Kasih Juju: Trip to Sungai Mekong, Vietnam

June 10, 2015

Trip to Sungai Mekong, Vietnam

Percutian ke Ho Chi Minh haritu tak hanya di fokuskan untuk shopping semata-mata. Macam bosan je kalau asyik nak shopping je kan. Dah alang-alang sampai kat tempat orang ni rugi pulak rasa kalau tak tengok-tengok tempat orang. Meh layan gambar dulu ye.
Pakej ke sungai mekong ni kitorang amik dekat hotel je. kemain malas nak pergi tempat tour guide. padahal kedai diorang sebelah hotel je. pakej yang sukagelak pilih ni non-halal tau. jadi memang dah standby siap-siap roti dengan air dalam beg. kalau ikutkan pekej ni termasuk makan tengahari.
Pukul 7.20pagi dah terpacak depan lobi hotel. pakej sungai mekong ni akan ambil masa separuh hari. dari pukul 7.20 pagi sampai 5 petang. jadi kalau agak-agak korang jenis kuat makan tu boleh stenby stok makanan banyak-banyak dalam beg ye. perkara penting dalam bas, selfie dulu. hehe. masa ni memang tak ramai lagi. sebabnya bas ni akan pergi ke hotel-hotel yang guna khidmat tour guide diorang ni, collect penumpang lepas tu baru gerak ke sungai mekong.
perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. agak jauh jugak sungai mekong ni dengan bandar ho chi minh. gambar kat atas ni pulak hentian untuk membuang apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan. kalau nak minum pun boleh jugak. memang ramai tourist dekat sini. lebih kurang 15 minit perjalanan sampailah kitorang dekat jeti yang akan bawak kitorang ke sungai mekong.


Gambar dekat atas ni tempat persinggahan pertama. tempat buat gula-gula kelapa. die tunjuk jugak step by step. rasa dia sama je macam gula-gula kelapa dekat malaysia ni. cuma die punya chewy-chewy sikit. lekat-lekat dekat gigi kalau makan.

mak siap suruh amik gambar pemerah kelapa tu. nak tunjuk dekat abah katenye. dekat rumah memang ade mende tu. tapi yang kecil punye. tak sangka pulak ade yang besar gedabak macam ni. mak nak suruh abah buat besar macam ni jugak. die cakap senang raya nanti nak buat dodol. haha.. menggagau la abah nak cari besi buat mesin pemerah santan ni.
Next, kami naik kereta kuda ke perkampungan ape ntah untuk makan tengahari. first time neh naik kereta kuda. haha, kesian betul kan. tapi macam yang sukagelak mention kat atas tadi, pakej ni non-halal. so kami makan je roti yang kami bawak masa dekat hotel. 

tak boleh nak tengok mat saleh tu makan. macam nak termuntah pulak rasenye. diorang ade jugak bagi nasi putih dengan telur rebus termasuk juga sayur goreng. tapi kami cuma usik telur rebus je. tak yakin wey nak usik yang lain-lain. dah tentu-tentu guna periuk kuali sudip nak masak yang tak halal tu. huh muntah hijau dekat situ jugak.

serius tak ingat nama tempat ni. tapi kalau korang layan running man, mesti korang pernah nampak tempat ni masa diorang main kejar-kejar kat walkway ni. haha. obses betul dengan running man. eksaited bercerita dekat muli, die boleh buat muke blur pulak. huh okeh fine.
tempat seterusnya ke sarang lebah. okeh, yang ni dekat cameron highland pun ade. siap bagi cuba teh campur madu campur bee pollen. jujur nak cakap. sukagelak bukan peminat madu. jadinya cawan yang kucik tu pun tak boleh nak habiskan. haha.. sadis betul.
Okeh, ni tempat last. perkampungan yang penuh dengan buah-buahan tropika. ni pun tak berape nak heran sangat sebab dekat malaysia pun banyak. ingatkan dapatlah makan durian vietnam. tapi dalam mimpi jela. haha.

penyudahnya seronok masa dekat atas sungai jek. pakej yang sukagelak ambil ni pakej separuh hari. kalau ambil pakej yang fullday die boleh bawak pergi floating market. okeh, next time kalau dapat pergi lagi nak pergi floating market pulak.

terima kasih sudi baca.
wassalam.



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign