Kasih Juju: May 2015

May 27, 2015

Review Product - Sutra Wellness, Multipurpose Aromatherapy Spray

Assalamualaikum korang,

Harini nak kongsi pasal spray ajaib yang super wangi lagi mendamaikan ni.
Untuk pengetahuan korang, dekat work station sukagelak ni memang banyak nyamuk. maklumlah, nyamuk kan memang suka tempat gelap dan sejuk. dapat pulak tempat yang dah lama takde penghuni. memang bermaharajalelalah dia dekat bawah meja ni.
Hari-hari sukagelak dok komplen dekat sorang pakcik driver ni. gatal weh. nyamuk tu pulak yang jenis kaki belang-belang. silap haribulan boleh kena denggi ni. end up, pakci driver tu suggest dekat sukagelak spray sutra ni.

dalam hati was-was jugak. boleh ke spray ni halau nyamuk? tak cuba tak tau kan. okeh. kirim dekat pakcik tu. 1 botol 200ml rm20.00.

bila dapat je terus sukagelak spray. kemain wangi lagi bau die. siap boleh feeling ala-ala majlis kawen lagi tu. beli yang bau pandan. memang sebijik bau bunga rampai. teringat plak dulu potong daun rampai untuk majlis kawen sendiri. ihiksss.

spray waktu pagi dengan tengahari. konfirm nyamuk dengan lipas dan segala mak nenek serangga tu tak hinggap dah dekat kulit. orang yang lalu-lalang pun macam tertarik-tarik je nak tanya bau ape yang sedap sangat ni kan. nak buat kerja pun happy je.

bak kate pakcik driver tu lagi. lepas ni kalau nak beli lagi, kawan dia dah tak jual dah. kena la pandai-pandai cari sendiri. hoho.. terus sukagelak google pasal produk sutra ni. senarai ejen pun ade. okeh, takde masalahlahkan nak dapatkan spray ajaib ni.

korang pun boleh masuk website diorang dekat --> https://sutraromatherapy.wordpress.com/wellness/multipurpose-aromatherapy-spray/

ade banyak lagi bau yang lain. tapi sukagelak belum test lagi. tunggu spray pandan ni habis baru boleh try bau yang lain pulak.

okeh, sekian saja untuk harini.
terima kasih sudi baca.
wassalam :)

May 26, 2015

Barisan pelakon dia...isteri luar biasa

JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah ebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah


May 25, 2015

Blog Bertukar Wajah.

Assalamualaikum semua.

Bersempena dengan hari Isnin yang hujan ni, sukagelak dengan rajinnya meng'transform'kan blog tercinta ni. walaupun pening jugak main dengan coding ni, tapi sukagelak gighkan jugak. dan terhasillah muka baru blog sukagelak ni. rasanya loading blog macam ringan sikit. ape pendapat korang?
mintak tolong komen sikit yek. kalau nak komen panjang-panjang pun takde masalah. sukagelak akan publish sume komen korang. hehe.. tak sorok-sorok punya. promise :)

terima kasih sudi baca.
wassalam.

(template blog amik dekat --> http://www.bestbloggertemplates.net/)

Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

May 19, 2015

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

10 International Brands You Have Been Pronouncing Wrong

Assalamualaikum.

terjumpa artikel ni dekat internet. sambil sebut sambil gelak sorang-sorang. salah rupanya sebutan selama ni. boleh tambah ilmu pengetahuan jugak kan. nanti tak lah termalu sendiri kalau salah sebut.

tapi rasenye tak malu kot. sebabnya sukagelak tak pakai brand-brand mahal ni. kalau sebut pun macam sengaja je sebut salah.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

May 18, 2015

BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum semua.
Meh la join segmen sukagelak ni.
boleh kenal-kenal, jalan-jalan, tambah follower.

Klik je dekat banner segmen tu ye.
segmen expired 20/05/2015

terima kasih sudi baca.
wassalam.

Lirik Lagu : Potret - Akim and The Magistrate OST Dia Isteri Luar Biasa

Potret - Akim and The Magistrate (OST - Dia Isteri Luar Biasa)

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

May 16, 2015

Lirik - Cinta Yang Sempurna - Qanda


Cinta Yang Sempurna - Qanda
Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu

Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan ku tak mahu berpisah


Andainya ku hilang dalam cinta 
Suluhkanlah aku 
Dengan rasa yang sempurna 
Di dalam doaku 
Dan terus bersama dakapanmu cinta yang sempurna 


Andainya kuhilang dalam cinta
Pautkan kusenyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna


May 15, 2015

I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl


Syarat-Syarat Wajib
1. Tulis entry bertajuk I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl
2. Follow Blog ↓
seindahcerita , norminieza , mysweetzlife , syahirahvaliant , sallysamsaiman , fiqadira ,
 my exclusive boutique
3. Like Fanpage
my exclusive boutique , Erma VCO Treena Penang , Syahirahvaliant
4. Follow Instagram
@nieylanadia , @firna_shopaholic_online , @on9boutique , @sallysamsaiman
@nadhira_rosman ,
5. Follow Twitter
@nieylanadia , @pen_pensel , @norminieza , 
6. Jangan Lupa untuk tinggalkan URL penyertaan anda di kotak komen..
7. Pemenang akan di pilih secara random.org 



Hadiah GA Syira Lokman Dah Sampai

Assalamualaikum.

Nak share dengan korang ni. Haritu ade join GA dari syira lokman, Alhamdulillah menang pulak tu. Korang nak tau ke apa hadiah yang sukagelak dapat? meh usha meh.
Hah, hadiah sampai hari rabu, hari khamis terus pakai. nampak gelojoh sangat kan. cantik sangat tudung yang sukagelak dapat ni. hati meronta-ronta nak pakai.

Terima kasih dekat syira lokman sebab buat segmen ni. dan terima kasih jugak dekat Mrs Puex yang sudi jadi penaja hadiah segmen ni. Baik sangat die sebab bagi sukagelak choice hadiah.weee.. terima kasih banyak-banyak. korang pun jemputlah terjah blog beliau ye.

terima kasih sudi baca.
wassalam.


May 14, 2015

GMBM 1st GIVEAWAY 2015

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

May 13, 2015

D2D's First Giveaway by Edrina


Assalamualaikum...
Annyeong Haseyo...


Simple and easy GA. meh join ramai2 ;))
 D2D's First Giveaway by Edrina
D2D's First Giveaway by Edrina
CLICK BANNER UNTUK JOIN ;)
Syarat-syarat penyertaan ::
1. Blogger Malaysia
2. Follow Blog:-
3. Like fanpage:
5. Buat entry di blog anda bertajuk "D2D's First Giveaway by Edrina"
6. Copy coding yang disediakan, paste di ruangan html entry di blog anda dan publish entry tersebut.
7. Tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen di SINI
8. GA bermula pada 12.00AM, 9 Mei 2015 dan tamat pada 11.59PM, 9 Jun 2015

18 pemenang dicari dan pemenang ditentukan melalui Top Referral dan cabutan bertuah secara manual oleh penganjur sendiri
Senarai Hadiah:
• CASH RM20 (Top Referral)
• Bawal Zarazuri (x5)
• Bookmarks LE (x3)
• Topup RM10 (x3)
• Hot Perfume (x2)
• Alfafa Shaklee (x1)
• Barang Craft (x3)

Giveaway ini di'sponsor oleh:


Hotel Review - Ava Saigon Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam

Eh, eh, tiba-tiba nak buat review hotel ni ape kes? Ha, sebab haritu sukagelak memang pergi sana nak shopping semata-mata. Sebelum cerita bab shopping kat sana, sukagelak nak buat review hotel dulu.

Sukagelak nak recommend hotel ni dekat korang kalau korang ni memang jenis yang pergi sana kalau nak shopping je. Sebabnya dekat sangat dengan pasar ben thanh tu. Jom layan gambar bilik.



Kawasan hotel ni memang selamat. Petugas kaunter pun peramah. Sangat-sangat peramah. Sangat membantu jugak. Harga hotel pun murah je. Duduk 4 orang. 2 malam cuma rm318.58 je untuk 2 orang. Dibahagi pulak dengan 4 orang, seorang cuma perlu bayar rm80 untuk 2 malam. murah hoi. bilik pun besar. bilik mandi pun luas. 

Hari isnin tu, kami amik flight awal. pukul 9 pagi waktu vietnam dah landed. blur-blur sekejap sebab waktu check in hotel pukul 12 tengahari. penyudahnya main redah je pergi hotel dulu. mana tau dapat check in awal. dan nasib memang menyebelahi kami. receptionist tu cakap 'your room is ready. you can check in now or at twelve o'clock.' rasa macam nak melompat happy sebab dapat check in. tak sabar nak golek-golek atas katil. letih sebab pukul 4pagi dah bangun. main lumba lari lagi dekat KLIA2. penat wey.

Part yang paling best, hotel ni ade free laundry wei. 1 orang 1 persalinan. untung sangat-sangat. jarak dengan pasar ben thanh pun cuma 200 meter ataupun 3 minit je jalan kaki. tak payah naik teksi. buat kena tipu je nanti.

breakfast included. tapi kitorang cuma berani makan roti dengan telur rebus je. siap nak bagi sosej la bagai. tak lalu la wei nak makan. breakfast terus hantar ke bilik.

Gambar-gambar kat atas tu sukagelak amik dekat Agoda. Meh blanja gamba dalam bilik sekeping.
Hakhak.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

May 12, 2015

Muhammad FIrash Warded Lagi

Assalamualaikum semua.

Hari Rabu minggu lepas, suami bagitau si domok Firash punya nafas berbunyi kuat. Dalam hati agak mesti semput die nak datang balik. Risau sungguh masa tu. Maklumlah, tak dapat nak sama-sama pantau pernafasan dia. Penyudahnya petang tu suami hantar gambar kat bawah ni.
Ha korang jangan tertipu dengan keaadan tenang firash ambil neb tu. Sekejap je tengangnye tu. Lepas tu meronta-ronta tak mau sedut asap tu.

Malamnya suami bawak pulak pergi hospital. Tu pun lepas mak mertua desak sebab tengok firash dah nak sesak nafas. Amik neb 2 kali. Tengok nafas masih lagi laju. Penyudahnya kena tolak ke ward ler. Terpaksalah encik suami tu jaga anak dekat hospital. Mamanya tak berani nak drive malam-malam dari KL ke Kluang. Bahaya wooo. Karang kena follow ke, kena baling telur ke, naya je kan. Dah lah sensorang. Huhuhu.. Tak lena tidur dibuatnya.

Besoknya SukaGelak masuk ofis dulu inform bos nak cuti. Pukul 9 pagi gerak balik. Pukul 12.30 jugak sampai hospital. Bukan sebab jalan sesak. Memang nak tunggu waktu melawat.
Sampai-sampai jek tengok firash tengah amik neb. SIap tidur nyenyak lagi tu. Mak mertua cakap dari pagi dia tak tidur. Nak main je. Dah tengahari tewas jugak akhirnya. Encik suami tukar syif dengan mak dia sebab mata dah tak tahan katenye. Mengantuk giler sebab tak dapat tidur.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua firash warded. Masa mula-mula dulu 8 hari woi tidur spital. Ting-tong kepala jadinya. Tapi demi kesihatan anak, tak pe lah. Mama buat apa je janji firash sihat. Meh layan gambar firash kat spital meh.

Bukan main aktif lagi. tapi ruang nak golek-golek tak cukup luas. kepala asyik terhantuk besi je. hehe.. nak buat macam mana. awak tu 'gembeng' sangat.

Hari Jumaat dah boleh discharge. alahai, mamalah orang yang paling happy. dapat tidur atas katil. yahoo.. hahaha. disebabkan firash budak baik, mendengar kata, mama upah jalan-jalan pergi kenduri kawen dengan pergi Jusco Tebrau. Harap-harap lepas ni anak mama tak masuk hospital dah. sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, amin.
Terima kasih sudi baca.
jumpa lagi.
wassalam.

May 11, 2015

Lirik - Kun Anta (Be Yourself) – Humood AlKhudher

Kun Anta (Be Yourself) – Humood AlKhudher
Li ujarihim, qalladtu zhahira ma fihim
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Fabdautu shakhsan aakhar, kai atafaakhar
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Wa zhanan tu ana, anni bizalika huztu ghina
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
Fawajadtu anni khasir, fatilka mazhohir
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر

لا لا **
La nahtajul mala, kai nazdada jamala, jauharuna huna, fil qalbi tala la
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
لا لا
Nurdhin nasa bima la, nardhahu lana ha la, zaka jamaluna, yasmu ya ta'ala
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh
Kun anta tazdad jamala
كن أنت تزدد جمالاً

Ata qabbalhum, annasu lastu qalliduhum
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Illa bima yurdhini, kai urdhini,
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Saakunu ana, mitli tama man haza na
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Faqna ‘ati takfinii, zaka yaqini
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني

Saakunu ana, man ardha ana, lan as a'la liridha hum
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Waakunu ana, ma ahwa ana, mali wama liridha hum
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Saakunu ana, man ardha ana, lan as a'la liridha hum
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardha ana biridha hum
وأكون أنا، ما أهوى أنا، لن أرضى أنا برضاهم

| Translation |

In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior,
So I become someone else – just to boast
And I thought that through that I'd gained a fortune
But I found that I'd lost, for these are mere appearance

No no,
We don't need wealth in order to increase beauty
Our essence is here , in our heart it shines

No no,
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Be yourself and you will increase in beauty

I accept people but I don’t imitate them
Except for what I agree with, to satisfy myself

I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty

I'll be what I please to be
I won't seek their acceptance
I'll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance?

I'll be what I please to be
I won't seek their acceptance
I'll be whom I love to be
I won’t be pleased by their acceptance

May 6, 2015

Blogwalking Segment by juliajamaludindotblogspotdotcom

Assalamualaikum semua.
Harini mood rajin sikit nak buat segmen. Segmen simple-simple je. Meh join meh.
Bagi syarat yang simple-simple jugak. Tak mo susah-susah. Harap-harap ramai lah yang join segmen kali ni :)

Syarat simple-simple:
1/ Follow dulu blog SukaGelak.
2/ Create satu entri dengan tajuk 'BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM'
3/ Letakkan banner segmen kat atas ni lepas tu 'link'kan semula ke entri ini.
4/ Hantar link penyertaan anda hanya di ruangan komen entri ini.
5/ Dah join segmen ni korang WAJIB singgah dekat blog peserta-peserta lain jugak tau.

Ha.. Senang je kan. Segmen ni akan berlangsung selama 2 minggu.
Bermula dari hari ini 06/05/2015 hingga 20/05/2015 jam 11.59pm.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai peserta:

May 5, 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign