17 Februari 2016

Cara Masukkan Iklan Nuffnang Supaya Muncul di Mobile Phone

Assalamualaikum korang,

Ha korang yang setia dengan iklan nuffnang tu tau tak yang sekarang ni iklan nuffnang tu dah boleh muncul dekat smartphone korang? Okeh, kalau yang dah tau tu syabas diucapkan. Mana yang belum tau tu meh sini saya nak share cara-caranya.

Pertama sekali korang pergi dekat dashboard blog dan cari Template > edit HTML. Lepas tu dalam box yang ada banyak-banyak code tu korang klik Ctrl+F dan taip <body dan tekan enter.

Lepas dah jumpa perkataan tu, korang buka pula akaun nuffnang korang dan klik Manage Blogs > Add Mobile Ad seperti contoh gambar kat bawah ni.
Korang copy je code yang dah diberi dan paste di bawah <body (contoh seperti dalam gambar)
Dah siap klik save template. Kemudian korang cuba buka blog korang di smartphone masing-masing. Ada keluar tak iklan tu. Kalau tak keluar tu mungkin ada silap dekat mana-mana.
Contoh yang dah berjaya. Sekarangkan zaman smartphone. Kalau korang tengok statistik yang view blog korang pun mesti kebanyakkannya datang dari tablet dan android.

Harap-harapnya dengan pendekatan terbaru yang nuffnang buat ni dapatlah meningkatkan pendapatan kita  dalam bidang blog ni. InsyaAllah.

Good luck untuk korang. Sampai berjumpa lagi.
Wassalam.

10 ulasan: