Pengalaman Membeli-belah di Pasar Ben Thanh, Ho Chi Minh

Kasih Juju
Okeh, kat sini saya nak share pengalaman masa membeli-belah dekat pasar ben thanh, ho chi minh. actually, takdelah tips sangat. cuma nasib kurang baik je sebab dapat penjual yang tak boleh nak tolerate dalam tawar-menawar.

kali pertama masuk ben thanh tu, mak cakap nak beli selipar sebab kaki die dah nak melecet pakai kasut. so kitorang pun carilah kedai yang jual selipar. memang ade jual selipar yang macam jenama flipper tuh. tapi die jual dengan harga rm60. kemain mahal lagi hoi. selipar biasa je. bukannye ade jenama antarabangsa pun. tawar punya tawar dapat harga rm15. tapi bila bagi note rm20 die tak mau pulangkan baki. kawan die dah nak bagi balance tu dekat mak. tapi si penjual tu bleh tahan tangan kawan die tu. kuangjak betui. okeh fine. mark kedai tu. tak mo masuk lagi dah.

untuk pengetahuan korang, pasar ni ada banyak pintu masuk. so saya nak nasihatkan jangan masuk dekat pintu pasar basah diorang sebab dekat pasar tu ade jual *oink*oink*. kang tak memasal korang termuntah pulak dekat pasar tu.

antara barang yang korang boleh dapat dekat pasar ni baju kemeja, tshirt, barang souvenier, prada lace, pelbagai jenis kain cotton, kain pasang chiffon, pelbagai jenis beg, kedai buah, kedai minum. semuanya terletak dekat bawah satu bumbung.

untuk tshirt, kemeja atau blouse ade lorong yang jual fixed price. maksudnya korang tak boleh nak tawar-menawar. untuk mengecam lorong fixed price ni, dekat atas kedai tu memang dah ade sign fixed price. so korang tak payahlah berharap nak dapat harga murah dekat kedai macam ni.

yang paling seronok sekali dekat pasar ni, diorang ade servis jahit baju kurung. dijamin siap satu hari. siap boleh hantar dekat hotel sekali. memang terbaik. yang kagumnya macam-macam jenis baju kurung diorang tau buat, moden lah, pahang lah, jubah tak seksi. saya buat jugak 2 pasang baju. kurung moden dengan jubah. dua-dua dari material chiffon. dan hasilnya memang puas hati.

lagi satu, kalau korang nak buat blazer pun diorang boleh buat jugak. siap dalam masa satu hari. sungguh pantas servis diorang ni.



antara kedai kain yang kami serbu. baik sangat makcik ni.tambah pulak kitorang memang dah rambang mata tengok kain melambak-lambak kt kedai dia. masa ni kitorang guna broken english. dia paham jugaklah bahasa melayu. kalau takat perkataan mahal, murah. die paham lagi. hehe..


gambar yang banyak painting ni bukan dekat pasar ben thanh. kedai ni dekat kaki lima jalan. tak ingat pulak jalan yang mana satu sebabnya kitorang dah penat ronda-ronda sekitar kawasan ben thanh tu.

Nota kaki : entri ini telah diperam selama setahun kerana tuan blog baru dapat ilham nak cari gambar :)