Kasih Juju: April 2014

April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

SukaGelak percaya, mesti ramai yang memang tertunggu-tunggu pesta buku ni. Samalah dengan SukaGelak. Memang ternanti-nanti pesta buku ni. Sebabnya, masa ni lah nak dapatkan novel-novel dengan harga diskaun. Well, who hate discount kan?? Silap-silap haribulan dapat jumpa dengan penulis novel. Curlasss sangat kan.

Tahun lepas SukaGelak tak sempat nak join pun sebab masa tu SukaGelak balik kampung. Lagipun dia cuma buat berapa hari jek. Tahun nie die buat 11 hari. Haa.. Hamik nko.. Kot tak cukup lagi tak tau lah nak cakap ape kan. Tapi kan, SukaGelak cuti pulak ujung minggu ni dengan awal minggu depan. Rasenya sempat kot nak pegi. Start 24 April - 4 Mei 2014. 
SukaGelak suka pegi masa lepas habis waktu kerja. Sebabnya waktu-waktu korang semua bersesak nak balik, waktu tu lah SukaGelak bersenang-lenang nak meredah pesta buku tu. Bukan waktu peak hour. Nak pilih buku pun tak berlaga-laga bahu dengan orang lain. Nak solat pun senang. Tak perlu terkejar-kejar.

Aduhai, tak sabar pulak rasanya. Korang semua jangan lupe mark calendar korang ye. Kalau selisih dengan SukaGelak jangan lupe tegur. Eh, eh, kenapa SukaGelak nak eksaited sangat pegi pesta buku ni? Haaa.... Sebabnya, ofis SukaGelak cuma seberang jalan je dengan PWTC ni. Memang wajiblah pergi kan. Hehehehe..... Till we meet again.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

April 21, 2014

Senarai Peserta Segmen ' Pre 100k PV Topup Giveaway '

Senarai peserta Segmen 'Pre 100k PV Topup Giveaway'
Jemput blogwalking ye :)

1/ http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
2/ http://nuramalinastoryforever.blogspot.com/2014/04/segmen-pre-100k-pv-topup-giveaway.html
3/ http://nanakimie.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
4/ http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
5/ http://chocolatefreeze.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html

6/ http://mellyareenza.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
7/ http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
8/ http://isyapurple.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
9/ http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
10/ http://amirahamer.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html

11/ http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
12/ http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
13/ http://segmenbizaly.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
14/ http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/segmen-pre-100k-pv-topup-giveaway.html
15/ http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html

16/ http://beloglistaimifiqa.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
17/ http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/04/segmen-pre-100k-pv-topup-giveaway.html
18/ http://syahirahvaliant.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html
19/ http://aisyasakura.blogspot.com/2014/04/pre-100k-pv-topup-giveaway.html

April 17, 2014

Ancaman Pepijat 'Heartbleed'

Semalam ada terpandang pasal Heartbleed ni. Tapi tak tergerak pun nak baca lebih lanjut. 
Harini dapat pulak emel dari HiShop. Bagitau yang website diorang bebas virus Heartbleed. Terus SukaGelak cek url blog ni. Dan 'result'nye adalah
Klik gambar untuk lebih jelas.
Alhamdulillah tak de masalah. 
Rupa-rupanya virus ni dah serang 34 website dan pihak SKMM dah pun bagi warning kepada pihak yang terlibat.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Kalau korang pun nak cek jugak, boleh klik → https://filippo.io/Heartbleed/
Maklumat lanjut mengenai Heartbleed → http://heartbleed.com/
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput join segmen SukaGelak

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

April 16, 2014

Air oh Air

Semua pun dah sedia maklum yang tempoh catuan bekalan air akan diteruskan sehingga hujung bulan April ni. Setakat ni takdelah pulak dengar Syabas nak tamatkan ke ape. Huhuhu.. (Meraung bawah meja jap)

Walaupun dah dekat 2 minggu hujan, masih tak cukup juga nak menampung keperluan air kat sini. Lagipun hujan dekat hilir sungai katenya. Tak kena dekat tempat takungan air. Huhuhu (Meraung lagi celah kerusi).
Harap-harapnya cepatlah berlalu masalah catuan air ni. Kasihanlah dekat ibu-ibu mengandung yang macam saya ni. Dah lah suami tiada di sisi. Terpaksa menimba air sendiri. Walaupun jarak dapur dengan bilik air cuma 10 langkah, tapi kalau dah 5 kali dok ulang-alik bawak tong air 5 liter tu kira penak juga tahu?? Mandi pun tak puas ho. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas perut SukaGelak sakit sangat. Tersangatlah sakitnya. SukaGelak ni pulak memang jenis yang suka tahan sakit. Tapi disebabkan kandungan yang dalam perut ni, SukaGelak pun call adik, ajak balik. Nak pegi klinik. Meleleh-leleh air mata dalam kereta. Sakitnye MasyaAllah.
Pic source : Google
Masa sampai kat klinik, nasib baiklah takde orang. Doktor cakap urat perut tegang. Sakitnya 5 minit selang 5 minit. Tidur malam pun kerap terjaga sebab sakit sangat. Doktor bagi panadol dengan ubat sapu. Sambil sapu ubat tu SukaGelak cakaplah sikit dengan baby. Baby nak perhatian agaknye. Hehe.. Sweetlah baby ni.

Mom2be kat luar sana pun mesti ada yang pernah rasa apa yang SukaGelak rasa ni. Bila cerita kat ofis pun diorang suruh pujuk baby dalam perut tu. Memang mujarablah cara ni. Alhamdulillah, perut dah mula rasa selesa lepas beberapa kali SukaGelak pujuk baby. Legaaaaa......

Nota tambahan : Doktor pesan, jangan drive long distance, jangan angkat air berat-berat. Okeh doc, saya drive short distance je sekarang, tak angkat air dah. Saya tolak je :)

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru


Pagi-pagi hari lagi dah join segmen. Korang kalau nak join pun boleh juga.
Klik jek gambar kat atas ni ye :)

Nama blog : SukaGelak
Url blog : http://juliajamaludin.blogspot.com/
Nama blogger : Julia Jamaludin
Umur blog : 3 tahun
Jumlah follower : 1223
Info blog : Blog ni diwujudkan hanya untuk suka-suka je. Kongsi ilmu sikit, kongsi lirik lagu sikit. Tapi semenjak mengandung ni asyik cerita pasal pengalaman mengandung je :)

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

April 14, 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Jom meriahkan segmen ni. Syaratnya senang je.
Maklumat lanjut, sila klik banner tu ye.
Mane tau kalau-kalau bertuah boleh dapat limited edition doodle art button badge.
Tarikh expired : 1 Mei 2014, jam 11.59 malam.

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

April 11, 2014

Cara Mengetahui Jantina Bayi Semasa Hamil

Mesti ramai mom2be kat luar sana yang tengah mengandung 5 bulan yang tak pegi scan lagi lepas tu tertanya-tanya jantina baby dalam perut tu kan.

Okeh, kita geng. Asyik dok dengar je orang kate 'Anak ko ni laki ni', 'Anak ko perempuan ni'.
SukaGelak senyum je dekat diorang ni. Sebenarnya SukaGelak tak kisah pun anak lelaki ke perempuan. Dapat rasa nikmat mengandung ni pun dah syukur sangat-sangat.

Tapi kalau tanya dekat husband, dia nak anak perempuan. Sampaikan mak, abah, atok, saudara-mara dia pun mengharapkan baby girl. Hoihh.. Rasa berat pula tanggungjawab mengandung ni.

Korang pun mesti nak tau sebab apa ramai yang mengharapkan baby girl dari SukaGelak kan? Sebabnya, adik-beradik husband ade 5 orang. Semuanya lelaki. Abang sulung dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki, adik yang tengah pun dah dapat sorang baby boy. And thats why la ramai yang berharap baby yang dalam perut SukaGelak ni baby girl.

Err, baby dah jadi dah kot. Dah ade jantina dah. Cuma mama die je yang tak mau pegi scan lagi. Nervouslah pulak kan. Tak sampai hati kalau terkecewakan harapan diorang. Huhuhu..

Sekarang ni gigih meng'google cara nak tau jantina baby tanpa pegi scan. Dan berjumpalah pulak dengan website yang memang hari-hari SukaGelak dok baca ni. http://www.babycenter.com.my/. Meh tengok apa yang website ni kongsi.
Picture source : Google
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • - Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • - Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • - Perut anda “rendah”.
  • - Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • - Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • - Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda      membesar.
  • - Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • - Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu  berpusing-pusing.
  • - Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku,  jumlahnya adalah nombor genap.
  • - Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • - Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • - Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan  menghadap bawah.
  • - Anda tidur mengiring ke kiri.
  • - Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • - Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • - Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • - Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • - Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • - Perut anda bulat.
  • - Perut anda “tinggi”.
  • - Muka anda tidak berseri-seri.
  • - Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • - Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak  mengembang.
  • - Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu  bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • - Kulit anda lembut.
  • - Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan  menghadap atas.
  • - Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • - Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • - Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya  adalah nombor ganjil.
  • - Anda tidur mengiring ke kanan.
  • - Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • - Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Bila dah baca ni, rasanya tanda yang ada kat SukaGelak macam dah bercampur-campurlah pulak. Nak kena cari method lain pulak ni. Korang pulak macam mane?

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

April 2, 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang - 1 Pemenang
1 Glitter Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Wordless Wednesday - Selfie Course

Okeh, terkedu seketika. 
Ade yang nak join ke? Free je ni. Kalau tak kene bayar rm888.00.
Mahalnya.

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

April 1, 2014

GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME

Happy+Valentines+Day+02+%5BConverted%5D

Klik banner kalau nak join okeh.
Tarikh tamat : 15 April 2014

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

14/03-14/04 2014
Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor ditaja oleh:

Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy

Jom join segmen ni pulak.
Klik dekat banner tu ye :)

First Giveaway by Mrs Bella


Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Alhamdullilah akhirnya terlaksana juga giveaway pertama saya iaitu First Giveaway by Mrs Bella. Sebenarnya dah lama nak buat giveaway ni but takde time nak buat maklumlah busy belajar.Hadiahnya simple je syaratnya pun tak banyak. Pemilihan pemenang berdasarkan Random and jangan lupa meriahkan First Giveaway by Mrs Bella

Tag 2 org rakan : http://letopkeypad.blogspot.com/ dan http://isyapurple.blogspot.com/
Link profile facebook : https://www.facebook.com/juliajamaludin

1# SIMPLE GIVEAWAY by AA


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.com/2014/03/1-simple-giveaway-by-aa.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali :) )

TARIKH PENTING : 
MULA : 22/03/2014
TAMAT : 22/04/2014
UMUM PEMENANG : 26/04/2014


Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign