Kasih Juju: Pasar malam di Ben Thanh, Ho Chi Minh, Vietnam

February 12, 2016

Pasar malam di Ben Thanh, Ho Chi Minh, Vietnam

Seriously, ini adalah entri yang dah lama terperam dalam draft. Hehe, macam biasalah. Tuan blog baru dapat wahyu nak update blog. Amik angin Kota Tinggi baru mood edit draft ni sampai.

Untuk pengetahuan korang, pasar ben thanh tu buka waktu siang je. Malam memang tak buka. Tapi kesibukkan bandar ni tak mati macam tu je. Ade pulak pasar malam berdekatan dengan pasar ben thanh tu. Memang suasana dekat situ sentiasa hidup je.

Sebab tu kalau korang plan nak pergi shopping dekat sini, korang survey dulu hotel yang berdekatan dengan pasar ni. Dapat yang 300 meter ke 500 meter kira walking distance lah tu. kalau dapat yang lebih tu, selamat bersenamlah yek.

Sejujurnya saya tak banyak ambil gambar dekat pasar ni. Sambil berjalan tu mata melilau jek tengok barang-barang yang diorang jual. Kebanyakkannya jual beg, souvenir, blouse. Kat sini takde kain cotton ye tuan-tuan dan puan-puan. Tapi kalau korang nak beli beg tarik, saya suggest kan korang beli dekat pasar malam ni. Macam biasalah. Boleh tawar-menawar.

Tengah kitorang ralit tengok barang, tetiba nampak ramai sangat peniaga lari bawak masuk barang dalam kedai. Panik jugalah masa tu. Ingatkan ade orang gaduh ke ape. Rupenya penguatkuasa datang. macam kat tempat kita jugakklah kisahnya. Siapa yang meniaga dekat kaki lima kedai, memang kena hangkutlah barang-barang tu semua.

Kalau situasi ni jadi dekat korang, jangan korang panik tau. Buat rilex je. Hehe. Gambar lori dekat bawah ni lah yang hangkut semua barang-barang yang peniaga tak sempat nak selamatkan.
 Mari-mari borong baju kurung dengan jubah. Tak ingat nama kedai ni. Dia jual baju kurung dengan jubah yang dah siap jahit. Macam-macam saiz ade. Harga ada yang dah fix. Tak boleh nak tawar-menawar. Tapi kira murah jugaklah tu. Masa kitorang datang ni dia pamer harga dalam RM tau. Bukan dalam Dong Vietnam. So, masalah tukaran matawang tu memang tak de masalah.
 Oh ye, dekat area pasar malam ni. Kitorang singgahlah dekat satu kedai souvenir ni. Niatnya nak beli buah tanganlah untuk kengkawan dekat office. Tapi termasuk pulak gerai yang macam gangster penjualnya. Bila dah tanya-tanya tapi tak beli memang diorang marah. Dah macam gaya dekat Petaling Street dah. Huhu, nak tak nak beli jugaklah. Nasib baik pegang barang murah je.

Saya nasihatkan korang tak masuk gerai jual souvenir yang penjualnya lelaki. Gerai souvenir je tau. Sebabnya saya beli beg dekat pasar malam tu, dapat salesman lelaki, elok je budi bahasa dia. Huh, kalau pergi lagi memang tak nak masuk gerai tu. Eh, bunyi macam nak pergi lagi jek.. Tettttttt
Okkay, sampai sini dulu cerita Pasar Ben Thanh. Harap-harap dapat membantu korang yang pertama kali nak ke Pasar Ben Thanh, Ho Chi Minh ni.

Wassalam.

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian...
    insya Allah ada rezeki nnt boleh lah saya ke sana plak...dah tau port best kat sana

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign