Fesyen Baju Terkini

Kasih Juju
Assalamualaikum korang. Sekejap je dah masuk hari Rabu kan. Untuk orang yang makan gaji macam SukaGelak ni mesti hari ni boleh tarik nafas panjang sebabnya gaji dah masuk. Yahoooooo. Bila gaji dah masuk, tangan pun macam gatal je nak shopping online kan. Laju je masuk website Zalora. 

Bila masuk website Zalora, terus blur-blur. Baju ape aku nak beli ni. Baju ni trending ke tak? Eh, eh banyak pula soalannya. Yelah kan, mana boleh main sembarang je nak beli. Karang tak cantik buat rugi masa, duit je kan. 

Okeh, let's check it out.
---------------------------------------------------------------------------------
Apakah Fesyen Baju Terkini?
Apabila bercakap mengenai trend fesyen baju terkini, sememangnya industry fesyen sentiasa meriah dengan kemunculan koleksi pakaian yang menarik dan trendi! Jika dahulu, trend pemakaian skinny jeans pernah menjadi fenomena, diikuti pula dengan trend midi skirts dan peplum tops, kini muncul lagi beberapa trend fesyen baju terkini yang juga semakin digemari oleh para penggemar fesyen seperti berikut:

Jumpsuit
Jumpsuit bukanlah fesyen pakaian yang baru dikalangan para pengikut fesyen, namun sejak akhir-akhir ini, trend jumpsuit kian menambat perhatian semula. Terdapat juga jumpsuit berlengan panjang yang sesuai dipakai untuk wanita bertudung.

Maxi dress
Begitu juga dengan trend maxi dress atau shirt dress yang turut menjadi kegilaan para Muslimah Hipster. Selain daripada rekaan dress yang mengikut trend, shirt dress juga amat selesa dipakai untuk ke mana sahaja!

Kimono Cardigan
Seterusnya adalah kimono cardigan yang biasanya dipakai sebagai outerwear oleh gadis-gadis berhijab. Kimono cardigan ini mempunyai ukuran bukaan lengan yang luas dan biasanya boleh ditemui dalam corak berbunga.

Tail Blouse / Loose Tops

Dan yang terakhir sekali adalah tail blouse atau loose tops yang sering dipakai bersama padanan jeans atau skirts. Jenis blouse ini bukan sahaja sesuai dipakai oleh gadis bertudung kerana mempunyai potongan yang longgar, malah turut menjadi fav mereka yang tidak bertudung juga!
---------------------------------------------------------------------------------
Amacam? Dah dapat idea lom nak pakai style yang macam mana? Kalau nak cuci mata, korang boleh pergi dekat website Zalora yek.
Jangan malu-malu okeh. Sama-samalah kita cantik dan bergaya :)

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Tags