Kasih Juju: June 2015

June 26, 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Main Candy Crush Lagi Ke?

Assalamualaikum korang,

nak tanya ni. sapa yang masih main lagi game candy crush? mesti ramai yang dah uninstall kan. sukagelak masih main lagi game ni. haritu memang dah uninstall. tapi disebabkan tak minat dengan clash of clan sukagelak install balik game candy crush ni.

nak dijadikan cerita, dalam game ni kan ade yang kita kena mintak tiket dekat kengkawan facebook. sukagelak ni memang tak mintak pun dekat kawan. sebab boleh main offline untuk lepas episod tu. tapi dalam offline pun still boleh minta tiket dekat kawan. entah kawan mane ntah yang game ni bagi. tau-tau dah ade 2 orang bagi tiket. sukagelak pun layan lah jugak game yang offline tu.

main tak lepas-lepas. kalau lepas pun nak kene tunggu 24 jam baru boleh ke level seterusnya. sekarang ni candy crush dah tak bagi tukar-tukar tarikh. kalau tukar jugak nanti berjanggutlah nak tunggu nyawa tu penuh. dah terkena dah.

satu hari tu, masa nak main game ni tetiba candy crush bagi hadiah best. haha. baik pula hati diorang ni kan. hadiah tooth fairy tolong cukupkan tiket untuk ke episod seterusnya.

sukagelak dah masuk level 560. korang mesti dah lebih kan. oh ye, korang boleh tak suggest kan game yang best-best kat sukagelak? asik main kendi keras je jemu jugak.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

June 18, 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF



Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Syarat-syaratnya:

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
3. Follow Blog

4. Follow Instagram 
5. Like Fanpage

6. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.
Mudah je kan...?

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Doodle (Handmade) -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 19 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Terima kasih & Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua!

p/s : Kalau ada antara korang yg takde IG @ Facebook ke, masih boleh join...tapi kalau takde blog tak boleh la ye..hihihi

June 17, 2015

Imbuhan Tetap Perumahan dinaikkan

Putrajaya: Berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam gred 41 dan ke bawah akan menikmati kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.
"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 11:19 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58269#sthash.eVNvgCgm.dpuf

- google -

Bantuan Khas Kewangan 25 Jun ini


Putrajaya: Kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah untuk Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati oleh lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.
Menurutnya, kedua-dua pembayaran itu akan dibuat pada 25 Jun ini.

"Ia membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 11:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58265#sthash.LF3FN3uF.dpuf

Cara Mengerjakan Solat Terawih Sendirian di Rumah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, berjumpa juga dengan bulan ramadhan tahun ini. bulan yang penuh dengan keberkatan. bulan untuk berlumba-lumba kumpul pahala. malam ni pulak dah mula solat terawih. masjid dan surau semua akan penuh.

kat sini sukagelak nak share cara solat terawih di rumah. manelah tau kot ade yang balik kerja lambat pulak kan bulan puasa ni. tak susah pun nak buat solat terawih ni. tinggal rajin dengan tak je kan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Solat terawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan diluar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.

Nota:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya.
Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat ialah menjauhkan sikap riya'. Hal ini ditegah Allah: "Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk." (al-Ma'un : 6)

Niat solat terawih:
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah ta'ala.

Do’a sesudah shalat Tarawih.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ : اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًايُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ , اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ , اَللَّهُمَ اجْعَلْنَا بِاْلاِيْمَانِ كَمِلِيْنَ , وَلِلْفَرَائِضِ مُؤَدِّيْن . وَللِصَّلاَةِحَافِظِيْنَ , وَللِزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ , وَلِمَاعِنْدَكَ طَالِبِيْنَ , وَلِعَفْوِكَ رَاجِيِّنَ , وَبِاْلهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ , وَعَنِ اللَّغْوِمُعْرِضِيْنَ , وَفىِ الدُّنْيَازَاهِدِيْنَ , وَفىِ اْلاخِرَةِرَاغِبِيْنَ , وَبِالْقَضَاءِرَضِيْنَ , وَبِالنَّعْمَاءِشَاكِرِيْنَ , وَعَلىَ اْلبَلاَءِصَابِرِيْنَ , وَتَحْتَ لِوَءِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍصَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ , وَاِلىَ اْلحَوْضِ وَارِدِيْنَ , وَاِلىَ اْلجَنَّةِدَلخِلِيْنَ , وَمِنَ النَّارِنَاجِيْنَ , وَعَلَ سَرِيْرِاْلكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ , وَمِنْ حُوْرِاْلِعَيْنِ مُتَزَوِّجِيْنَ , وَمِنْ سُنْدُ سٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَّدِيْبَاحٍ مُتَلَبِّسِيْنَ , وَمِنْ طَعَامِ اَلجَنَّةِ آ كِلِيْنَ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًى شَارِبِيْنَ , بِاَكْواَبٍ وِّاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْن , مَحَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِْدِّ يْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِوَالصَّلِحِيْنَ , وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا , ذَلِكَ اْلَفَضْلُ مِنَ الله وَكَفىَ بِاللهِ عَلِيْم َ وَاْلحَمْدُ لله رَبِّالْعَالَمِيْن
“ALLAAHUMMAJ’ALNAA BIL IIMAANI KAAMILIINA. WALIFARAA-IDLIKA MU-ADDIINA WA-ALASH SHALAWAATI MUHAAFIDHIINA. WALIZZAKAATI FAA’ILIINA WALIMAA ‘INDAKA THAALIBIINA. WALI-AFWIKA RAAJINA, WABIL HUDAA MUTAMASSIKIINA. WA-ANIL LAGHWI MU’RIDLIINA WAFID DUNYAA ZAAHIDIINA, WAFIL AAKHIRATI RAAGHIBIINA, WABIL QADLAA-I RAADLIINA, WABIN NA’MAA-I SYAAKIRIINA. WA-ALAL BALAA-I SHAABIRIINA WATAHTA LIWAA-I SAYYIDINAA MUHAMMADIN SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WASAI LAMA YAUMAL QIYAAMATI SAAIRIINA WA’ALAL HAUDLI WAARIDIINA, WAFIL JANNATI DAKHILIINA. WA-ALAA SARIIRATIL KARAAMATI QAA’IDIINA. WABIKHUURIN ‘IININ MUTAZAWWIJIINA WAMIN SUNDUSIN WAISTABRAQIN WADIIBAAJIN MUTA-LABBISIINA WATHA’AAMIL JANNATI AAKILIINA. WAMIN LABANIN WA’ASALIN MUSHAFFIINA SYAARIBIINA BIAKWAABIN WA-ABAARIIQA WAKA’SIN MIM MA’IININ MA’AL LADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM MINAN NABIYYIINA WASH SHIDDIIQIINA WASY SYUHADAA-I WASH-SHAALIHIINA WAHASUNA ULAA-IKA RAFIIQAA, DZAALIKAL FADLLU MINALLAAHI WAKAFAA BILLAAHI ‘ALIIMA. WALHAMDU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN”.
Artinya :
“Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiM, mengharap ampunan-Mu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cobaan, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawahnaungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw, dan melalui talaga yang sejuk, masuk didalam sorga, terhindar dari api neraka dan duduk di tahta kehormatan, didampingi oleh bidadari sorga, dan mengenakan baju-baju kebesaran dari sutra berwarna-warni, menikmati santapan sorga yang lezat, minum susu dan madu yang suci bersih dalam gelas-gelas dan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat pada mereka dari golongan para Nabi, shiddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang shahih. Dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dari Allah SWT, dan kecukupan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam”.


Doa sesudah shalat Witir.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِمًا، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ.
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا، وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا اَللَّهُ، يَا اَللَّهُ، يَا اَللَّهُ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


“ALLAAHUMMA INNAA NAS-ALUKA IIMAANAN DAA-IMAN, WANAS-ALUKA QALBAN KHAASYI’AN, WANAS-ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN, WANAS-ALUKA YAQIINAN SHAADIQAN, WANAS-ALUKA ‘AMALAN SHAALIHAN, WANAS-ALUKA DIINAN QAYYIMAN, WANAS-ALUKA KHAIRAN KATSIIRA, WANAS-ALUKAL ‘AFWA WAL’AAFIYATA, WANAS-ALUKA TAMAAMAL ‘AAFIYATI, WANAS-ALUKASY SYUKRA ‘ALAL ‘AAFIYATI, WANAS-ALUKAL GHINAA-A ‘ANIN NAASI, ALLAAHUMMA RABBANAA TAQABBAL MINNAA SHALAATANAA WASHIYAAMANAA WAQIYAAMANAA WATAKHASYSYU ‘ANAA WATADLARRU ‘ANAA WATA ‘ABBUDANAA WATAMMIM TAQSHIIRANAA YAA ALLAHU YAA ALLAAHU YAA ALLAAHU YAA ARHAMAR RAAHIMIIN. WASHALLALLAAHU ‘ALAA KHAIRI KHALQIHII MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHII WASHAHBIHII AJMA’IINA WALHAMDU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN”.
artinya :
“Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu (mohon diberi) iman yang lenggeng, dan kami mohon kepada-Mu hati kami yang khusyu’, dan kami mohon kepada-Mu diberi ilmu yang bermanfaat, dan kami mohon ditetapkannya keyakinan yang benar, dan kami mohon (dapat melaksanakan) amal yang shalih dan mohon tetap dalam agama islam, dan kami mohon diberinya kebaikan yang melimpah-limpah, dan kami mohon memperoleh ampunan dan kesehatan, dan kami mohon kesehatan yang sempurna, dan kami mohon mensyukuri atas kesehatan kami, dan kami mohon kecukupan. Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah shalat kami, puasa kami, rukuk kami, dan khusyu’ kami, dan pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama shalat, ya Allah, ya Allah, ya Allah Dzat yang Maha Pengasih dan Penyayang, semoga Allah memberi kesejahteraan atas sebaik-baik makhluk-Nya yaitu Nabi Muhammad, atas keluarga dan semua sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam”.


(Doa source :http://mridhosblog.blogspot.com/2011/07/doa-sesudah-sholat-taraweh-dan-witir.html)

June 16, 2015

Homesick

assalamualaikum dan salam sejahtera.

harini nak cerita pasal homesick. okeh, sape kat sini pernah homesick? ha jangan nak memalu ye. sukagelak 100% yakin korang yang baru first time berjauhan dengan family mesti kena penyakit homesick ni. sekental mana pun korang, mesti teringat dekat rumah jugak.
nak share pengalaman pertama sukagelak kena homesick. masa tu form 5. family dah berpindah ke rembau. tapi sukagelak bitau parents yang sukagelak tak nak ikut pindah sekali. nak duduk hostel. risau tak boleh nak adapt dengan persekitaran baru. maklumlah, nak SPM waktu tu.

risau tak boleh terima persekitaran sekolah baru, risau subjek tak sama dengan cikgu sekolah ajar, risau tak de kawan. macam-macam lagilah yang risaunya. nak teruskan jugak sekolah dekat tempat lama.

hari pertama masuk hostel. malam tu elok je boleh gelak-gelak dengan member. besoknye bila nampak muka kengkawan mase dekat berek klawang terus merembes-rembes air mata. mula-mula bolehlah tahan. tapi lepas tu menangis tersedu-sedu. haha. kelakar betul bila ingat balik.

semua orang pelik mase tu. kenapa sukagelak nangis. yang duduk hostel pahamlah ape yang sukagelak rasa. tapi yang tak duduk hostel mesti kata, 'hoi apehal merembes-merembes macam budak kucik ni hoi'. kuangjak punye member. tapi sukagelak tetap nangis jugak.

bila dah puas nangis baru rasa lega sangat-sangat. lepas tu hari-hari seterusnya rasa macam tak nak tinggalkan hostel pula. haha.. ngedik sangatkan.

tu pengalaman pertama homesick. ade pengalaman kedua jugak ni nak share dengan korang.

disebabkan dah syok duduk hostel, sukagelak sambung form 6 pulak dekat sekolah yang sama. punyalah tak nak sekolah dekat tempat lain. nak duduk hostel sekolah yang lama jugak.

yang kagumnya, hari pertama berlalu dengan jayanya. ingatkan dah kebal dah boleh jauh dari rumah. tapi tak boleh tahan jugak rupenye. yang kelakarnya tengah makan karipap masa tu. makan sambil air mata meleleh. haha, memang lawak kate ko. siap pesan dah dengan kengkawa, kalau sukagelak nangis jangan tegur. buat-buat tak nampak je. hehe, memang diorang tak tegur pun. buat macam biasa.

sekarang ni dah takde homesick dah. hati dah kental. pengalaman memang banyak mematangkan keadaan. malulah kan dah besar-besar pun nak nangis jugak.

okeh, sampai sini dulu. jumpa lagi di lain lembaran.
terima kasih sudi baca.
wassalam.

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.

InsyaAllah hari Khamis ni kita semua akan mula berpuasa. Jangan lupa bangun sahur ye kengkawan. Jangan lupa baca niat puasa jugak. Baca sebulan punya terus. senang. Karang ade yang bagi alasan tak puasa sebab lupa baca niat pulak kan. Haha.. Adeh, ada lagi ke yang bagi alasan macam tu? Hoho.. Tak baik tau.

tahun lepas puasa dengan si kecik dalam perut. ingatkan dapat buat puasa penuh, tapi terpaksa ponteng 4 hari sebab risaukan si kecik tu dalam perut. rindu pula rasenye puasa masa mengandung. hehe.

anyway, selamat berpuasa semua. sebulan je puasa. lepas tu raya. yahooo.. haha macam budak kecik pula kan. takpe tolong eksaited kan untuk muhammad firash. die tak paham lagi. ahaks..

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

p/s : ini adalah entri republish dan telah di edit :)

June 11, 2015

Pertama kali berjauhan dengan anak

Sebenarnye entri ni dah lama dah duk dalam draf. tak dapat nak habiskan mengarang. sebabnya tiap kali nak sambung mesti air mata bergenang-genang. lama betul baru hati ni nak kuat.

cube korang banyangkan. lepas bersalin, 24 jam masa dengan anak je. nak tinggalkan sekejap pun rasa tak tentu arah. kalau boleh setiap masa nak belek anak je. haha.. kemaruk sangatkan.

masa awal-awal bersalin tu memang tak fikir langsung pasal kerja. menggunakan sepenuhnya cuti bersalin 3 bulan tu. hati pun aman damai je duduk rumah. tapi bila masuk bulan ketiga cuti bersalin hati dah mula gundah gulana.

mana taknye, sukagelak ni weekend housewife. mase berdua dulu jumpa husband 2 minggu sekali pun takpe. sekarang dah bertiga. macamanalah nanti nak berpisah dengan si kecik. niat awalnya nak bawak anak tu duduk sekali dengan sukagelak dekat kl ni. tapi tiap kali sukagelak cakap dekat husband, mesti ade je kes baby dengan taska. kena dera lah, yang meninggal pun ade. terus husband tak bagi bawak balik kl. duduk kampung je dengan husband and family dia.

susah betul nak terima hakikat masa tu. paling susah nak berjauhan dengan anak. hari-hari terfikir, boleh ke die tidur dengan ayah die, agak-agaknya die tercari-cari tak bau mama die ni. yang paling kesian, mesti die tercari-cari nenen mama die. ala kesiannye.

akhirnya, saat berpisah pun tiba. dari tengahari masa packing-packing barang air mata dah start berlumba lari. tak boleh nak stop. mengalir tak henti-henti. memang tak kuat betul nak tahan perasaan. 3bulan tak pernah jauh dengan anak. rindu bau die, tangis die. hoi memang menyentap kalbu.

sepanjang perjalanan balik kl air mata tak berhenti-henti keluar. sedih giler hoi. selalu kepit anak, ni kene kepit henpon jek. tu pun nasib baik dah kidnap baju busuk anak.

sampai jek rumah sewa kat kl si husband buleh pulak hantar gambar anak tengah mengaruk. dari elok-elok dah berhenti nangis boleh sambung menangis. sedih sangat tengok anak mase tu.

dibedung baru senyap. tak mengaruk dah. tapi husband cakap malam-malam die mencari jugak susu mama die. siannye dekat anak. mama mintak maaf ye sayang. tak dapat nak fully breastfeed awak. 

malam tu sukagelak pun sambung menangis. bila terjaga dari tidur rasa lain macam je. selalu ade tangan kecik menguis-nguis mintak susu. ni rase sunyi macam.. huwarghh... mama rindu firash.

okeh kengkawan. itu cerita 7 bulan lepas. sekarang ni mama firash dengan firash dah boleh terima hubungan jarak jauh kitorang. tapi mase tinggalkan die 5 hari die pandai merajuk jugak tau. mama panggil die tak mo pandang mama pun. amboi.. kecik-kecik lagi dah pandai merajuk ye.

mama harap mama dapat pindah kerja dekat dengan firash, dekat dengan ayah. tak larat dah mama nak berulang tiap-tiap minggu kl - johor. semoga ada sinar di sebalik kesusahan masa sekarang. InsyaAllah.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

June Mini Giveaway by Shyue Kim

JUNE MINI GIVEAWAY
[Click Banner]


Syarat-syarat penyertaan :
1. Buat satu entry bertajuk June Mini Giveaway by Shyue Kim
2.Copy + Paste code dibawah
3. Follow blog Shyue Kim dan Google + Shyue Kim
4. Follow IG @bonjour_qaseh @ciknurulcloset
5. Tag 2 blogger lain pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link entry GA dan nama IG anda diruang komen entry ini

Senarai peserta akan di update semasa ke semasa. Terima Kasih cuz sudi join GA yg tak seberapa ni. ^^

June 10, 2015

Trip to Sungai Mekong, Vietnam

Percutian ke Ho Chi Minh haritu tak hanya di fokuskan untuk shopping semata-mata. Macam bosan je kalau asyik nak shopping je kan. Dah alang-alang sampai kat tempat orang ni rugi pulak rasa kalau tak tengok-tengok tempat orang. Meh layan gambar dulu ye.
Pakej ke sungai mekong ni kitorang amik dekat hotel je. kemain malas nak pergi tempat tour guide. padahal kedai diorang sebelah hotel je. pakej yang sukagelak pilih ni non-halal tau. jadi memang dah standby siap-siap roti dengan air dalam beg. kalau ikutkan pekej ni termasuk makan tengahari.
Pukul 7.20pagi dah terpacak depan lobi hotel. pakej sungai mekong ni akan ambil masa separuh hari. dari pukul 7.20 pagi sampai 5 petang. jadi kalau agak-agak korang jenis kuat makan tu boleh stenby stok makanan banyak-banyak dalam beg ye. perkara penting dalam bas, selfie dulu. hehe. masa ni memang tak ramai lagi. sebabnya bas ni akan pergi ke hotel-hotel yang guna khidmat tour guide diorang ni, collect penumpang lepas tu baru gerak ke sungai mekong.
perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. agak jauh jugak sungai mekong ni dengan bandar ho chi minh. gambar kat atas ni pulak hentian untuk membuang apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan. kalau nak minum pun boleh jugak. memang ramai tourist dekat sini. lebih kurang 15 minit perjalanan sampailah kitorang dekat jeti yang akan bawak kitorang ke sungai mekong.


Gambar dekat atas ni tempat persinggahan pertama. tempat buat gula-gula kelapa. die tunjuk jugak step by step. rasa dia sama je macam gula-gula kelapa dekat malaysia ni. cuma die punya chewy-chewy sikit. lekat-lekat dekat gigi kalau makan.

mak siap suruh amik gambar pemerah kelapa tu. nak tunjuk dekat abah katenye. dekat rumah memang ade mende tu. tapi yang kecil punye. tak sangka pulak ade yang besar gedabak macam ni. mak nak suruh abah buat besar macam ni jugak. die cakap senang raya nanti nak buat dodol. haha.. menggagau la abah nak cari besi buat mesin pemerah santan ni.
Next, kami naik kereta kuda ke perkampungan ape ntah untuk makan tengahari. first time neh naik kereta kuda. haha, kesian betul kan. tapi macam yang sukagelak mention kat atas tadi, pakej ni non-halal. so kami makan je roti yang kami bawak masa dekat hotel. 

tak boleh nak tengok mat saleh tu makan. macam nak termuntah pulak rasenye. diorang ade jugak bagi nasi putih dengan telur rebus termasuk juga sayur goreng. tapi kami cuma usik telur rebus je. tak yakin wey nak usik yang lain-lain. dah tentu-tentu guna periuk kuali sudip nak masak yang tak halal tu. huh muntah hijau dekat situ jugak.

serius tak ingat nama tempat ni. tapi kalau korang layan running man, mesti korang pernah nampak tempat ni masa diorang main kejar-kejar kat walkway ni. haha. obses betul dengan running man. eksaited bercerita dekat muli, die boleh buat muke blur pulak. huh okeh fine.
tempat seterusnya ke sarang lebah. okeh, yang ni dekat cameron highland pun ade. siap bagi cuba teh campur madu campur bee pollen. jujur nak cakap. sukagelak bukan peminat madu. jadinya cawan yang kucik tu pun tak boleh nak habiskan. haha.. sadis betul.
Okeh, ni tempat last. perkampungan yang penuh dengan buah-buahan tropika. ni pun tak berape nak heran sangat sebab dekat malaysia pun banyak. ingatkan dapatlah makan durian vietnam. tapi dalam mimpi jela. haha.

penyudahnya seronok masa dekat atas sungai jek. pakej yang sukagelak ambil ni pakej separuh hari. kalau ambil pakej yang fullday die boleh bawak pergi floating market. okeh, next time kalau dapat pergi lagi nak pergi floating market pulak.

terima kasih sudi baca.
wassalam.



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

June 9, 2015

Cik Anon Menyerang Kembali

Assalamualaikum,

Hai cik Anon, dah lama awak tak serang blog kite. kite pun dah lama tak cek kewujudan awak dalam spam kite ni. rajin rupenye awak singgah blog kite yek.

anyway, terima kasihlah dekat cik anon sebab sudi tambah trafik blog kite. semoga kita jumpa lagi ye cik anon. nak delete semua ni. harap cik anon tak kecil hati dengan kite.

lebiu cik anon :-*

Wassalam

June 8, 2015

Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant

1. Buat entri yang bertajuk "Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant"
2. Copy banner dan pastekan dalam entri korang.
3. Korang boleh copy semua entri ni ataupun nak buat entri sendiri.
4. Backlinkkan
5. Dah siap? Submit dekat post ni je k.
6. Pastikan korang ikut semua syarat yang ditetapkan untuk berpeluang memenangi hadiah yang lumayan. Orang yang jujur ni selalu untung. So jadilah seorang yang jujur ye :)
7. Pemenang akan dipilih oleh Random.org

Due Date : 17 May 2015 - 17 June 2015 12 June 2015

June 2, 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
(klik banner kalau nak join ye)
Syarat²

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini. 

3. Follow Blog

4. Follow Instagram

5. Like Fanpage

6. Share Promo Sales
Akan diupdate kemudian

7. Masukkan link blog www.azhafizah.com di dalam bloglist untuk mengetahui update Giveaway nanti.


8. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Tempoh Giveaway berlansung selama 3 Minggu 3 hari
2 June 2015 (12:00am)- 26 June 2015 (11:59pm)

13 Pemenang di cari

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign