Kasih Juju: Firash dan tukang gunting rambut

March 14, 2016

Firash dan tukang gunting rambut

assalamualaikum korang,

okeh, pada adik-adik yang tengah bercuti sekolah tu, tahniah akak ucapkan (eh, boleh lagi ke panggil akak? haha, tak kira. aku nak jugak panggil akak). pada yang bekerja tu, marilah kita sama-sama bekerja dengan seikhlas hati ye.

sebenarnya terlupa harini budak dah cuti sekolah. punyelah kelam kabut bersiap sebab risau nanti bertembung dengan mak bapak yang nak hantar anak pergi sekolah. sekali sampai depan sekolah terus tepuk dahi. haha, lengang giler jalan dekat depan sekolah tu. yang lalu pun lori bawak bangla dengan indon nak masuk ladang.

tergelak sendiri dalam kereta. tak payah nak speed sangat bawak kereta la kan. santai-santai je mengadap jalan yang 60km ++ nak sampai office. eh, macam jauh je nak pergi kerja. kire okey la tu, kalau nak kire sebelum ni 80 ++ km hoi. syukur alhamdulillah.

macam dah jauh pulak dari topik sebanar nih. haha, intro pengenalan haruslah panjang berjela. barulah korang rasa dekat sikit dengan saya kan. hehe..

berbalik pada topik, untuk pengetahuan korang, si anak saya ni tak pernah di bawa gunting rambut dekat kedai. maknya pun hati keras je tengok rambut anak tu dah panjang. kalau anak tu gegirl tak kisah lah juga nak biarkan panjang-panjang. ini anak lelaki. sungguh tak sajak dengan rambut panjang. dengan lasaknya, dengan peluhnya, homaigad.

mehla firash, kita ke barber. kata si ayah pada anaknya. saya pun nak tumpang sekaki lah join diorang ni gunting rambut. tapi saya tak gunting pun. nak pegang si firash jek. maklumlah, kali pertama nak gunting rambut dekat kedai. korang rasa dia menangis ke tak?

haaa...confirm la menangis. sepanjang gunting rambut ni meleleh-leleh je air mata dia. bak kate mak sedara "kalau tadah airmata ni mau dapat secawan." hahaha.. ni lah akibatnya jarang bawak anak gunting rambut dekat kedai.

okeh firash, mama janji lepas ni tetiap minggu kite dating dekat kedai gunting rambut ye. kena biasakan. kalau tak nanti melalak jelah kerja die mase gunting rambut. india yang gunting rambut die pun buat kerja laju-laju. dah biasa agaknya gunting rambut budak mase tengah melalak.
Ha, kan nampak handsome tu anak mama. kalau nak lasak berpeluh pun tak delah nak masam sangat bau kepala tu. hehe.. yang sebelah firash tu kakak sepupu dia. sibok suruh firash pakai baju sama dengan dia. mama firash pun layankan aje.

Okaylah korang.. terima kasih sebab sudi singgah. jumpa lagi di entri yang lain pula.
wassalam.

3 comments:

  1. alahai ciannya dia hehe

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Alolo kesiannya dia tapi comel, hehehe

    http://kesahsigadis.blogspot.com

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign