Kasih Juju: Review Product - Sutra Wellness, Multipurpose Aromatherapy Spray

May 27, 2015

Review Product - Sutra Wellness, Multipurpose Aromatherapy Spray

Assalamualaikum korang,

Harini nak kongsi pasal spray ajaib yang super wangi lagi mendamaikan ni.
Untuk pengetahuan korang, dekat work station sukagelak ni memang banyak nyamuk. maklumlah, nyamuk kan memang suka tempat gelap dan sejuk. dapat pulak tempat yang dah lama takde penghuni. memang bermaharajalelalah dia dekat bawah meja ni.
Hari-hari sukagelak dok komplen dekat sorang pakcik driver ni. gatal weh. nyamuk tu pulak yang jenis kaki belang-belang. silap haribulan boleh kena denggi ni. end up, pakci driver tu suggest dekat sukagelak spray sutra ni.

dalam hati was-was jugak. boleh ke spray ni halau nyamuk? tak cuba tak tau kan. okeh. kirim dekat pakcik tu. 1 botol 200ml rm20.00.

bila dapat je terus sukagelak spray. kemain wangi lagi bau die. siap boleh feeling ala-ala majlis kawen lagi tu. beli yang bau pandan. memang sebijik bau bunga rampai. teringat plak dulu potong daun rampai untuk majlis kawen sendiri. ihiksss.

spray waktu pagi dengan tengahari. konfirm nyamuk dengan lipas dan segala mak nenek serangga tu tak hinggap dah dekat kulit. orang yang lalu-lalang pun macam tertarik-tarik je nak tanya bau ape yang sedap sangat ni kan. nak buat kerja pun happy je.

bak kate pakcik driver tu lagi. lepas ni kalau nak beli lagi, kawan dia dah tak jual dah. kena la pandai-pandai cari sendiri. hoho.. terus sukagelak google pasal produk sutra ni. senarai ejen pun ade. okeh, takde masalahlahkan nak dapatkan spray ajaib ni.

korang pun boleh masuk website diorang dekat --> https://sutraromatherapy.wordpress.com/wellness/multipurpose-aromatherapy-spray/

ade banyak lagi bau yang lain. tapi sukagelak belum test lagi. tunggu spray pandan ni habis baru boleh try bau yang lain pulak.

okeh, sekian saja untuk harini.
terima kasih sudi baca.
wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign