Dapat hadiah domain percuma setahun

Kasih Juju
Yeay, ramai yang teka hadiah yang saya menang semalam. Syabas untuk korang yang teka. Tapi takde hadiah la. Hehe.. Alert betul ye korang. Ni yang nak sayang korang ketad-ketad ni :)
Hadiah yang saya dapat adalah domain free selama setahun. Lepas setahun kena renew sendiri la ye. Tapi tak kisahlah sebabnya memang dah berazam nak tukar domain blog tahun ni. Tercapai juga akhirnya.

Yang seronoknya, pihak sponsor yang buatkan semua. So saya tak payah pening-pening nak tukar setting bagai-bagai. Dalam masa tak sampai 5 minit dah siap. Weeehuuuu...

Dan bermula tahun 2016, blog SukaGelak www.juliajamaludin.blogspot.com dah bertukar pada Kasih Juju www.kasihjuju.com.

Kalau korang nak tau kenapa saya pilih nama Kasih Juju ni boleh refer dekat entri segmen --> INI. Semuanya saya dah ceritakan dalam entri tu. 

Kasih Juju

Okeh, header yang tak berapa nak sedap mata memandang ni akan ditukar dari semasa ke semasa. Tak sempat nak buat. Minggu ni super duper sibuk. Hujung minggu dah nak pindah. Barang dekat rumah baru 60% kemas. yang dekat office ni satu ape pun tak usik lagi. Huwarghhh.. Ade sesape nak tolong tak?

Jumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi singgah ye kengkawan.
Wassalam