Kasih Juju: May 2014

May 30, 2014

Jaga emosi ibu hamil


Selalunya saya bercerita mengenai anak-anak. Hari ini izinkan saya bercerita mengenai si ibu kepada anak-anak dalam konteks ketika anak itu dalam kandungan lagi.

Masa paling kritikal untuk diri seseorang itu bukanlah setelah dia lahir, tetapi sebelum dia lahir lagi. Semasa di dalam kandungan adalah masa yang sangat kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar.

Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu masih dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung.

Oleh itu seorang ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi diri dan orang-orang yang di sekelilingnya perlu membantu seorang ibu itu supaya dia berasa dikasihi dan dihargai.

Pentingnya seorang ibu itu mengawal emosinya dan bantuan orang di sekelilingnya juga penting.
Apabila si ibu yang mengandung melalui renjatan emosi, ia boleh memberi kesan buruk kepada anak yang di dalam kandungan, terutamanya dari segi kestabilan emosi anak itu apabila lahir dan membesar nanti.

Tidak ada yang lebih menggembirakan dan menenangkan hati seorang ibu yang mengandung selain daripada dilayan penuh mesra dan hormat oleh suami yang tercinta.

Oleh itu para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengahwininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya.

Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda untuk menjaga dia. Maka jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Memang ramai ibu yang mengandung banyak ragamnya, tetapi tidak perlulah diturut semua kerana yang penting ialah melayan emosinya dengan baik.

Ramai ibu muda menjadi tidak keruan apabila mula-mula mengandung. Banyak perasaan yang dirasai sangat berbeza. Adakalanya para ibu mengandung merasakan bahawa badannya dikuasai oleh orang lain.

Ini semua berlaku kesan daripada perubahan hormon yang sedang berlaku dalam diri seorang ibu yang baru mengandung itu.

Maka seorang suami yang pengasih dan prihatin akan mengambil kira semua ini dan tidaklah asyik mementingkan diri.

Malangnya, ada juga segelintir para suami yang tidak bijak, tidak bertanggungjawab dan tiada belas ihsan lalu menyakitkan isteri secara fizikal, mental dan emosi. 

Apabila orang terdekat menjadi punca hati hiba dan air mata mencurah semasa mengandung, apakah cara yang boleh dilakukan untuk janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia?

Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan:

1. Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan dan terlindung daripada renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2. Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3. Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda atas keburukan tingkah-lakunya.

4. Banyak bersolat hajat dan membaca al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan apabila kita banyak membaca al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan getaran tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. Insya-Allah.

5 Setiap hari apabila berdoa dan selepas berdoa, ambil masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah tangga anda. Gambarkan di minda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. Allah mengikut sangkaan hambanya. Jika diizin-Nya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hamba-Nya.

Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, ucapankan kata-kata penghargaan, hantarlah mesej terima kasih kepada mereka.

Hargai kebaikan mereka supaya mereka tahu itu adalah cara yang disukai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140529/kn_01/Jaga-emosi-ibu-hamil#ixzz335Xvm7SG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

May 29, 2014

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join..  Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM -
Saya seronok baca blog Eraz sebab banyak cerita pasal anak dia. Tambahan pulak saya sedang mengandung anak yang sulung sekarang ni. Banyak info berguna juga.

Keistimewaan blog sendiri - 
Alamak, tak tau nak cerita pasal blog sendiri. Maklumlah, blog personal. Cerita pun bercampur-campur. Mungkin pembaca lebih tau kot :)

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

May 28, 2014

Wordless Wednesday - Coklat

Kuman seberang laut nampak,
Gajah depan mata tak nampak.
Hehehehe.

May 27, 2014

KJ Yang Sporting

Source : facebook
Hehe.. Pagi ni warming up dengan gambar ni dulu. Sementara nak cari mood buat kerja ni kan.
Salam Isra' Mikraj untuk semua :)

May 26, 2014

CPUV Nuffnang - Sanofi Lactacyd April 2014

Assalamualaikum semua.

Dari pagi tadi dok baca kawan-kawan blog dapat CPUV dari encik Nuffnang ha.
Dengan rasa jeles yang teramat tinggi, SukaGelak pun cek akaun Nuffnang.
Alhamdulillah, dapat juga. Terima kasih banyak-banyak dekat encik Nuffnang.
Kalau korang nak tau, blog SukaGelak ni bukannya selalu dapat CPUV ni.
Maklumlah, tak berapa nak aktif sangat.
Update blog pun ikut mood. 

Haippp, korang jangan ikut perangai SukaGelak tau.
Nanti dapat reward sikit je. Pastu nak jeles-jeles dekat blogger yang dapat banyak CPUV. Haha.

Kalau nak dapat CPUV ni kena rajin.
Rajin update blog.
Rajin blogwalking.
Rajin buat segmen.
Rajin hantar ticket dekat Nuffnang.
Rajin tinggalkan komen kat blog.
Segala-galanyalah kena rajin.

Bila traffik blog dah tinggi, barulah pengiklan nampak.
Bila pengiklan dah nampak, barulah masyukkk.
Bila dah masyuk, jangan lupa diri. Okeh :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

( Psstttt.. Jangan lupa klik iklan SukaGelak ye. Jangan lupa tinggalkan komen skali :) )

Sibuk kejar kehidupan.

Sibuk kejar kehidupan. 
tumblr_mhejsngjj01s3janfo1_500
Pic source : iluvislam.com
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. 
Kerja part time. Belajar lagi. 
Futsal sampai pukul dua pagi. 
Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. 
Kerja sepenuh masa. 

Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. 
Bincang pasal nikah. 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. 
Tak risau sangat solat lambat. 
Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 
Perut lapar, cari makanan. 
Duit takde, pergi bank. 

Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. 
Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. 
Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, 
"Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. 
Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. 
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. 
Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. 
Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
 Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. 
Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. 
Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. 
Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. 
Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. 
Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. 
Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. 
Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. 

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. 
Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan." 

Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. 
Aku dah lama tak solat taubat. 
Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. 
Dah janji nak mesej awek. 
Esok kena hantar assignment, deadline. 
Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. 
Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. 
Tunggu masa nak ambil nyawa. 
Selama ni leka dengan dunia. 
Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. 

Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. 
Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Tepuk dada, tanya iman. 

Source : Whatsup Group.

May 23, 2014

Tazkirah Hari Jumaat

Klik gambar untuk lebih jelas
Peringatan untuk diri sendiri jugak. Saling ingat-mengingati supaya kita tak terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Sama-sama perbaiki diri.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.


May 22, 2014

Lirik Lagu : Jagakan Dia Untukku - Siti Nurhaliza

Jagakan Dia Untukku - Siti Nurhaliza ( Dedikasi untuk MH370 )
Mahuku bersama 
Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah ,Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku, Ke sayap seribu
Biar detik menjadi laju

Langit pun mendengar, Menjadi penawar
Mengusik debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah, Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia


May 21, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+.
Tugasanya tersangatlah mudah, nak join sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
  1. Buat satu entry bebas yang bertajuk "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
  2. Follow blog ini dan Follow Google+ saya. 
  3. Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry ini. 
  4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen dibawah.
Pemilihan pemenang:

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20

Kebaikan Buah Delima Untuk Ibu Hamil

delima
Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya semalam SukaGelak puasa. Singgah kedai buah nak beli anggur hijau. Pastu ternampaklah buah delima ni atas meja display dia. SukaGelak pun belilah sebijik. Rm8.00. Memang tau buah ni bagus dimakan masa mengandung. Tapi tak tau pun bagus tang mana. Hehe.
Tu yang pagi ni dok sibuk meng'Google sana-sini mencari info. Akhirnya jumpa juga info pasal buah ni. Banyak lagi sebenarnya khasiat buah ni. Kalau nak tau korang boleh google sendiri ye :)
Terima kasih sudi baca :) Wassalam.

May 20, 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

May 16, 2014

Fundus Scope Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum semua, dan selamat pagi.

Harini SukaGelak nak kongsi hasil carian pasal fundus scope. Setelah pencarian dikecilkan. Maka inilah hasilnya.

Untuk wanita hamil yang menghidap diabetes, korang aka disarankan untuk buat fundus scope (pemeriksaan mata) ni. Mula-mula macam tak ambil tau pun sebab apa. Rupa-rupanya sangat penting untuk masa akan datang. Kalau korang kena suruh buat fundus scope ni baik korang pegi je. Tak rugi pun.

Peringatan untuk pengidap diebetes!

Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.

Kewujudan 'spot' dan 'floaters'


Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia ataueclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.

Dari pengalaman SukaGelak sendiri, lepas ambil gambar biji mata tu, dia akan terangkan yang cek mata ni sebenarnya untuk diorang kesan urat mata ade yang pecah atau tidak. Kalau kandungan gula terlalu tinggi, risiko urat mata pecah pun tinggi jugak. Bila urat mata pecah, ape yang jadi? Boleh jadi buta okeh. Oooww... So scary. Dan Alhamdulillah result SukaGelak untuk dua-dua biji mata adalah normal.

Gambar besar : mata normal, Gambar kecil : urat mata pecah
Untuk lebih info mengenai diabetes dan mata boleh klik link kat bawah ni :

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

May 15, 2014

Koir Majlis APC SKM 2013

Assalamualaikum kawan-kawan, 

Lamanya SukaGelak tak membebel dalam blog ni. Nak kata sibuk, takdelah sibuk mana pun. Menyibukkan diri adelah. Menyiapkan mental dan fizikal sebab mak buyung ni kena join koir untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Swiss Garden Hotel, Kuantan Pahang. 

Kemain jauh lagi buat majlis. Okeh, lepas ni nak pencen koir. Sambung balik lepas habis cuti bersalin nanti. Tak larat rasanya nak jalan jauh-jauh. 

Meh mak buyung belanja gambar sekeping dua.
Cuba cari mana satu mak buyung? Jumpa tak? Haha, joyah sangat kan. Menyembang jek kejenya.
Mengembang bagai juara. Yeayyy..
Okeh, mak buyung nak pegi cek mata nih. Eh, eh korang yang kene diabetis masa mengandung kena suruh pegi cek mata tak? Dah puas meng'Google sana-sini kebanyakkannya website dari Indonesia. Nggak ngerti dong. Hehehe..

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.



May 5, 2014

Palet Lipstik Yang Hilang

Hai korang. Harini SukaGelak nak share sikit satu cerita masa cuti panjang dekat kampung hari tu. Nak dijadikan ceritanya, palet lipstik SukaGelak ni dah hampir sebulan jugak lah hilangnya. Tapi malas nak selongkar. Tak berapa nak guna sangat pun. 

Takde aktiviti koir, cuma ada jemputan kahwin je. Tu pun pakai lip gloss jek. 
Malas nak mencalit-calit lipstik ni. 
Macam nilah rupe palet lipstik yang hilang tu. Baru guna dalam 10x jugaklah. Masih banyak warna yang belum test lagi. Cantik kaler die. Yang penting warnanya gloss. Sesuai untuk bibir yang cepat kering.

Setelah hampir sebulan melupakan palet ni, tiba-tiba boleh pulak terjumpa dalam laci almari baju dekat kampung. Sebenarnya bukak laci tu pun sebab nak sorokkan hadiah hari lahir mak. Punyelah melompat bila nampak palet ni. Girang sungguh rasa hati sebab tak payah beli lagi.

Tapi bila bukak je palet tu, aduhaiiiii......
Sakitnya hati. Ni kalau tanya siapa yang buat mesti tak de siapa nak mengaku. Mesti ade drama tuding-menuding. Alahai.. Tak pelah. Boleh guna lagi ni. 

Oh ye, palet lipstik ni SukaGelak beli dekat hishop.my. Confirm puas hati :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Senarai Pemenang Segmen Pre 100k PV Topup Giveaway

Okeh semua. Seperti yang SukaGelak telah janjikan dalam entri sebelum ni, harini SukaGelak nak umumkan senarai pemenang-pemenang yang bertuah. Eh, eh, tiba-tiba je nak umum. Bila buat segmen??
 Huwarghhhh.. Sampai hati korang tak perasan segmen SukaGelak. Tak pelah. Dah tutup dah pun. Next time pulak ye :)

Jom tengok siapa yang pakcik random ni dah pilih.





Kepada pemilik-pemilik nombor cabutan bertuah di atas, sila emailkan detail anda di emilea1701@gmail.com.
Nama :
Link Segmen :
No Peserta :
Facebook :
Topup : Maxis / Digi / Celcom

Boleh cek nombor anda di --> Senarai peserta

Tahniah pada yang bertuah. Yang tak bertuah tu jangan putus asa. Nanti SukaGelak buat segmen lagi ye. Eh, eh ade yang nak join ke kalau SukaGelak buat segmen lagi? Hehe.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

May 1, 2014

Segmen Tamat

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga segmen yang sukagelak anjurkan. Walaupun kurang sambutan, tapi SukaGelak hargai sangat-sangat rakan-rakan blog yang sudi memeriahkan segmen yang tak seberapa ni.
Memandangkan SukaGelak sekarang dalam mood bercuti, pemenang segmen ni akan diumumkan pada 5 Mei 2014, bersamaan dengan hari SukaGelak kembali ke ofis. Hehe.. Jangan jeles. Sukagelak cuti lama tau.

Mana yang dah join tu, jangan lupe blogwalk semua perserta ye. semoga dapat menambah kenalan di alam maya ni. Senarai peserta kat SINI

Sampai berjumpa lagi.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Segmen : Pre 100k PV Topup Giveaway

Segmen ini telah tamat
---------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan blog.
Harini SukaGelak nak melancarkan 1 segmen bersempena dengan pageviews blog ni yang dah nak menghampiri angka 100 000.
Woahhh.. Tak sangka betul. Setelah 3 tahun, akhirnya blog yang suam-suam kuku ni cecah jugak angka 100 000. Alhamdulillah. 

Sebagai menghargai jasa baik kawan-kawan yang selalu datang menyinggah kat sini, SukaGelak nak bagi topup dekat korang. Eh, takkan nak bagi je kan. Join segmen dulu ye. Syarat simple-simple je. Meh join meh.
Syarat-syarat :
1/ Buat entri dengan tajuk " Pre 100k PV Topup Giveaway "
2/ Tampalkan banner segmen dan link kan ke entri ni.
3/ Follow blog SukaGelak.
4/ Dah siap, publish dan tinggalkan link blog korang dekat entri ni ye.

Pemilihan pemenang :
1/ 5 orang pemenang akan dipilih.
2/ Pemilihan akan dibuat melalui random.org

Hadiah :
Topup bernilai RM5.00 setiap seorang. ( Maxis, Celcom, Digi )

Bonus :
Kalau anda berjaya 'print screen' angka 100 000 semasa mengunjungi blog ini, ada hadiah misteri yang menanti. Jeng jeng jeng.....

Segmen ni akan berlangsung sehingga jumlah pageviews melebihi 100 000 atau sehingga SukaGelak umumkan kelak. Sebarang pindaan akan di beritahu dari semasa ke semasa.

Ha ape tunggu lagi?? Cepat-cepat buat entri.
Terima kasih sudi join :)
Wassalam.

Senarai peserta ( Akan di kemaskini dari semasa ke semasa )
--------------------------------------------------------
PENGUMUMAN

Tarikh segmen ini akan tamat pada 01/05/2014

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign