Kasih Juju: Menang GA azhafizah.com

July 14, 2015

Menang GA azhafizah.com

Assalamualaikum semua.

Nak tau cerita tak? eh kalau korang tak nak tau pun sukagelak nak cerita jugak. kerja lepas waktu rehat semalam tetiba member yang terima surat jerit nama sukagelak. die cakap "jue, ko beli ape ni kotak besar ni?" sukagelak pun rase blurr sekejap sebab rasenye sukagelak takde beli barang online lagi. kalau beli pun semua dah selamat sampai.
ha tengok kotak tu. kemain besar lagi. dalam hati terfikir mungkin ade orang beli online tapi guna nama sukagelak kot. dalam pada tu terus koyak sampul sebab perasaan membuak-buak nak tau apa yang ade dalam kotak tu. korang pun mesti nak tau jugakkan. jeng jeng jeng...
ha...hamik ko. kemain banyak lagi isi dalam kotak ni. nasib baik tak suruh member campak je dari tingkat 1. kalau tak mau berderai semua kuih raya dalam kotak ni. fikir punya fikir, tilik punya tilik ternampak pulak nama atas stiker kuih raya tu. ada nama norhaen. rasenye haritu ade join ga yang suruh follow instagram norhaen ni.

terus bukak balik entri giveaway azhafizah ni. perhati betul-betul hadiah yang sepatutnya sukagelak menang. tilik betul-betul senarai hadiah.
okeh confirm menang 1 balang je kuih raya. rasa was-was pulak nak terima. terus emel azhafizah. nak tau ape jawapan dari blogger ni?
berbunga-bunga hati bila tau semua yang dalam kotak tu memang untuk sukagelak hoi. rasa macam menang grand prize pula.

sukagelak dapat 5 jenis kuih raya, kain ela dan 2 helai tudung. alhamdulillah. syukur sangat-sangat. teringat pulak tahun lepas ade juga join giveaway raya. menang kuih raya juga. tunggu punya tunggu sampai sudah tak sampai-sampai kuih raya yang dijanjikan. sukagelak pun lupa nak kontek sponsor. kira lebur jelah kuih raya tu.

tak sangka pulak tahun ni dapat berganda-ganda. seronok tak terkata wey. hehe. nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat blogger azhafizah sebab anjurkan segmen ni. korang boleh follow norhaen dekat instagram dia jugak okey. ade macam-macam jenis kuih raya yang die jual :)

instagram : https://instagram.com/norhaen/
blog : http://norhaensulaiman.blogspot.com/

7 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign