25 February 2015

Bila Firash Demam

Assalamualaikum.
Hai semua. Ada ke yang baru naik kerja hari ni? Okeh, kita geng. Meh sep sikit. Mesti korang pun macam SukaGelak kan. Malas nak hadap jem kat hiway. Lebih baik duduk kat rumah bergomol dengan Muhammad Firash. Haha.. Heaven betul rasanya.

Cuti raya Cina ni SukaGelak tak pergi ke mana pun. Muhammad Firash batuk-batuk. Kesian sangat tengok die. Rasa macam nak suruh dia pindahkan segala penyakit dia tu dekat mama dia ni ha. Dengan kahak yang susah nak keluar. Tidur malam hidung tersumbat. Kuat betul die berdengkur. Kalau menangis mesti batuk-batuk. Sedih betul tengok anak masa tu.

Nasib baiklah Mak Lang ada balik kampung haritu. Memang pandai mengurut orangnya. Amik pakej urut Firash 3 kali berturut-turut. Meraung-raung budak tu bila kena urut dekat bahu die. Kesiannya anak mama. Tapi kalau mama tak urut Firash, lagilah mama risau Firash asik batuk je. Sampaikan gelak lebih-lebih pun tak boleh. Asik nak batuk je kerjanya.

Alhamdulillah, anak mama semakin sihat. Dah boleh gelak kuat-kuat, bila menangis pun tak batuk-batuk dah. Lega hati mama. Mak Lang pesan rajin-rajin letak vicks yang untuk baby tu dekat belakang badan dia, sambil urut-urut sikit. Biar dia rasa selesa.

Dulu SukaGelak ingat vicks ni cuma ada satu jenis je. Yang SukaGelak suka sangat bau masa mengandungkan si Firash dulu. Rupanya ade jenis lain yang untuk baby. Haha, nasib baiklah makcik bagitau beli vicks yang untuk baby. Kalau sapu yang biasa punya mau menggelupur budak tu. Hehe.
Pinjam gambar kat encik Google
Okaylah korang, lastly SukaGelak nak pesan. Kalau ada anak yang tak sihat jangan bagi dekat dengan baby, jangan bagi cium-cium. Baby kan  senang sangat nak berjangkit. Lagipun sistem antibodi die belum cukup kuat lagi.

Nak tau apa yang dia pandai lepas demam tu? Dah pandai pegang botol sendiri. Pandai pulak masukkan puting botol tu dalam mulut dia. Hehe, bijak anak mama ni. Membesar dengan sihat ye sayang. Meh mama Firash belanja gambar seround.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam. :)


Previous Post
Next Post

post written by:

0 Comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.