Kasih Juju: Firash Turn's 1

August 25, 2015

Firash Turn's 1

Assalamualaikum u ollsss.. Firstly SukaGelak nak mintak ampun banyak-banyak sebab asyik join segmen je. Takde pun entri menarik nak kongsi dengan korang kan. Haha.. Bajet ade orang tertunggu-tunggu la SukaGelak punya entri baru. Perasannya hoi.....

Okeh okeh, back to reality. Tanggal 3 hb 8 2015 haritu, genaplah umur dak domok setahun. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi rasa die menendang-nendang dalam perut ni. Dah berlari dah kau sekarang nak. Tak terasa masa berlalu.

Untuk sambutan setahun ni, mama ayah dak domok ni tak buat majlis besar-besar pun. Buat majlis kecik-kecik je dengan sdara mara.

Meh SukaGelak belanja deko untuk memeriahkan majlis dak domok ni. Kebanyakkan barang ni SukaGelak beli dekat DIY. Senang. Semua ade dekat situ. Tinggal kreatif dengan tak je nak hias.

Simple je SukaGelak buat. Yang penting cantik dimata SukaGelak.. Haha.. Macam mamanye yang syok sendiri kan.

Kek, mak ngah and pak ngah dak domok belanja. Cup cakes dengan mini donut plak acik leha yang belanja. Nampak kecik, tapi cantik kan. Sayang giler nak makan. Haha, last-last kena baham jugak dengan budak-budak.

keluarga kecil kami <3


Entri buat paper bag ni ade dekat SINI

Dalam beg tu ade jajan je. Atok dak domok beli dekat kilang Apollo. Dah nama pun birthday budak kecik kan. Jajan je la yang budak-budak serbu pun.

Okeh, next majlis akikah dak domok pulak. Belum ada tarikh lagi. Masih dalam perbincangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

6 comments:

  1. Salam singgah dr nieyl =)
    Happy birthday Firash...
    semoga menjadi anak yg soleh di dunia dan akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  2. happy birthday dari aunty zaza..

    ReplyDelete
  3. suka betul tgk benda2 diy...hppy bday boy ^^

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign