16 June 2015

Homesick

assalamualaikum dan salam sejahtera.

harini nak cerita pasal homesick. okeh, sape kat sini pernah homesick? ha jangan nak memalu ye. sukagelak 100% yakin korang yang baru first time berjauhan dengan family mesti kena penyakit homesick ni. sekental mana pun korang, mesti teringat dekat rumah jugak.
nak share pengalaman pertama sukagelak kena homesick. masa tu form 5. family dah berpindah ke rembau. tapi sukagelak bitau parents yang sukagelak tak nak ikut pindah sekali. nak duduk hostel. risau tak boleh nak adapt dengan persekitaran baru. maklumlah, nak SPM waktu tu.

risau tak boleh terima persekitaran sekolah baru, risau subjek tak sama dengan cikgu sekolah ajar, risau tak de kawan. macam-macam lagilah yang risaunya. nak teruskan jugak sekolah dekat tempat lama.

hari pertama masuk hostel. malam tu elok je boleh gelak-gelak dengan member. besoknye bila nampak muka kengkawan mase dekat berek klawang terus merembes-rembes air mata. mula-mula bolehlah tahan. tapi lepas tu menangis tersedu-sedu. haha. kelakar betul bila ingat balik.

semua orang pelik mase tu. kenapa sukagelak nangis. yang duduk hostel pahamlah ape yang sukagelak rasa. tapi yang tak duduk hostel mesti kata, 'hoi apehal merembes-merembes macam budak kucik ni hoi'. kuangjak punye member. tapi sukagelak tetap nangis jugak.

bila dah puas nangis baru rasa lega sangat-sangat. lepas tu hari-hari seterusnya rasa macam tak nak tinggalkan hostel pula. haha.. ngedik sangatkan.

tu pengalaman pertama homesick. ade pengalaman kedua jugak ni nak share dengan korang.

disebabkan dah syok duduk hostel, sukagelak sambung form 6 pulak dekat sekolah yang sama. punyalah tak nak sekolah dekat tempat lain. nak duduk hostel sekolah yang lama jugak.

yang kagumnya, hari pertama berlalu dengan jayanya. ingatkan dah kebal dah boleh jauh dari rumah. tapi tak boleh tahan jugak rupenye. yang kelakarnya tengah makan karipap masa tu. makan sambil air mata meleleh. haha, memang lawak kate ko. siap pesan dah dengan kengkawa, kalau sukagelak nangis jangan tegur. buat-buat tak nampak je. hehe, memang diorang tak tegur pun. buat macam biasa.

sekarang ni dah takde homesick dah. hati dah kental. pengalaman memang banyak mematangkan keadaan. malulah kan dah besar-besar pun nak nangis jugak.

okeh, sampai sini dulu. jumpa lagi di lain lembaran.
terima kasih sudi baca.
wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 Comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.