Kasih Juju: March 2015

March 30, 2015

Segmen Topup Giveaway by SukaGelak

SEGMEN TAMAT
--------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua.
Harini SukaGelak nak buat giveaway. Rasa nervous pulak sebab dah lama tak buat segmen. 
Harap-harapnya ramailah yang sudi menyertai segmen SukaGelak kali ni. 
Okeh jom tengok syarat-syarat yang super simple ni :)

Syarat-syarat
1/ Wajib follow blog SukaGelak.
2/ Buat entri bertajuk "Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak"
3/ Masukkan banner segmen dan link kan ke sini semula.
4/ Wajiblah publish.
5/ Tinggalkan link di ruangan komen.

Tu je syarat yang super duper simple. Mane yang korang rasa tak simple sila bagitau SukaGelak yek :)
Korang nak tau ke hadiah apa yang suka gelak nak bagi?
Jeng jeng jeng..

Hadiah
Topup RM10 x 3 pemenang.
Topup RM5 x 4 pemenang.

Encik random akan digunakan untuk sesi pemilihan pemenang.
Segmen ini akan berlangsung selama seminggu bermula hari ini 30/03/2015 sehingga 05/04/2015 jam 11.59 malam.

Harap-harap ramai yang sudi join :)

March 25, 2015

Fesyen Baju Terkini

Assalamualaikum korang. Sekejap je dah masuk hari Rabu kan. Untuk orang yang makan gaji macam SukaGelak ni mesti hari ni boleh tarik nafas panjang sebabnya gaji dah masuk. Yahoooooo. Bila gaji dah masuk, tangan pun macam gatal je nak shopping online kan. Laju je masuk website Zalora. 

Bila masuk website Zalora, terus blur-blur. Baju ape aku nak beli ni. Baju ni trending ke tak? Eh, eh banyak pula soalannya. Yelah kan, mana boleh main sembarang je nak beli. Karang tak cantik buat rugi masa, duit je kan. 

Okeh, let's check it out.
---------------------------------------------------------------------------------
Apakah Fesyen Baju Terkini?
Apabila bercakap mengenai trend fesyen baju terkini, sememangnya industry fesyen sentiasa meriah dengan kemunculan koleksi pakaian yang menarik dan trendi! Jika dahulu, trend pemakaian skinny jeans pernah menjadi fenomena, diikuti pula dengan trend midi skirts dan peplum tops, kini muncul lagi beberapa trend fesyen baju terkini yang juga semakin digemari oleh para penggemar fesyen seperti berikut:

Jumpsuit
Jumpsuit bukanlah fesyen pakaian yang baru dikalangan para pengikut fesyen, namun sejak akhir-akhir ini, trend jumpsuit kian menambat perhatian semula. Terdapat juga jumpsuit berlengan panjang yang sesuai dipakai untuk wanita bertudung.

Maxi dress
Begitu juga dengan trend maxi dress atau shirt dress yang turut menjadi kegilaan para Muslimah Hipster. Selain daripada rekaan dress yang mengikut trend, shirt dress juga amat selesa dipakai untuk ke mana sahaja!

Kimono Cardigan
Seterusnya adalah kimono cardigan yang biasanya dipakai sebagai outerwear oleh gadis-gadis berhijab. Kimono cardigan ini mempunyai ukuran bukaan lengan yang luas dan biasanya boleh ditemui dalam corak berbunga.

Tail Blouse / Loose Tops

Dan yang terakhir sekali adalah tail blouse atau loose tops yang sering dipakai bersama padanan jeans atau skirts. Jenis blouse ini bukan sahaja sesuai dipakai oleh gadis bertudung kerana mempunyai potongan yang longgar, malah turut menjadi fav mereka yang tidak bertudung juga!
---------------------------------------------------------------------------------
Amacam? Dah dapat idea lom nak pakai style yang macam mana? Kalau nak cuci mata, korang boleh pergi dekat website Zalora yek.
Jangan malu-malu okeh. Sama-samalah kita cantik dan bergaya :)

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

March 16, 2015

Mana Mungkin - Black


Lirik Lagu - Mana Mungkin - Black
Mana mungkin ku terima
Bila kau menyintai yang lain
Mungkin engkau sukar menentukannya
Adakah diriku atau kekasihmu

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana mungkin aku ini
Meneruskan memendam kecewa
Usah kita teruskan percintaan
Kembalikan aku pada ketenangan

Tak usah kau mengerti
Tak perlu kau sedari
Kerana engkau tahu jawapan sebenar

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti yang akan mengetahui semua

March 13, 2015

Menang Google Lottery..Yeayyy

klik gambar untuk lebih jelas
klik gambar untuk lebih jelas
Assalamualaikum semua pembaca blog SukaGelak. 
Harini SukaGelak nak kongsi sikit pasal email yang SukaGelak dapat ni.
Kemain seronok lagi bila dapat email ni. Rase macam nak beli rumah banglo sebijik dekat KL ni. Tapi kalau tengok daripada jumlah yang tertera tu ada banyak lagi balance. Haha

Okeh, korang jangan nak menganga sangat ye kalau dapat email yang macam ni. Email ni sama sekali FAKE dan SCAM.
Tolonglah jangan percaya bulat-bulat. Kalau nak percaya pun percaya petak-petak. Haha.. Kemain rajin lagi orang ni menipu. SukaGelak dah merayau dekat google.com. Diorang tak pernah buat mende ni. So korang jangan gata-gatal nak email balik detail yang diorang minta tu ye.

Takkanlah diorang ni baik hati sangat nak bagi korang duit selambak macam tu kan. Mesti akan ada sesuatu yang diorang akan mintak. Taktik terbaru ni. Peringatan juga untuk diri sendiri.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

March 12, 2015

Hadiah Dari My Beauty Herbs Dah Sampai

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, murah rezeki SukaGelak bulan ni. Tersenarai dalam list yang bertuah untuk mencuba produk dari My Beauty Herbs ni.
Terima kasih jugak dekat sis Mia Liana yang menganjurkan segmen giveaway haritu.
Korang nak tau ke hadiah apa SukaGelak dapat?
Meh usha gambar kat bawah ni.

Whitening Intensive Booster

Ha... Tak sabar nak tunggu kulit muka cerah, Hehe.
Nantikan entri review dari SukaGelak sebulan dari sekarang ye.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.



March 11, 2015

Lirik Lagu Mojo - Dahsyat


Jom layan lagu ni sampai muntah :)

Lirik Lagu Mojo - Dahsyat
Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

March 10, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



March 5, 2015

Kenapa Kecewa Dengan Zalora?

Ini adalah sambungan daripada entri "Kecewa Dengan Zalora"

Kalau belum baca, silalah baca ye.
Sebagai pembeli tegar dunia online ni, SukaGelak rasa terpanggil untuk sama-sama menyedarkan pengguna mengenai kualiti barang yang kita beli.
SukaGelak rasa sangat tertipu bila barang tu sampai. Sekali imbas dah nampak. Nak pegang pun rasa geli. Terus perasaan kecewa tu datang membuak-buak.
Sepatutnya pihak Zalora lebih prihatin dengan produk yang mereka jual. Kalau korang ni jenis yang sort item ikut low price first mesti korang pun akan berkenan dengan produk tu.
Bila dah dapat produk tu, terus SukaGelak cek description product tu. Memang tak dinyatakan langsung. Bila SukaGelak tengok brand yang sama, cuma patern yang lain memang jelas nampak 3 titik tu. Mengucap panjang SukaGelak.

Adik-adik kakak-kakak kat luar sana, jom kita belajar kenal produk yang ada pig skin. Selalunya yang ada pig skin ni kasut , sandal ataupun beg tangan, purse.

Corak sama macam sandal yang SukaGelak beli haritu. So, memang sahlah kulit haiwan tersebut.
Yang ni pun sahih pig skin.

Memang kecewa sesangat bila dah terbeli produk pig skin ni. Macam kata pembaca blog SukaGelak kat bawah ni :
Setuju sangat-sangat dengan beliau. At least mark dekat description yang produk tu diperbuat daripada pig skin. Sekurang-kurangnya pembeli Islam akan aware. 

SukaGelak rasa ramai pembeli Zalora ni majoritinya Islam. Jadi Zalora seharusnya lebih berhati-hati dengan produk yang mereka keluarkan. Siapa setuju dengan SukaGelak sila angkat tangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
(Picture source from google.com)

March 4, 2015

Wordless Wednesday #33 - Blog Security

Hahaha, gelak dulu. 
Nampak tak? Entah mood apa merasuk harini, rajin sangat nak follow blog. Sampai google bagi warning. Hehe, kita rehat dulu yek. Sambung kejap lagi pulak.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


instagram id : instagram.com/helmijulia

Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Wordless Wednesday #32 - Kawan Atau Sahabat

Kita dalam golongan yang mana?

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign