Kasih Juju: April 2015

April 29, 2015

Blog Kena Kutuk

Wah!! siapa yang berani kutuk blog sukagelak ni? kemain lagi korang ye. korang sepatutnya tinggalkan sekali contact number supaya sukagelak boleh kenal dengan korang.

hehehehe.. korang ingat sukagelak marah ke? owh tidak. sila jangan salah sangka. sukagelak sayang dekat korang ni. dan sukagelak tau korang pun sayang dekat sukagelak kan. kalau tak takkan lah korang tinggalkan komen macam tu kan? kan? kan?

korang nak tau kekomen apa yang dia tinggalkan? meh tengok gambar dekat bawah ni.
print screen ni dari result poll nuffnang dekat blog sukagelak. sukagelak hargai sesangat komen yang macam ni. kalau takde komen macam ni kang sukagelak main syok sendiri je kan dalam dunia blog ni. terima kasih banyak-banyak dekat hamba Allah yang sudi tinggalkan komen sedemikian.

kalau korang pun nak tinggalkan komen-komen dekat poll nuffnang tu, boleh klik macam gambar yang sukagelak dah print screen kat bawah ni.
klik je butang + tu. lepas tu korang boleh jawab soalan-soalan yang muncul. dari situ sukagelak boleh perbaiki lagi mutu persembahan blog sukagelak ini.

terima kasih dekat korang sebab sudi jawab poll nuffnang ni. :)
wassalam.

April 28, 2015

Pengalaman menaiki KLIA Ekspress

Assalamualaikum semua.

Harini SukaGelak nak kongsi pengalaman naik KLIA ekspres. Untuk makluman korang, sukagelak tak pernah pun naik mende tu. Takat naik star lrt ke komuter ke putra lrt tu ade la jugak pengalamannye. Haha..nampak sangat ni baru first time nak pegi KLIA. Ciss, korang jang nak gelakkan sukagelak tau. Hehe.

Flight sukagelak berlepas pukul 7.05 pagi. So, sukagelak keluar rumah pukul 4.30pagi. huhu..kanmain awal lagi bangun tido. Naik teksi ke KL sentral. monorel yang pertama skali bertolak jam 5.00pagi. Jadi memang dah cantiklah timing sukagelak tu. sampai-sampai je terus beli tiket dekat kaunter. ingat nak check in skali. tapi disebabkan naik air asia, tak boleh pula nak check in kat kl sentral. okeh, pasrah je la.

Meh sukagelak share dengan korang jadual perjalanan monorel dari kl sentral ke klia 2.


ni plak harga tiket.
Keluar dari monorel ni, boleh terus naik escalator ke tingkat 3 tempat untuk kaunter check in. Senang. Tak payah pusing-pusing KLIA2 tu. kemain luas lagi tempat ey. 

Okeh la, harap-harap entri ni dapat bagi korang info. Untuk rujukan sukagelak juga. kalau korang nak maklumat lebih lanjut lagi, boleh klik link website diorang ---> http://www.kliaekspres.com/

terima kasih sudi baca.
wassalam :)

April 27, 2015

Resepi Kek Coklat Dalam Cawan atau Mug

Amaran : Resepi ini terlalu mudah sehingga anda akan mencubanya banyak kali.

Resepi:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk koko
secubit soda bikarbonat
secubit garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu
1 biji telur
sedikit esen vanila
1 sudu minyak

Cara-caranya:
1/ Gaulkan semua bahan dalam mug yang korang nak guna.
2/ Masukkan dalam microwave. Pusing 2 minit.
Siap.

Sekejap je dah siap buat kek ni. Yang nampak berkilat dekat atas kek tu sebab SukaGelak letak coklat cair. Ha, nak tau kenapa SukaGelak letak lagi coklat tu? Sebabnya tak manis. Haha, sesuka hati kurangkan gula. Hamik ko. Tawar je rase eh.

Ade kemusyikalan, tinggalkan dekat ruangan komen ye :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 23, 2015

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum korang, nak ajak korang join giveaway ni. banyak hadih best tau.
eh, eh, kenapa sukagelak beria-ia ajak korang join giveaway ni?
sebabnya sukagelak sponsor hadiah ga ni. ngeeee.... nak tau ke apa hadiahnye?
ha, korang kene join dulu. baru tau ape yang sukagelak sponsor.
okeh, janji tau join ga ni. kalau tak, takmo kawan korang (T.T)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


April 21, 2015

Pertama kali buat passport

Haha, korang jangan nak gelakkan SukaGelak ye. Biar SukaGelak gelak sensorang. Kenapa nak gelak-gelak ni? Sebab eh dah tua baru nak buat passport. Nampak sangat tak pernah travel luar dari Malaysia. Usahkan luar Malaysia, Sabah dan Sarawak pun tak sampai lagi. Ha part yang ni memang kene sedih. Orang lain dah pegi banyak kali kot. Ish ish ish.. Kena kumpul duit ni.

Okeh, meh SukaGelak nak share pengalaman buat passport. SukaGelak buat passport dekat Kukup, Pontian. Macam tak glamer je nama tempat tu kan. Tapi kalau korang nak tau, kat sinilah tempat tak ramai orang. Sampai je kaunter terus naik nombor. Suasana pun lengang jek.
smileeeeee
imigresen kukup. (pic source:google.com
Korang cuma perlu bawa salinan fotostat kad pengenalan sahaja. Gambar tak perlu bawak sebab diorang akan snap terus gambar dekat kaunter tu. So, make sure korang mekap dulu sebelum datang ye. Yang pakai tudung tu sila pakai warna yang gelap sikit ye.

Lepas siap urusan dekat kaunter kene tunggu sejam pulak. Kalau korang google pekan Kukup tu tak ada apa yang menarik pun. SukaGelak lepak dekat kedai makan je. Tapi tak tunggu sampai sejam pun. Bawak budak kecik. Dah nak meragam. Tu yang terus serbu kaunter. Dah siap rupenya. See, tak payah tunggu sejam pun.

hah, jangan tanya kenapa mendongak masa amik gambo ni. yang amik gambo tu suruh dongak sikit, sukagelak pulak pegi dongak banyak. hamik ko. tembam giler nampak gambo tu T.T
Okeh, passport dah siap. Dah boleh travel. Yahoooo..
Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)


April 20, 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Harini SukaGelak nak share dengan korang hasil yang SukaGelak dapat setelah sebulan menggunakan produk dari My Beauty Herbs ni. 

Jom kita tengok dulu apa yang kita dapat kalau beli set Whitening Intensive Booster ni:

Pakej produk mengandungi :
MBH Whitening Booster Soap
MBH Whitening Booster Day Cream
MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

MBH Whitening Booster Soap
Diperkaya dengan Marine Plant Stem Cell, Glutathione, Collagen, Pearl Powder, Vitamin C, Vitamin E, Rice Extract dan nutrisi tumbuhan laut yang berkesan mengekalkan keanjalan kulit muka serta membersihkan kulit muka.
  • Membersih, mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan kulit
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menanggalkan bintik hitam
MBH Whitening Booster Day Cream
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Kulit nampak cerah dan licin
  • Menegangkan kulit wajah
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Melembut dan melicinkan kulit wajah
  • Menganjal dan menghaluskan kulit
  • Menyerikan wajah kusam
  • Wajah lebih sihat dan lebih muda
MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
  • Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Melembabkan dan menyegarkan wajah
  • Mengurangkan liang roma terbuka dan perbaiki tekstur kulit
  • Menjadikan tona lebih sekata, lembut dan berkilau

Okeh, jom tengok gambar testimoni dekat kulit SukaGelak.

Sebelum
klik gambar untuk lebih jelas
Selepas
klik gambar untuk lebih jelas
Amacam? Nampak tak perubahan yang ketara dekat muka SukaGelak?
Bagus kalau korang nampak. Tapi korang tau ke apa yang SukaGelak rasa? Ha meh sini SukaGelak share.


  • Mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.

  • Anti penuaan dan meremajakan kulit.
  • Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit.
  • Pembaharuan sel kulit baru dalam 1 minggu.
  • Pencerahan seawal 3 hari.
  • Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
  • Memperbaharui sel-sel kulit mati.
  • Membantu menegangkan kulit.
  • Membekalkan mineral, nutrisi dan asid amino.
  • Berfungsi sebagai anti penuaan.
  • Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan.
  • Melembabkan dan menyegarkan wajah perbaiki tekstur kulit.
  • Menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau.
  • Melindungi daripada sinaran  UV.
  • Kulit nampak cerah dan licin.
  • Menegangkan  kulit wajah.
  • Menganjal dan menghaluskan kulit.
  • Menyerikan wajah kusam
  • Wajah lebih sihat dan lebih muda.

  • Harga produk ni sangat mampu milik tau korang. Cuma RM69.90 SM / RM79.00 SS. 
    Pose terakhir sebelum tutup entri . boleh jadi duta tak? hahahaha
    Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


    April 19, 2015

    Kelebihan Berpuasa Pada Bulan Rejab

    PERHATIAN : INI ADALAH ENTRI RE-PUBLISH :)
    ------------------------------------------------------------------------------------------------
    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

    Harini SukaGelak nak berkongsi kelebihan puasa pada bulan Rejab.. Rase sekejap je kan masa berlalu. Lagi 2 bulan dah nak puasa. Lepas tu raya.. Yeayyy.. Wah.. Sukanye bile cerita pasal raya.. ( Ehem hem hem.. Puasa tahun lepas dah habis ganti lom?? )

    Memandangkan besok (20/054/2015 ) merupakan 1 Rejab 1435H, SukaGelak nak kongsi sikit ilmu pasal bulan Rejab.



    Maksud hadis Rasulallah mengenai kelebihan berpuasa pada bulan Rejab adalah seperti berikut :-

    1/ Berpuasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

    2/ Berpuasa 2 hari - Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

    3/ Berpuasa 3 hari - Dijauhkan dugaan dunia, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

    4/ Berpuasa 4 hari - Diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

    5/ Berpuasa 5 hari - Aman dari azab kubur.

    6/ Berpuasa 6 hari - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya.

    7/ Berpuasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.

    8/ Berpuasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

    9/ Berpuasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru kalimah  "Laillahaillallah" dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.

    10/ Berpuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

    11/ Berpuasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3 000 tahun.

    12/ Berpuasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10 000 tahun.

    13/ Berpuasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 100 000 tahun.

    14/ Berpuasa 16 hari - Dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di syurga.

    15/ Berpuasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

    16/ Berpuasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

    ---------------------------------------------------------------------------------------

    Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya, sama seperti dia berpuasa 3 000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika Al-Quran dinaikkan ke langit (suhuf), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

    Sedekah pada bulan Rejab seumpamabersedekah seribu dinar, dituliskan kepada setiap helai bulu roma 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapuskan 1000 kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

    ---------------------------------------------------------------------------------------

    Subhanallah.. Inilah masanya kita nak menggandakan amalan kita di dunia.
    Semoga Allah swt. menerima setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini.
    Insyallah.

    Wassalam.

    Source : Info Bulan Rejab

    April 17, 2015

    IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015


    Assalamualaikum semua.
    Korang, jom join giveaway ni. Syarat die simple jek. Cuma letakkan link sponsor.

    Klik je banner segmen tu yeh. Harap-harap bertuah :)

    Terima kasih sudi baca. Wassalam.

    April 15, 2015

    Jom Sertai Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs


    Tag Kawan :

    Tarikh akhir : 30 April 2015

    Guys, jom join giveaway simple ni. Senang je syarat-syaratnya. 
    Klik je dekat banner kalau nak join ye :)

    April 14, 2015

    Lirik Lagu Melankoli - Azlan & The Typewritter


    Melankoli - Azlan & The Typewritter
    picture source: google.com
    Benarkah rasa ini meminta hatiku
    Terus dambakan apa yang kumahu
    Tapi tak mungkin ada
    Baki sisa manis darimu
    Haruskah aku

    Mungkinkah masih ada serpihan darimu
    Sedangkan aku pun harus menunggu
    Mengusik isi hati
    Memendam rasa yang tak pasti
    Walaupun tahu apa sebaliknya

    Apakah aku yang berdosa
    Menyentap apa yang kau kata
    Di mana kesal yang kau sangka luka

    Apakah aku yang bersalah
    Pertaruhkan segala-gala
    Di mana garis tiada hujungnya

    Dia membakar hatiku
    Nyalakan nyawa yang terkurung
    Dia menghentam jiwaku
    Hidupkan hati yang kabur
    Biarkanku bersamanya

    Biarpun ini mustahil bagi diriku
    Rentak matamu berlalu di kalbu
    Dia menghentam jiwa
    Hidupkan hatiku yang buta
    Biarlah aku terus bersamanya

    Apakah aku yang berdosa
    Menyentap apa yang kau kata
    Di mana kesal yang kau sangka luka

    Apakah aku yang bersalah
    Pertaruhkan segala-gala
    Di mana garis tiada hujungnya

    Dia membakar hatiku
    Nyalakan nyawa yang terkurung
    Dia menghentam jiwaku
    Hidupkan hati yang kabur

    April 10, 2015

    Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


    Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
    Syarat-syaratnya :

    Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

    Jom join giveaway adik comel ni. Klik je dekat banner segmen tu ye.

    Ni hadiah yang bakal dimenangi.

    Wang tunai RM30 [Gnor.gnur]
    Wang tunai RM20 [yanayani]
    Wang tunai RM20 [yana]
    Wang tunai RM10 x3 [Zaidatulazney]
    Wang tunai RM10 [Khaty]
    Wang tunai RM10 [sitiliza.aufa]
    Wang tunai RM10 [ikazulaikha]

    2 dress and 1 bawal ruffle x1 [nurul]
    Tudung x1 [embun]
    Rempah ayam tandoori x1 [embun]
    Tudung bawal sequin x5 [mrspuex] 
    Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

    Mula :9 April 2015 (8.30 PM)
    Tamat : 16 April 2015 (8.30 PM)

    April 8, 2015

    Pemenang Segmen Topup Giveaway by SukaGelak

    Assalamualaikum semua.

    Firstly SukaGelak nak minta ampun banyak-banyak sebab lewat umumkan pemenang giveaway ni. Banyak sangat aral yang melintang pukang. Apa pun, dapat jugak SukaGelak mencuri masa melayan encik random.org
    Okeh jom tengok nombor siapa yang bertuah tu.

    Topup RM10.00
    16
    14
    4

    Topup RM5.00
    7
    19
    23
    32

    Tahniah kepada yang bertuah. Anda diberi masa sehingga hari Ahad untuk menuntut hadiah anda. Sila tinggalkan detail anda dekat facebook SukaGelak.

    Sila nyatakan 
    Nama :
    Link Blog :
    Nombor Blog :
    Hadiah yang dimenangi :
    Jenis Prabayar :

    (Perhatian : SukaGelak akan kumpulkan semua detail pemenang dahulu dan kemudian barulah hadiah akan di 'distribute' ye.)

    Wassalam.

    April 6, 2015

    Contest Buy AVON Online.


    Jom meriahkan GA ni. 
    Klik je dekat banner tu ye.
    Tarikh tamat 30/04/2015.

    Segmen Tamat : Senarai Peserta Segmen Topup Giveaway by SukaGelak

    Alhamdulillah, tamat sudah segmen yang SukaGelak anjurkan.
    Seramai 36 orang blogger dah men'joinkan diri. terima kasih banyak-banyak SukaGelak ucapkan dekat korang. Korang memang sporting.
    Minta semua peserta cek link masing-masing ye.
    kalau ada yang tertinggal cepat-cepat inform SukaGelak tau. 

    Senarai peserta :
    3/ http://adna2029.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    4/ http://ceriterahidup97.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    5/ http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    6/ http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    7/ http://yangbaik.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    8/ http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    9/ http://ratupimples.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    10/ http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    11/ http://umikasum.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    12/ http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    13/ http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    14/ http://nanakimie.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    15/ http://norshamimi.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    16/ http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    17/ http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    18/ http://ibunoey.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    19/ http://fakmal0.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    20/ http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    21/ http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    22/ http://jombercontest.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    23/ http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    24/ http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    25/ http://cikash.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html?
    26/ http://luahansikhilaf.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    27/ http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    28/ http://myrzni.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    29/ http://syaza-applemints.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    30/ http://jueliana-koreanworld.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    31/ http://fatihahxoxo88.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    32/ http://cikcandysour.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    33/ http://twinkleeestar.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    34/ http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    35/ http://fuzamusa.blogspot.com/2015/04/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
    36/ http://nfs-onlinediary.blogspot.com/2015/04/topup-giveaway-by-sukagelak.html

    Wassalam.

    babab.net

    Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

    Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign