Kasih Juju: January 2015

January 26, 2015

My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin.

SYARAT-SYARAT :

- Follow blog aku.
Nyatakan follower ke berapa bagi
New Follower.
- Buat 1 entri + tepek banner & backlinkkan ke entri ni.
- Tag seorang blogger yang tiada dalam mana-mana bloglist aku. 
Make sure dia tau ea :)
- Tinggalkan URL entri kat comment box.
- Tamat bila-bila masa 11.59mlm, 26/1/2015
- Pemenang dipilih secara random.org
- Pengunguman pemenang - ada/ sebelum
31/1/2015.

follower ke : 692

Pertumbuhan Gigi Susu

Bilakah Gigi Susu Mula Tumbuh?


Gigi susu yang pertama (gigi kacip rahang bawah) akan tumbuh ketika anak berusia antara 6-10 bulan. Gigi susu yang terakhir (gigi geraham kedua rahang atas) akan tumbuh sekitar usia anak 25-33 bulan.

Set gigi susu lengkap apabila anak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan.

Apabila gigi susu tanggal pada waktu yang betul, ia akan digantikan dengan gigi kekal. 

Jadual Pertumbuhan Gigi Susu

Ilustrasi Kronologi Pertumbuhan Gigi Susu
(kebiasaannya gigi di rahang bawah akan tumbuh lebih awal daripada gigi rahang atas)



Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

  • menangis kerana tidak selesa
  • suka menggigit
  • melelehkan air liur
  • demam

Sekiranya anak anda mengalami masalah di atas, anda boleh :

  • mengurut gusi yang membengkak dengan jari atau tuala bersih
  • memberi anak sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit seperti 'teething ring'
  • menyapu sedikit ubat gel penahan sakit (teething gel)
  • membawa anak ke klinik jika anak demam 

Contoh 'teething ring'

Teething Gel
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua, selamat hari Isnin. 
Asal hari Isnin je baru nak update blog, asal update blog je mesti hari Isnin. Hehe
Dah moodnya datang hari Isnin, update jela yek. Karang berhabuk bersawang pula blog SukaGelak ni.

Okeh, berbalik kepada artikel yang SukaGelak share dekat atas tu.
Kalau anda ni macam SukaGelak, anak baru satu, nak masuk umur 6 bulan pulak tu. Perangai pun dah macam-macam. Mesti terfikir bila agaknya gigi anak aku nak tumbuh. Bila waktu yang sepatutnya gigi tu tumbuh?

So, SukaGelak pun apa lagi, terus merayau dekat alam maya dan terjumpa dengan artikel ni.
Tapi berdasarkan pengalaman orang keliling SukaGelak, depends on bayi tu sendiri. Ada yang 5 bulan dah keluar gigi. Ade jugak yang umur dah setahun baru nak keluar.

Okey lah kengkawan, sampai sini dulu. Nanti SukaGelak sambung membebel lagi yek.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

January 23, 2015

Mini Giveaway By azhafizah.com


Jom join segmen ni. Klik je dekat banner tu ye.

Tarikh Tamat : 30 Januari 2015

Pemilihan pemenang : random.org

Hadiah : 20 sample Nurraysa Beauty Soap x 20 pemenang [seperti dalam gambar banner]

NURRAYSA BEAUTY SOAP : Merawat jerawat, jeragat, kulit berminyak, memudarkan parut, mengecilkan liang pori pada wajah, mencerahkan kulit wajah, membuang sel-sel kulit mati, melembapkan kulit muka, memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman, mengurangkan whitehead & blackhead, merawat eczema, gatal , kurap dan panau, menghilang bau badan.
KANDUNGAN : Glyserin, minyak zaiton extra virgin, herba, susu kambing, collagen
CARA GUNA : Cuci muka 3kali sehari , sapukan buih-buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas sehingga bersih.
Sesuai untuk lelaki ,wanita dan kanak-kanak. Baby pun boleh guna sebab 100% natural tiada tambahan bahan kimia,ade kelulusan kkm dan buatan muslim
CONTACT : WhatsApp/Telegram 0129072776 (untuk pembelian)

January 20, 2015

Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman


Syarat :

1. Follow blog and google +


2. Follow instagram
[Puteri] [Eymasu]*jika ada 

3. Follow twitter
[SyiraLokman] [Puteri_EL]*jika ada

4. Like sahaja fanpage berikut :
(syira saja tak letak button like sbb nak anda 
lihat sendiri page ape yg anda like)


Jom tengok hadiah yang ditawarkan:

RM10 x3 [Eymasu]
RM10 x1 [Salahuddin]

Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]
Bookmarks LE x3[Amanina]
Novel x2 [Syahir]
Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]
Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]
Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]
Topup RM10 x1 [Puteri]
Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]
Topup celcom RM10 x1 [Syira]
Topup RM10 x3 [Aida]


1 TOP REFERRAL

RM20 x1 [Papaglamz]

Klik banner kalau nak join okeh.

Mula :16 Januari 2015
Tamat : 30 Januari 2015 jam 6:00 am

January 19, 2015

Resepi : Nasi Ayam Madu Paling Mudah

Assalamualaikum semua, selamat hari Isnin.

Wah, tak pasal-pasal harini nak buat entri pasal resepi. Sebelum ni tak pernahnya nak buat pun. Tapi disebabkan masakan ni dapat pujian dari encik suami, terus rasa bersemangat nak share dekat blog ni. Manalah tau boleh membantu korang yang dekat luar sana.



Resepi nasi ayam

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras 
Air rebusan ayam
Bawang putih 4 ulas - tumbuk
Halia 1cm - tumbuk
3 batang serai - ketuk
Marjerin 

Cara-cara:
Basuh beras dan toskan.
Panaskan marjerin.
Tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
(SukaGelak tumis dalam periuk nasi je)
Masukkan serai, air rebusan ayam dan beras.

Ayam Madu

1 ekor ayam potong 8.
Rebus.

Untuk perapan ayam.

Bahan-bahan:
Sos tiram.
Kicap pekat.
Madu.

Cara-cara:
Toskan ayam yang telah direbus.
Gaulkan semua bahan hingga sebati dan perap selama 1/2 jam.
Masak dengan menggunakan pemanggang ajaib ataupun bakar guna oven.

Sos cili.

Bahan-bahan:
Air rebusan ayam.
Sos cili thai

Cara-cara:
Panaskan air rebusan ayam, kemudian masukkan sos cili thai.
(SukaGelak tak sukat pun, main agak-agak je)

Kicap.

Bahan-bahan:
Bawang putih 2 ulas - ditumbuk.
Air rebusan ayam.
Kicap manis.

Cara-cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam dan kicap.

Sup Ayam

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih - ditumbuk.
1 biji bawang besar - ditumbuk.
1cm halia - ditumbuk.
Sup bunjut.
2 kiub ayam.
Air rebusan ayam.
Minyak untuk menumis.
Daun sup.

Cara-cara:
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau.
Masukkan sup bunjut, air rebusan ayam dan kiub ayam.
Garam secukup rasa.

Okeh, tu je bahan-bahan dan cara-cara nak masak nasi ayam. Nampak macam rumit, macam banyak sangat bahan-bahan. Tapi kalau korang perasan semuanya guna air rebusan ayam. That is my secret weapon. Ngehngehngeh.. 

Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

January 14, 2015

Ephyra Skin Bar Best Ke?

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah blog SukaGelak terpilih untuk mencuba produk terbaru keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd iaitu Ephyra Skin bar.

Kalau korang nak tau, kulit SukaGelak ni kalau dah keluar jerawat memang lama dan kesan die bukan main lama lagi nak hilangkan. Macam-macam SukaGelak buat. Sampai rasa nak putus asa dah.

Tapi lepas SukaGelak try skin bar ni, rasa macam nak melompat-lompat happy sebab kesan hitam jerawat dah beransur hilang. Walaupun masih nampak lagi, tapi bila guna berterusan InsyaAllah lama-kelamaan kesan tersebut akan hilang.


Haaa, korang nampak tak perbezaan yang ketara sangat tu. Kesan hitam bekas jerawat hampir hilang. Rasa seronok sangat-sangat. Tak pernah terfikir yang kulit muka SukaGelak ni boleh bersih semula.

Ni ade 1 rahsia nak bagitau. SukaGelak bahagi dua dabun ni, 1 untuk muka 1 lagi untuk badan. Hasilnya sangat puas hati. Kalau korang jenis yang badan berbau, SukaGelak memang recommend sabun ni dekat korang. Dahlah wangi, boleh tutup bau yang tak sepatutnya pulak tu.

Tu rahsia yang pertama, rahsia yang kedua pulak, sebagai seorang ibu yang dah 5 bulan bersalin, kesan stretch marks memang susah nak hilangkan. Nak sental kuat2 dekat perut sakitlah pula. SukaGelak cuma usap dengan penuh kasih sayang dekat perut, alhamdulillah kesannye semakin pudar. Kena buat dengan sabar ye kengkawan. InsyaAllah korang akan berpuas hati.

Berminat ke nak beli sabun ni? Okeh, detail boleh tengok dekat bawah ni ye.

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

January 13, 2015

Muhammad Firash Warded

Assalamualaikum semua, macam lemau je naik taip entri hari ni. Tapi nak taip juga sebab minggu ni entri tak berapa nak ade.

untuk pengetahuan korang, ayat kat atas tu dah taip dari hari Khamis minggu lepas. Sungguhlah tak cukup masa nak menaip kat blog ni. Huhuhu..

Muhammad Firash masih lagi warded. Still berkahak lagi. Macam-macam cara dah buat kat sini. Lastly ade jugak improvement nye Walaupun sikit. Alhamdulillah, syukur sangat.

Degil sungguh kahak dalam tekak firash, tak mau keluar. Dalam 7 hari kat wad ni, cuma sehari je die muntah. Yang lain semua die telan. So, mama terpaksa lah gunakan teknik tepukan untuk keluarkan kahak dia.

Tapi, yang keluar cuma sikit je. Kire oke la jugakkan. Sekarang ni cuma berharap firash cepat sembuh. Macam tau-tau je cuti mama dah renew yek. Takpelah sayang. Yang penting anak mama ni sihat walafiat. InsyaAllah..




January 5, 2015

Muhammad Firash 5 Bulan


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Isnin. 

Sekejap je rasanya masa berlalu. Dah 5 bulan dah budak montel ni. 
Rasa macam die masih lagi dalam perut. Hehe.

Sebenarnya sampai sekarang ni masih lagi tak percaya yang SukaGelak dah beranakkan Muhammad Firash ni. Bila die tidur, suka belek-belek dia. Terkilan tak dapat tengok perkembangan dia hari-hari. Membesar dengan sihat ye sayang. Mama sentiasa doakan awak sihat selalu. Jangan nakal-nakal duduk dengan ayah tau. Weekend mama balik ye.

Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan Allah bagi. 
Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign