Pengalaman Buat Buku Merah di Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong

Assalamualaikum wbt dan selamat hari Isnin semua.

Harini SukaGelak nak share pengalaman SukaGelak buat buku merah (merah ke pink?) dekat Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong. Maklumlah kan, ini pengalaman pertama SukaGelak. Nasib baiklah ade rumate / opismate yang boleh temankan SukaGelak. Maunya meraung kalau kene pegi sensorang. Encik suami jauh. Huhuhuhu.... (T.T)

Sebelum pegi klinik tu SukaGelak dah call dulu, takut karang dah sampai sana diorang cakap tak cover pulak kawasan yang SukaGelak tinggal. Lepas dah confirm, besoknya 06/02/2014 SukaGelak pun pergilah dekat klinik tu. Ingatkan dah boleh buat lah buku tu, tapi diorang bagi tarikh lain pulak. Ohoii.. Nasib baiklah datang petang. Boleh terus balik rumah je. Hewhewhew..
13/02/2014 SukaGelak sekali lagi pergi klinik tu. Okeh, kali ni betul-betul punya. Baru duduk nurse dah panggil suruh kencing buang air kecil dalam bekas yang dah disediakan. Lepas tu ukur tinggi dengan berat sendiri. Ukur sendiri okeh. Kalau datang berdua boleh suruh partner tengokkan. Kalau datang sorang, agak-agak sendiri je la yeh.

Lepas tu kena tunggu pulak. Tepat jam 2 petang, nurse keluarkan patung baby pulak. Dalam hati berkata-kata " Eh, nak buat ape pulak ni? " Rupenya ade taklimat breastfeeding. Okeh-okeh, taklimat sampai pukul 2.45 petang je. Banyak jugak input untuk yang baru nak jadi mummy macam SukaGelak ni.

Lepas tu tunggu nak amik tekanan darah pulak. Masa nurse jerit nama tu siap tanya member, "Weh, nurse mana yang panggil?" Diorang panggil tapi tak pandang pun. Tu yang tertanya-tanya. Kaunter ade dua, dua-dua nurse pandang buku. Mane lah tak kompius. Hahaha.. Yang bestnya kat sini, buku merah tu nurse yang tuliskan detail. So, duduk tunggu sambil goyang kaki je la yek.

Lepas tu tunggu turn jumpa doktor pulak. Kalau korang jenis yang penyabar macam SukaGelak ni tak de lah rasa lama sangat menunggu pun. Adelah dalam 5 minit nama kena panggil lagi. Okeh, serious tak tau sapa yang panggil, panggil kali ke-3 baru nampak orang eh, depan pintu bilik doktor rupenya. Hahahaha.. Bagi nombor giliran, tapi tak nak guna. Cisssss....

Masa ni dok sembang-sembang dulu. Doktor tanya macam-macam. Ade sakit tu tak? Ade sakit ni tak? Husband keje ape? Merokok tak? Blablabla... Then, pegi scan baby plak. Doktor ni takde nak cite pape pun. So, SukaGelak just tengok jelah ape yang die buat. Tak tau nak tanya apa weh. Sadis betul.

Dah siap, pergi amik darah pulak. Hemmhemmhemmm. Takut, tapi kena gagahkan diri jugak. Bagi lengan kiri, cucuk, tak keluar pulak. Sakit hoi. Bagi lengan kanan, nurse cakap urat halus. Cucuk, huh nasib baik keluar. Dah siap, hantar kat makmal, bawak sekali air kencing urine yang dah buat awal-awal tadi. Kat sini proses die sekejap je. Guna mesin je kan. Siap. Bagi darah dekat nurse yang cucuk tadi. Result pegang dulu sampai nurse dalam bilik panggil.
Pic source : google picture
Okeh, ni step yang last. Tak jerit nama dah, tau plak nak picit nombor. Masuk bilik, sembang-sembang lagi. Bagi ubat, bagi tarikh next appoinment, bagi kertas MGTT (air glukos), terang sikit-sikit, balik. Yeay.. 4.45 petang keluar dari klinik. Patutlah orang cakap nak 1st time buat buku ni amik masa lama sikit. Opss, bukan lama sikit, lama banyak. Banyak sangat prosedur die. Sabar dengan tak sabar je kan.
Ini buku saya :)
Okey lah, harap-harap entri kali ni dapat bantu bakal-bakal ibu yang baru nak buat buku merah.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 12, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saya Baru Pandai Buat Screenshot Handphone!

Okeh, SukaGelak tau ini lawak. Sila jangan gelak.
Sebenarnya dah lama SukaGelak ade masalah nak buat screen shot hp ni. Sebelum tukar android 4.0.4 ni tak de masalah pun. Sebabnya bila tekan butang 'Power' lama-lama akan keluar option macam dekat gambar bawah ni.
Tapi lepas SukaGelak update sendiri telefon tu dari android 2.3 ke android 4.0.4, menu take screenshot tu hilang. Masa tu puas jugaklah google ke sana-sini. Almaklumlah, kite ni tak terer English pun. Broken English bulehlah. Hehe..

Agak lama jugaklah SukaGelak mengabaikan mende ni. Sebab macam tak nak guna sangat. Tetiba harini gigih dok mencari jalan penyelesaian. And this is what i found.
Cuma tekan butang power dengan volume down serentak dan hold selama 3 saat. Dah boleh buat screenshot. Huwarghhhh... Rasa nak maki je diri sendiri sebab tak pandai-pandai nak godeh google ni. Huhu. Tak terfikir langsung sebelum ni nak install dari google play. Padahal melambak-lambak software die kat sana. Haha. tak meluas betul pemikiran.

Anyway, this credit goes to --> http://www.techyleakz.com/take-screenshot-in-sony-ericsson-xperia-neo-v-without-software/

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Wordless Wednesday #25

Klik gambar untuk lebih jelas
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 11, 2014

Segmen Mencari Kawan by El-Arifah


Jom support blogger baru ni. Klik banner tu ye :)
Selamat bersegmen.

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

1622047_241627892686141_280465934_n
This special speech is only for Tengkubutang :

Dear Tengkubutang,

Disini SukaGelak nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke-?? hehehe. Semoga apa yang Tengkubutang hajati akan tercapai, dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, murah rezeki dan dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

------------------------------------------------------------------------------------------
Guys, kalau korang pun nak wish birthday dekat Tengkubutang ni boleh klik dekat banner kat atas tu ye.
Kalau bertuah boleh dapat bracelet tu.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Emel Scam

Klik gambar untuk lebih jelas
Ntah macam mana emel ni boleh terlepas dekat inbox. Dengan ayat yang entah apa-apa. Ni mesti guna google translate.

SukaGelak baca jugaklah sampai abis. Saja nak layankan ayat goolate dia ni. Nak tergelak pun ade. Bersusah-payah die translate ayat ni. Hehehehe.

Korang jangan nak balas emel dia ni pulak. Karang tak memasal rugi beratus-ratus ringgit Malaysia. Silap-silap berjuta-juta RM. Hish diorang ni. Kalau nak menipu ade je caranya. Tak pernah putus asa pulak tuh.

Meh baca artikel dari Bro Mazidul ni. Semoga kita sama-sama tak terjebak dengan segala jenis penipuan dunia cyber ni. InsyaAllah.

Klik --> http://www.mazidulakmal.com/2014/02/mendakap-manja-lelaki-nigeria.html

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 7, 2014

Melepaskan Hajat

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua.

Korang ingat tak dalam entri SukaGelak yang INI, SukaGelak ade kongsi pasal bubur nasi istimewa kan.
Jumaat yang lepas SukaGelak pergi menunaikan hajat tekak ni dekat Permas Jaya, malangnya tutup pula kedai tu. Nasib baik mak SukaGelak tau kedai yang dekat Sentosa tu. Dengan lajunya kami bergerak ke sana. Tak dan matahari turun lagi dah sampai kat tempat tu. Nampak sangat tak sabarnye kan. Meleleh-leleh air liur bile pikir lauk-pauk die tu. Hehehe..
klik gambar untuk lebih jelas. Nampak tak? Matahari belum turun lagi dah serbu kedai bubur ni.
Tak amik pula gambar lepas dah campur-campur semua lauk die tu. Punyalah gelojoh sangat. Last-last makan tak habis pun. Apa-apa pun terima kasih dekat mak sebab bawak pegi tempat ni :)

Lepas makan ni kitorang habaiskan masa dekat Danga Bay. Tapi sayangnya, henpon yang canggih sikit ni boleh tercicir pulak dekat kereta. Nasib baik lah tak tercicir ntah memane. Tapi rasa ralatlah juga sebab tak dapat amik gambar dengan hubby. Next taim kite pegi lagi ye encik hubby. :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 5, 2014

Wordless Wednesday #24


Sungguh pun tajuk harini Wordless Wednesday, tapi nak jugak bagi caption.
Dari pagi tadi dok refresh, still jadi macam ni jugak.
Haishh.. Cemane nak terjah-terjah entri baru kawan-kawan blog ni.
Korang pun sama ke dengan blog SukaGelak?

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

February 4, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum semua, maaflah harini banyak sangat join segmen. Hehe.
Kalau korang nak join GA gempak ni klik je dekat banner tu ye.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014


Assalamualaikum semua, dan selamat hari Selasa.
Tengah merayau-rayau baca komen yang tak sempat nak baca masa cuti haritu, ternampak pulak komen yang ajak joim segmen ni.
Tuan penganjur segmen ni jemput SukaGelak join segmen die, jadi SukaGelak dengan senang hatinya nak join segmen ni. Syarat die simple je. Klik banner kalau nak join. Okeh.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign