Kasih Juju: March 2014

March 28, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

Ucapan: SukaGelak doakan agar ikatan perkahwinan kalian akan kekal terjalin mesra hingga ke jannah. Tabah menghadapi segala dugaan dalam perkahwinan dan dikurniakan anak yang ramai....:)

March 27, 2014

Alat Untuk Cek Gula Dalam Darah - Glucometer

Sapa ade baca pasal keluh-kesah SukaGelak semalam pasal nak pergi klinik untuk cek gula dalam darah??
Ape?? Takde yang baca? Ni yang nak marah ni. Hahaha.. Percayalah sangat kalau SukaGelak nak marah. Tak marah pun. Masih sempat lagi kalau nak baca. 

SukaGelak ada terbaca banyak jugak pasal blogger mom2be yang ada masalah yang sama dengan SukaGelak. Dan ada sorang tu telah membawa SukaGelak ke laman web LELONG untuk beli alat yang sama macam kat klinik. 

Apesallah selama ni tak terfikir nak beli kat situ. Asyik melilau-lilau cuci mata tengok tablet je. Mana nak jumpa kan. Kesimpulannya jangan panik. Google jek. Baca pengalaman-pengalaman orang lain. Mesti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.

Dan harini, barang yang ditunggu-tunggu pun sampai. Sehari je. Cepat betul servis diorang. So, SukaGelak highly recommended dekat korang. Ni link terus ke produk yang dah sampai kat tangan SukaGelak. http://www.lelong.com.my/one-touch-select-simple-blood-glucose-monitor-life-time-warranty-counterp2-141858346-2014-12-Sale-P.htm

Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Sangat puas hati dengan kotak packaging. Ade plastik untuk tahan hentakkan. Tak rugi beli. Eh, eh, terover promote pula. Encik Lelong, ade royalti sikit tak? Muehehehehe..
Untuk yang tak rajin nak merayau dan survey dari satu farmasi ke satu farmasi macam SukaGelak ni, eloklah merayau-rayau ke website diorang ni. Lagipun produk ni ade life time warranty.

Okeh, settle masalah bsp. Lepas ni tak tau apa pulak. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

March 26, 2014

Kronologi imej dirakam oleh satelit di Lautan Hindi


Pic source : http://www.bharian.com.my/


Blog Template Demam Ek?

Alkisahnya, harini nak kemas sikit bloglist yang panjang lebar macam kat bawah ni. Nak masukkan code scroll down je pun. Panjang sangat macam ni tak cantik pula dipandangan mata.
Tak alih-alih, keluar pulak error macam dalam gambar kat bawah ni.
Postpone dululah nak mengemas blog. Tunggu dia dah baik dari demam baru buat balik.
Oh, ye. Ramai jugak yang mengeluh pasal blog demam ni. Dan kebetulan pulak, otai blog, bro Hasrul Hassan ade bagi tips cara nak betulkan balik. Jadi, terpulanglah dekat korang nak ikut cara yang beliau ajar ataupun tunggu die demam blog ni kebah sendiri.


Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

BSP lah Pulak.

Korang ingat tak dengan entri SukaGelak yang INI? Jumaat haritu klinik kesihatan call bagitau result. SukaGelak ingatkan result ok sebab hampir seminggu jugak menunggunya. Member cakap kalau diorang tak call tu maksudnya result ok. Bila dah dapat call tu tau lah yang result tak ok.

Nurse cakap result SukaGelak 7.9. Tinggi giler hoi. Eh, tapi bile google sana sini tak de lah tinggi mane pun. Cuma terlebih 0.1 je. Bacaan normal selepas minum air gula tu sepatutnya tak lebih 7.8. So, memang lebih 0.1 je kan.

Tapi nurse suruh jugak buat BSP. BSP = Blood Sugar Profile. Tak suka betul buat mende ni. Leceh. Dahlah perut asyik mintak diisi je. Huhuhu. Tapi demi si kecik yang bakal lahir ni, ku gagahkan jua.

Prosedur BSP.
Kena start puasa dari pukul 10 malam sampai pukul 8 pagi. Pergi klinik, buat BSP, baru boleh sarapan. Makanlah puas-puas taim tu sebab lepas tu kena puasa lagi sampai pukul 12 tengahari pulak. Pergi klinik, cucuk lagi, baru boleh makan. Macam tulah step seterusnya untuk pukul 6 petang dengan pukul 10 malam.

Nasib baiklah masa buat ni SukaGelak dekat kampung. Boleh pinjam mende yang baca darah tu dari makcik SukaGelak yang memang kerja dekat klinik swasta. Ade pulak klinik bukak sampai pukul 10 malam kan. Kenalah ikhtiar sendiri.
Nilah result SukaGelak. Normal jekan.
Besoknya (24/03/2014) diorang call lagi nak dapatkan bacaan. Ingatkan habis kat situ je. Rupanya tidak. Huhuhu.. Semalam (25/03/2014) dapat call lagi. Lemah betul tengok nombor klinik tu naik kat skrin handphone. Doktor suruh buat BSP lagi 09/04/2014. Sehari sebelum dating dengan klinik. 

Baiklah doktor. Akan ku turut kemahuan mu. Lagipun kalau betul-betul kena kencing manis, luka bersalin lambat baik. Macam orang yang kena kencing manis tu, kan memang lambat nak baik luka die. Ngeri pulak bila membayangkan.

Okay lah korang, panjang pulak membebel harini :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

March 21, 2014

BR1M oh BR1M

Harini dapat emel dari pihak BR1M. Sebelum ni kan memang diorang suruh update nombor akaun bank dekat on-line. So, SukaGelak pun pegi la update. Padahal mase tu encik suami dah cakap dah die nak pegi pejabat Hasil nak update br1m. Kalau amik yang berkeluarga kan dapat rm650. Banyak sikit daripada yang bujang punya. Dan kami dah dapat dan dah habiskan dah pun.

Disebabkan kedegilan dan kesengajaan mengupdate nombor akaun bank tu, maka pihak Hasil pun bagilah emel chenta ni.
Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Tak memasal dapat emel ni. Hahahahaha.
Anyway, terima kasih lah pihak Hasil sebab sudi bagi feedback. Duit br1m yang kami dapat tu kami dah beli barang-barang baby. Walaupun rasa macam awal sangat membelinya. Encik suami cakap sementara ada duit lebih ni belilah dulu sikit-sikit. Ha... Portion untuk baby je habis rm500. Mama die dapat baju 3 helai je. Papa dia pulak amik rm50 untuk bawak mama die pegi beli barang. Hehehe..

Br1m korang pulak habis beli ape?

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

March 20, 2014

Tudung Online


Hai korang, SukaGelak nak tanya ni. Korang  suka bergaya dengan trend fesyen Muslimah tak? Kalau ya, mesti korang rasa lega sebab sekarang ni terdapat banyak stail fesyen TUDUNG ONLINE untuk wanita berhijab diperkenalkan di Malaysia. Ini mungkin kerana usaha untuk mengembangkan industry fesyen Muslimah diperkenalkan di pentas fesyen tempatan. Saban tahun semakin banyak koleksi Muslimah wear dihasilkan dek kerana permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran oleh wanita.

Tudung adalah antara sebahagian daripada fesyen Muslimah yang sangat sinonim dengan wanita. Ianya dianggap sebagai aksesori kepala namun pada asasnya adalah sebahagian daripada proses menutup aurat bagi kaum wanita seperti yang dituntut dalam agama.


Fesyen tudung terkini adalah lebih moden dengan rekaan yang jauh lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya hadir dengan rekaan, corak serta warna yang berbeza dan ini memberikan lebih banyak pilihan buat wanita di luar sana. Pilihan yang pelbagai ini meberikan peluang juga buat mereka untuk dipadankan dengan persalinan yang sesuai. Tudung rekaan terkini amatlah sesuai untuk dipadankan dengan kaftan serta baju kurung moden.

Beli tudung online di Zalora My untuk dapatkan hijab moden dengan harga yang lebih berpatutan. Mereka turut menawarkan produk bermutu tinggi daripada jenama-jenama terkenal. Jom rasai pengalaman membeli-belah secara online terbaik di laman website mereka sekarang!

Kenapa Saya Tak Update Blog?

Assalamualaikum semua. Selamat hari Khamis.

Macam lama pula rasenya tak menaip-naip kat sini. Rindu pulak dengan kawan-kawan blog yang selalu menyinggah kat sini. Hewhewhew..

Sebenarnya SukaGelak dapat pembantu. Alhamdulillah. Pembantu yang akan menggantikan SukaGelak kalau SukaGelak cuti ke, pergi koir ke atau ade aktiviti lain ke. Rasa ringan sikit kepala ni. Takdelah rasa serba salah kalau nak cuti. Serba salah sebab kena bagi nama siapa yang kene ganti SukaGelak. Alahai bos, bos kan ade kuasa veto. Kenapa nak suruh pilih-pilih pula? Dah lah nak kena pilih tu kawan sendiri. Memang serba salah jadinya. Kang tak memasal bermasam muka.
Glossy Emoticons Clip Art
Hari Isnin haritu bos bagi berita gumbira. Budak baru ni akan ganti SukaGelak kalau SukaGelak tak de. Persiapan awal katenya. Padahal coti bersalin bulan 8 kot. InsyaAllah. Takpa lah. Train awal-awal bia die biasa dengan persekitaran tempat kerja ni.

Okeylah kengkawan, jumpa di entri yang lain. Selamat menjalankan tugas.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

March 17, 2014

Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin.
Jom mulakan hari ni dengan join segmen dari Mama Lynn ni. Hadiahnya surprise..
Wah, SukaGelak memang suka menda-menda surprise ni. Hehe.
Kalau korang nak join, klik je dekat banner tu ye.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

March 14, 2014

Pengalaman Dan Tips Minum Air Gula Ibu Mengandung

Assalamualaikum semua. Selamat hari Jumaat..

Harini SukaGelak nak kongsi sikit dengan korang pengalaman minum air gula kat klinik kesihatan. Sebelum pegi klinik tu, SukaGelak dah buat survey dulu. Merayau-rayau dekat blog yang memang dah ade pengalaman minum air gula.
Kebanyakkannya cakap tak lah seteruk yang dibayangkan. Tapi pada SukaGelak, kalau disuruh minum lagi memang dah tak mahuuuuuuuu. Manis sangat air gula tu. Haha, dah nama pun air gula kan. Memanglah manis. Tengok kat dalam cawan tu nampak air jernih je. macam air suam. Tapi bila dah masuk mulut, alahai. Ku gagahkan jugak habiskan secawan tu.

Macam awal sangat rasanya SukaGelak minum air gula ni kan. Baru 4 bulan dah kene minum. Berat tak naik pun. Prosedur sekarang ni mengandung umur 25 tahun ke atas kena minum 3 kali. Woahhh.. 3 kali okeh. Huhuwarghhhhh....

Sebenarnya SukaGelak terlewat sikit minum air tu. Kebetulan pulak ade 2 orang Julia Jamaludin semalam. Yang sorang lagi tu cuma check up biasa je. Bila nurse pun dah konpius, kitorang ni lagi lah konpius. Haha.. Nasib baiklah air gula yang SukaGelak minum tu masih suam. Kalau tak memang muntah kat situ juga.

Tips minum air gula :
1/ Minum masa air tu masih suam.
2/ Minum jangan berhenti. Sekali harung je, habiskan semua dalam cawan tu.
3/ Basuh cawan sendiri. ( Hahaha, yang ni depends on klinik yang korang pegi tu lah )
4/ Stenby air masak. Boleh bilas balik rasa manis dalam mulut.

Haaa.. Senang je kan. Jangan difikirkan sangat rasa air gula tu. Buat serabut kepala je kan. Enjoy je. Taim mengandung ni jelah korang dapat rasa minum air ni.

Result die akan keluar seminggu lepas tu. Kalau ade problem, diorang akan call. Kalau tak call tu maksudnya takde masalah. Harap-harap takde masalah. Huhuhu.

Oh ye, sebelum minum tu kene buat urine test dengan ambil darah dulu. Lepas 2 jam kene ambil darah lagi. Asik nak mencucuk je keje nurse tu kan. Kali ke 2 ambil darah ni SukaGelak tak larat nak tunggu nama kene panggil. Pergi menyerah diri terus. Tak tahan perut dah lapar sangat.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

March 11, 2014

Cara Buang 'Word Verification' Di Kotak Komen

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa semua.

Harini SukaGelak nak buat tutorial lagi. Sebab-sebab SukaGelak nak buat tuto ni kerana tiap kali blogwalking, mesti jumpa blog yang letak wod verification ni. Biasanya SukaGelak skip je blog die. Tak pun komen dekat shout box. Tak perlu kot nak bukti yang SukaGelak ni bukan robot. Huhuhu...
Cara buang word verification

Blogger dashbord
Setting
Posts and comments
Show word verification
No
Save setting

Siap. Senang je kan. Kacang goreng je ni. 
Harap-harap entri ni dapat membantu terutamanya untuk blogger baru.
Lastly, selamat berblog.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Jom join segmen ni.
Klik banner okeh.
Belum ada tarikh tutup lagi.
Jom cepat join laju-laju.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

March 10, 2014

Pemenang Top Refferal dan Bloglist Segmen Jom Blogwalking

Alhamdulillah.. Tamat juga segmen yang SukaGelak anjurkan ni. Walaupun segmen blogwalk je, dapat jugak sambutan dari korang. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi join. Kepada yang tak sempat nak join tu nanti SukaGelak buat segmen lagi. Okeh. Promise.

Berikut diumumkan pemenang untuk top refferal. (Wah, skemalah pulak ayat)
Tahniah buat Deno, sila pm SukaGelak dekat facebook ye.

Yang ni pulak senarai penyeri bloglist SukaGelak. Harapnya korang pun sudi-sudilah kiranya masukkan blog SukaGelak dalam bloglist korang jugak ye. (^.^)v

Ade pertambahan 2 tempat lagi. Tahniah buat yang tersenarai :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

March 9, 2014

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak

  -TAMAT -

---------------------------------------------------------------------------------------------------

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog SukaGelak.

Tengah SukaGelak dok kusyuk buat kerja tadi, sambil memikirkan blog yang xde post semenjak 2,3 menjak ni, tiba-tiba datang pula idea nak buat segmen. Segmen simple je. Syarat pun kacang goreng jek..


Syarat-syaratnya :-
1/ Follow blog SukaGelak. Tak mau follow pun tak pe. Takde paksaan.
2/ Buat entri bertajuk "Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak"
3/ Tempekkan banner yang kat atas ni dan link kan balik ke entri ni.
4/ Publish.
5/ Tinggalkan link entri korang dekat ruangan komen di bawah ni ye.

Segmen ni akan berlangsung bermula hari ini 05/03/2014 hingga 09/03/2014 jam 11.59 pm.
Untuk menyemarakkan lagi perasaan korang untuk join segmen ni, SukaGelak dengan bermurah hatinya nak bagi topup RM5.00 untuk top refferal dan 10 blogger yang bertuah (atau lebih, bergantung pada berapa banyak penyertaan) akan SukaGelak masukkan dalam senarai bloglist. Pemilihan berdasarkan random.org.

Harap-harapnya ramailah yang join ye.
Jom support SukaGelak :)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Senarai peserta :-

10/ http://blogiveaway87.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

11/ http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
12/ http://mie-cyber.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
13/ http://www.syuhada1981.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
14/ http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
15/ http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

16/ http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
17/ http://thehanisfarina.blogspot.com/2014/03/segmenjom-blogwalking-by-suka-gelak.html
18/ http://kecekkira.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
19/ http://isyapurple.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
20/ http://salinasafea.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

21/ http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
22/ http://xiauraellallyn.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
23/ http://jnjikita.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
24/ http://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
25/ http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

26/ http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
27/ http://syahmizaludin.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
28/ http://dielacraft.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
29/ http://bitasweet.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
30/ http://april-in-love.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

31/ http://sotskirt.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
32/ http://danianasreen78.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
33/ http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
34/ http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
35/ http://www.aimisyahirah.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

36/ http://rajaalong165.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
37/ http://thequeenoffadli.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
38/ http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
39/ http://lobaksusue.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
40/ http://fnorhidayah.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

41/ http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
42/ http://justmeandeu.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
43/ http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
44/ http://pening-pala.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
45/ http://friends-jannah.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

46/ http://ainexo96.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
47/ http://nurimaninazahri.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html (blog not found)
48/ http://eelleebeautyhealth.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
49/ http://cek-asayangawak.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
50/ http://mizaharun86.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

51/ http://mizaharun86.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html
52/ http://hadirasoul.blogspot.com/2014/03/jom-blogwalking-by-sukagelak.html
53/ http://alyadina.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

March 7, 2014

Cara Backlink Banner Atau Gambar

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.

Harini SukaGelak nak try buat tutorial. Tutorial backlink banner. Sebabnya ada yang tanya cemane nak buat backlink tu. Dulu pun ade SukaGelak tak pandai jugak. Godeh sana sini barulah dapat apa yang SukaGelak nak.

Bagi memudahkan korang, meh SukaGelak ajar korang cara-cara backlink banner segmen ke giveaway atau gambar. Backlink tu maksudnya, bila kita klik gambar tu, dia akan bawak kita ke page owner segmen yang kita nak join.



Cara nak copy link segmen .


Okeh, Cemane? Paham tak? 
Harap-harap dapatlah membantu korang ye. Kalau ade yang tak paham, boleh tanya. SukaGelak dengan senang hatinya akan melayan pertanyaan korang.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.




March 5, 2014

Wordless Wednesday


Kuala Lumpur 05/03/2014 at 1702pm

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

March 3, 2014

Tak Kenal Maka Tak Blogwalking


Jom join segmen simple Mak Dara ni.
Klik je dekat banner tu yeh
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Salam perkenalan dari SukaGelak untuk blogger-blogger yang singgah dekat blog SukaGelak ni. Kalau rajin follow lah sekali. InsyaAllah SukaGelak akan follow korang balik :)

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign