Kasih Juju: Pertama kali berjauhan dengan anak

June 11, 2015

Pertama kali berjauhan dengan anak

Sebenarnye entri ni dah lama dah duk dalam draf. tak dapat nak habiskan mengarang. sebabnya tiap kali nak sambung mesti air mata bergenang-genang. lama betul baru hati ni nak kuat.

cube korang banyangkan. lepas bersalin, 24 jam masa dengan anak je. nak tinggalkan sekejap pun rasa tak tentu arah. kalau boleh setiap masa nak belek anak je. haha.. kemaruk sangatkan.

masa awal-awal bersalin tu memang tak fikir langsung pasal kerja. menggunakan sepenuhnya cuti bersalin 3 bulan tu. hati pun aman damai je duduk rumah. tapi bila masuk bulan ketiga cuti bersalin hati dah mula gundah gulana.

mana taknye, sukagelak ni weekend housewife. mase berdua dulu jumpa husband 2 minggu sekali pun takpe. sekarang dah bertiga. macamanalah nanti nak berpisah dengan si kecik. niat awalnya nak bawak anak tu duduk sekali dengan sukagelak dekat kl ni. tapi tiap kali sukagelak cakap dekat husband, mesti ade je kes baby dengan taska. kena dera lah, yang meninggal pun ade. terus husband tak bagi bawak balik kl. duduk kampung je dengan husband and family dia.

susah betul nak terima hakikat masa tu. paling susah nak berjauhan dengan anak. hari-hari terfikir, boleh ke die tidur dengan ayah die, agak-agaknya die tercari-cari tak bau mama die ni. yang paling kesian, mesti die tercari-cari nenen mama die. ala kesiannye.

akhirnya, saat berpisah pun tiba. dari tengahari masa packing-packing barang air mata dah start berlumba lari. tak boleh nak stop. mengalir tak henti-henti. memang tak kuat betul nak tahan perasaan. 3bulan tak pernah jauh dengan anak. rindu bau die, tangis die. hoi memang menyentap kalbu.

sepanjang perjalanan balik kl air mata tak berhenti-henti keluar. sedih giler hoi. selalu kepit anak, ni kene kepit henpon jek. tu pun nasib baik dah kidnap baju busuk anak.

sampai jek rumah sewa kat kl si husband buleh pulak hantar gambar anak tengah mengaruk. dari elok-elok dah berhenti nangis boleh sambung menangis. sedih sangat tengok anak mase tu.

dibedung baru senyap. tak mengaruk dah. tapi husband cakap malam-malam die mencari jugak susu mama die. siannye dekat anak. mama mintak maaf ye sayang. tak dapat nak fully breastfeed awak. 

malam tu sukagelak pun sambung menangis. bila terjaga dari tidur rasa lain macam je. selalu ade tangan kecik menguis-nguis mintak susu. ni rase sunyi macam.. huwarghh... mama rindu firash.

okeh kengkawan. itu cerita 7 bulan lepas. sekarang ni mama firash dengan firash dah boleh terima hubungan jarak jauh kitorang. tapi mase tinggalkan die 5 hari die pandai merajuk jugak tau. mama panggil die tak mo pandang mama pun. amboi.. kecik-kecik lagi dah pandai merajuk ye.

mama harap mama dapat pindah kerja dekat dengan firash, dekat dengan ayah. tak larat dah mama nak berulang tiap-tiap minggu kl - johor. semoga ada sinar di sebalik kesusahan masa sekarang. InsyaAllah.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

4 comments:

  1. Hye sis...byakkan bersabar taw....
    Sy pun ada pengalaman yg sama dgn sis...
    So...kte sama-sama cekalkan hati yep...

    Done follow sis....
    Follow me back ok...
    http://assam143.blogspot.com/
    TQVM

    ReplyDelete
  2. kesian.. tak pa, ada hikmah disebalik kejadian

    ReplyDelete
  3. betul tu,setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya :-)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign