5 March 2015

Kenapa Kecewa Dengan Zalora?

Ini adalah sambungan daripada entri "Kecewa Dengan Zalora"

Kalau belum baca, silalah baca ye.
Sebagai pembeli tegar dunia online ni, SukaGelak rasa terpanggil untuk sama-sama menyedarkan pengguna mengenai kualiti barang yang kita beli.
SukaGelak rasa sangat tertipu bila barang tu sampai. Sekali imbas dah nampak. Nak pegang pun rasa geli. Terus perasaan kecewa tu datang membuak-buak.
Sepatutnya pihak Zalora lebih prihatin dengan produk yang mereka jual. Kalau korang ni jenis yang sort item ikut low price first mesti korang pun akan berkenan dengan produk tu.
Bila dah dapat produk tu, terus SukaGelak cek description product tu. Memang tak dinyatakan langsung. Bila SukaGelak tengok brand yang sama, cuma patern yang lain memang jelas nampak 3 titik tu. Mengucap panjang SukaGelak.

Adik-adik kakak-kakak kat luar sana, jom kita belajar kenal produk yang ada pig skin. Selalunya yang ada pig skin ni kasut , sandal ataupun beg tangan, purse.

Corak sama macam sandal yang SukaGelak beli haritu. So, memang sahlah kulit haiwan tersebut.
Yang ni pun sahih pig skin.

Memang kecewa sesangat bila dah terbeli produk pig skin ni. Macam kata pembaca blog SukaGelak kat bawah ni :
Setuju sangat-sangat dengan beliau. At least mark dekat description yang produk tu diperbuat daripada pig skin. Sekurang-kurangnya pembeli Islam akan aware. 

SukaGelak rasa ramai pembeli Zalora ni majoritinya Islam. Jadi Zalora seharusnya lebih berhati-hati dengan produk yang mereka keluarkan. Siapa setuju dengan SukaGelak sila angkat tangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
(Picture source from google.com)
Previous Post
Next Post

post written by:

6 comments:

  1. Assalamualaikum SG... laaaa rasa macam pernah dengar kes ni kena kat blogger yana yassin.. dah inform zalora belum? minta refund @ tukar new produk.. memang tak patut lah website besar macam zalora tak aware dengan kualiti produk.. pig skin tu.. adehhh

    ReplyDelete
  2. eii...biar btl produk dr kulit pig..huhu

    ReplyDelete
  3. huhu! gelinya.
    sekarang ni ramai yg menjual je utk dapatkan keuntungan. termasuklah pihak Zalora. Diorang kena peka dan lebih transparent. Sy pasti ada pekerja Islam kat Zalora. Takkan benda mcm ni pun diorang tak boleh fikir.

    ReplyDelete
  4. bahaya nyaaa..tak patut jadi macam ni..isk isk

    ReplyDelete
  5. Siapa yg perasan awal boleh elak. Yh dah pakai tu lepastu baru perasan lagi kesian.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.