Segmen irrayyan | Sejarah Blog Kasih Juju

Kasih Juju
Segmen irrayyan | Sejarah Blog

Sejarah blog Kasih Juju

Untuk pengetahuan pembaca blog kasihjuju.com, pada asalnya blog ni bernama juliajamaludin.blogspot.com. Saya menang kontes SEO dan terus tukar domain blog ni. Alhamdulillah, tercapai juga impian nak tukar domain tahun ni.

Kenapa saya memilih nama Kasih Juju? Sebabnya saya memang seorang yang pengasih orangnya. Haha, sila muntah. Juju tu pula gelaran yang diberikan oleh teman-teman rapat. Untuk mengabdikan nama Juju tu, saya pun letaklah sekali dekat domain blog. Semoga terus diingati.

Pada awal penubuhan blog ini, saya tak berapa serius sebenarnya. Buat pun atas dorongan adik yang pada ketika itu belajar dalam jurusan teknologi maklumat. Dia menyarankan saya buat satu blog kerana kerja yang saya buat masa tu membolehkan saya untuk memuat naik entri baru setiap hari.

Kebetulan pula memang komitmen kerja saya tak tertumpu pada komputer. Jadinya sambil buat kerja hakiki saya boleh menumpukan perhatian pada entri blog. Memang bahagia sangat masa tu.

Tapi sekarang komitmen kerja dah lain. Kena jumpa pelanggan. Kena buat macam-macam. Harap-harapnya saya dapat mengekalkan blog tersayang ni sampai bila-bila. Sekarang pun tak sempat sebenarnya nak update entri. Tapi saya cari juga masa dan ruang untuk menaip. Alhamdulillah, siap juga satu entri. Yahoooo.

Kalau korang nak tau. Saya ni sejak dari zaman sekolah memang suka kumpul lirik lagu. Sampaikan buku untuk lirik tu je ade 2 ke 3 buah. Ha sape yang ade hobi macam saya sila angkat tangan. Hehe, kita geng.

Bila dah buat blog pun masih juga suka kumpul lirik lagu. Siap buat tab khas lagu tuh. kalau korang nak tau boleh klik tab Lirik dekat bawah header tu ye.

Okeh, rasanya tu saja buat masa ni. Korang kalau nak join segmen ni just klik je dekat header Mommy Irra tu ye. Till we meet again. Love ya.

Wassalam.